Diet Pemakanan Berkesan Untuk Mengatasi Penyakit Insomnia



Hai semuanya!

Pasti ramai di antara kita yang sering mengalami kesukaran untuk tidur pada waktu malam. Malah, ada yang merasa kurang tidur padahal sudah menghabiskan lebih dari jam waktu tidur. 

Untuk lebih tepatnya, Insomnia didefinisikan seseorang yang merasakan bahawa dia kurang tidur ataupun merasa tidak puas untuk menikmati waktu tidurnya walaupun dia telah menikmati peluang itu secukupnya.

Masalah tidur boleh terjadi disebabkan beberapa faktor tertentu:
1) Perubahan aras hormon
2) Perubahan kitaran tidur
3) Diet pemakanan yang tidak sihat

Jika Insomnia tidak dirawat sepenuhnya, ia akan memberi kesan kepada emosi yang tidak stabil, kelihatan lesu dan keletihan, prestasi kerja/aktiviti harian semakin merosot dan akhirnya akan menyebabkan kesihatan terjejas.

Meskipun kita terlalu bergantung pada ubat-ubatan, ia tetap tidak akan membantu untuk mengatasi masalah insomnia sekiranya tiga faktor tersebut tidak diambil berat.

Justeru itu, pengambilan makanan dengan diet yang sihat/seimbang akan membantu untuk menstabilkan/menyeimbangkan aras hormon dalam tubuh.

Ada beberapa makanan yang  disarankan sebagai sajian sihat kepada penderita insomnia :


1. Oat

Oat adalah bijian yang paling KAYA NUTRIEN jika dibandingkan dengan bijian lain.  Ia sangat kaya dengan FOSFORUS, ZAT BESI. Nutrien paling banyak dalam oat ialah KARBOHIDRAT, ia mudah diasimilasi dan diserap perlahan-lahan. Dengan kandungan karbohidrat yang tinggi, ia menyediakan tenaga untuk beberapa jam. Oat juga memiliki PROTEIN yang mudah dihadam. LEMAK dalam protein juga mengandungi nilai nutrisi yang besar. 

Berikut KARBOHIDRAT yang paling menonjol dalam oat :
  • Kanji dan produk uraiannya ; dektrin, maltosa dan glukosa.
  • Fruktosa
  • Musilaj
  • Serat tumbuhan

Berikut LEMAK yang terkandung dalam oat:
  • Asid lemak
  • Avenasterol
  • Lesitin

Jenis hidangan Oat yang disarankan :
  • Sajian hidangan oatmeal
  • Tepung atau krim
  • Air oat
  • Empingan oat dimasak dengan susu
  • Emping oat dimasak dengan  susu dan dihidangkan dengan madu dan potongan epal atau pisang


2. Minuman malt

Malt adalah minuman yang sangat harum baunya menggantikan kopi dan memberi manfaat, kerana ia membantu pencernaan, menyihatkan dan berkhasiat. boleh diminum sebelum tidur. Barli mengandungi Protein, Karbohidrat, Vitamin ( Vitamin B1, B2 ), Mineral ( fosforus, magnesium, zat besi, zink dan unsur-unsur surih ) dan serat. 


3. Madu

Madu memiliki rasa manis yang semula jadi dan tidak memberi kesan buruk pada peningkatan kadar kandungan gula dalam tubuh. Madu adalah pengganti manis. Kandungan kalori gulanya mampu menyerap lemak dengan cara hanya mencampurkannya dengan air suam/hangat. 

Madu boleh menenangkan tubuh dengan meransang pelepasan hormon oreksin. Apabila tubuh mulai merasai keanyaman saat tidur, maka ia akan lebih memudahkan kita untuk tidur lebih enak. 



4. Karbohidrat

Untuk pengambilan karbohidrat yang sihat, bolehlah melawat pada portal ini: https://lifestyle.kompas.com/read/2018/05/31/161600620/6-aturan-aman-menjalani-diet-rendah-karbohidrat?page=all


5. Selada

Selada salah satu sayur yang kaya dengan AIR. Selada mengandungi Provitamin A, Vitamin B ( B1,B2,folat ), Vitamin C, Mineral ( kalium, zat besi, kalsium, fosforus, magnesium, zink, kuprum,mangan ) dan serat tumbuhan

Selada juga mempunyai sedatif dan bahan-bahan yang membuatkan orang tertidur ( ditemui dalam getah selada liar; lactarium tetapi dalam kadar yang rendah. Sama seperti opium, tetapi ia sama sekali tidak menyebabkan ketoksikan dan ketagihan.

Selada mempunyai ciri-ciri berikut :
  • Sedatif
  • Mendorong rasa mengantuk
  • Beralkohol
  • Bersifat mengalkalikan
  • Memineralkan semula

Selada boleh dihidang dengan cara dibubuh dengan minyak zaitun dan lemon secara sewajarnya. Ia sudah membantu memudahkan penghadaman, membantu meransang rasa mengantuk dan menghasilkan rasa kenyang yang luar biasa.     


Untuk merawat penyakit Insomnia, kurangkan/tinggalkan pemakanan yang bersifat:
  • Minuman peransang
  • Coklat
  • Rempah-rempah
  • Daging
  • Keju matang
  • Protein yang kadar yang berlebihan
  • Minuman ringan

Okay semuanya!

Pastikan ketika ingin mengatur jadual makan anda, jangan makan dua atau tiga jam sebelum tidur.

Setakat ini saja perkongsian hari ini...semoga informasi ini membantu anda untuk mengatasi masalah tidur yang membelenggu anda.

Kongsikan kepada keluarga dan sahabat anda yang memerlukan info ini supaya kita semua sihat! 


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama