Terkini kerajaan telah mengumumkan pemberian kredit RM50 eWallet kepada anda hanya dengan memuat turun aplikasi MySejahtera. Kerajaan telah melakukan inisiatif membangunkan aplikasi mudah mudah alih untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di negara kita.
Premis perniagaan turut digalakkan mendaftar aplikasi ini bagi memudahkan KKM mendapatkan maklumat awal sekiranya berlakunya penularan COVID-19 di kawasan anda.
DOWNLOAD MYSEJAHTERA ANDROID & IOS
Berikut langkah-langkah pendaftaran MySejahtera:
- Muat turun dan pasang aplikasi MySejahtera daripada Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA), Apple AppStore, Google Play Store atau Huawei AppGallery
- Tekan butang “Daftar Di Sini” untuk mendaftar pengguna baharu
- Masukkan nombor telefon bimbit dan klik “Daftar” atau klik pautan “Saya ingin menggunakan e-mel untuk mendaftar” (jika ingin mendaftar menggunakan e-mel)
- Anda akan menerima OTP melalui SMS daripada 63839 (jika mendaftar menggunakan nombor telefon) atau pautan pengesahan pendaftaran melalui e-mel (jika mendaftar menggunakan e-mel)
- Masukkan OTP yang diterima dan tekan “Hantar” (jika mendaftar menggunakan nombor telefon) atau klik pada pautan dalam emel (jika mendaftar menggunakan e-mel)
- Masukkan butiran pendaftaran seperti arahan di skrin dan tekan butang “Sahkan”
- Anda akan mendapat mesej “Pendaftaran Berjaya”. Klik pada link “Tutup” di bahagian bawah skrin untuk kembali ke laman Log Masuk
- Masukkan ID Pengguna (nombor telefon atau e-mel) dan kata laluan anda dan klik “Log Masuk”
Tahniah! Anda berjaya mendaftar sebagai pengguna.
Catat Ulasan