Ramai yang masih tidak mengetahui sebenarnya teater itu mampu menghasilkan ramai karyawan yang hebat-hebat!
Mungkin ramai yang hanya mengetahui bahawa teater hanyalah ditujukan kepada orang-orang yang punya bakat lakonan seperti selebriti lain...sebenarnya, tidak.
Siapa kata krew-krew di balik proses penghasilan persembahan teater tidak berbakat/berkebolehan?
Jangan salah tanggapan! Merekalah antara karyawan yang membantu penghasilan sesuatu hasil dalam persembahan teater hinggalah terbentuknya suatu bentuk persembahan yang memukau kepada penonton!
Dan kepada yang belum mengenali apakah itu TEATER?
-TEATER adalah suatu perkataan yang berasal daripada kata "THEATRON" yang bermaksud tempat menonton pada zaman Yunani lagi.
- Suatu persembahan teater terbentuk daripada hasil gabungan kreatif oleh krew-krew dalam produksi tersebut.
Dan dari manakah idea sesuatu persembahan itu tercetus?
-Ia bermula daripada hasil naskhah lakon yang telah dicipta oleh seorang penulis itu. Ia bermula daripada skrip naskhah yang terhasil sehinggalah karya tersebut akhirnya dipersembahkan melalui lakonan atas pentas.
Bagaimanakah pementasan itu berjaya dilakukan berdasarkan pada idea karya skrip lakonan tersebut?
-Ia memerlukan idea/elemen yang dititikberatkan di atas pentas untuk menghidupi visual/gambaran berdasarkan latar belakang skrip lakonan tersebut. Antara elemen-elemen dalam teater yang paling penting:
A) Pelakon
B) Ruang Lakon ( Pentas )
C) Skrip atau idea ( Idea lebih kepada persembahan spontan yang telah disusun sendiri tanpa mengambil sumber dari mana-mana skrip penulis )
D) Penonton
E) Elemen visual
F) Subjek
G) Struktur dramatik
H) Koordinasi semua elemen
I) Keperluan sosial
Mesti ramai yang tertanya-tanya siapakah mereka yang terlibat sebagai sebahagian daripada KUMPULAN KERJA KREATIF ?
A) Penulis naskhah teater ( playwright )
B) Pengarah
C) Pelakon
D) Pengarah artistik
E) Pereka-pereka:
- Tatacahaya
- Tatabunyi
- Tatarias
- Rekabentuk pentas dan set
- Pereka tari
- Pereka musik
- Pereka gerak
- Busana
- Kesan khas
Dalam memastikan sesuatu perjalanan produksi berjalan dengan teratur, pastinya persembahan teater juga memerlukan KUMPULAN PENGURUSAN :
- Setiausaha
- Pengurus Pentas
- Penolong Pengurus Pentas
- Bendahari
- Frame Of House ( FOH )
- Multimedia
- Publisiti
- Pemasaran
KEHEBATAN PENULIS NASKHAH TEATER:
- Penulis ini adalah tunjang utama untuk membentuk suatu naskhah teater.
- Tanpa naskhah teater, maka tiadalah wujudnya seni persembahan teater.
- Idea penulis adalah hasil idea/pemikiran yang biasanya diciptakan sesuai dengan isu semasa daripada pelbagai aspek; kemasyarakatan, politik, kekeluargaan, percintaan, ekonomi, isu jenayah sosial dan isu yang sering berlaku pada waktu-waktu tertentu.
- Sebelum si penulis mencipta sesuatu karya, tentunya penulis akan membuat kajian terlebih dahulu untuk mengorek lebih dalam isu yang ingin diketengahkan kepada penonton; samada ia berbentuk sindiran, hiburan, atau apapun cara untuk memberi kesan kepada penonton.
- Yang pastinya ia akan memberi suatu kesedaran, mesej dan teladan yang memberi manfaat kepada audiens/penonton.
KEHEBATAN PENGARAH :
- Setelah terhasilnya suatu karya naskhah, sudah tentu memerlukan pengarah untuk membentuk suatu produksi teater.
- Pengarah diberi kuasa untuk membuat suatu konsep dan idea utama hasil daripada kajian konsep persembahan teater.
- Pengarah memainkan peranan yang besar untuk membantu menjayakan suatu persembahan teater ini.
- Pengarah lebih dekat dengan pelakon kerana dia membantu membentuk suatu watak dan perwatakan si pelakon dalam teater.
- Dia memainkan peranan yang besar terhadap semua krew produksi untuk memastikan semua hasil konsep dan idea dipertonjolkan sepenuhnya atas pentas.
- Kelak di luar produksi, dia mampu memimpin suatu tugasnya dengan lebih baik bahkan berkebolehan untuk membuat produksi sendiri untuk mengaktifkan dunia teater di luar.
KEHEBATAN PELAKON:
- Tanpa pelakon dalam suatu persembahan teater, tiadalah wujud suatu gambaran naskhah tersebut.
- Pelakon dengan skrip hinggalah pelakon sampingan/tanpa skrip semuanya adalah pemain utama untuk menghidupkan persembahan lakonan atas pentas.
- Tugas pelakon adalah mencari/membuat kajian karakter sesuai dengan hasil konsep naskhah yang diberi.
- Lakonan memerlukan penjiwaan; jika penjiwaan tersebut tidak sampai kepada audiens, audiens sama sekali tidak akan faham mesej yang cuba disampaikan melalui pementasan teater ini.
- Pelakon juga perlu mengenal ruang lakon atas pentas agar audiens faham perjalanan adegan setiap perjalanan pementasan tersebut.
- Pengucapan skrip yang betul di atas pentas akan mudah untuk audiens tangkap setiap isi mesej yang cuba disampaikan kepada audiens.
- Merekalah yang membantu memberi suatu rasa kepada penonton, berlakon tanpa perwatakan akan membuat audiens bertambah bingung kewujudan si pelakon tersebut atas pentas.
KEHEBATAN PENGARAH ARTISTIK:
- Membantu pengarah mencetuskan idea/konsep persembahan dari segi teknikal.
- Mewujudkan beberapa krew teknikal untuk membantu menghidupkan persembahan visual atas pentas.
- Menyalurkan segala idea pengarah kepada krew agar krew lebih faham tentang konsep yang ingin disampaikan.
- Memastikan keselamatan dalam setiap kerja teknikal yang dilakukan oleh krew teknikal.
- Menyusun suatu kerja teknikal dalam suatu jadual khusus (Que Sheet) Untuk rujukan Pengurus pentas nanti. Semua krew teknikal juga harus menyedikan Que Sheet agar krew lebih memahami proses perjalanan teater nanti.
- Memastikan perjalanan atas pentas berjalan dengan lancar tanpa ada kerosakan atau kecacatan proses belakang pentas semasa pementasan sedang berlaku nanti.
- Dalam jawatan ini, dia lebih hebat untuk mengurus sesuatu pementasan di luar kelak.
- Dengan pengalaman yang dia miliki, dia dapat menonjolkan skill lebih baik dalam semua aspek yang dia pelajari.
KEHEBATAN PEREKA CAHAYA:
- Juga dikenali sebagai penata cahaya/ krew teknikal lighting.
- Banyak mengenal teknikal dalam pencahayaan atas pentas.
- Arif tentang konsep penggunaan efek cahaya atas ruang pentas.
- Saling berkerjasama dengan krew audio ketika pementasan.
- Tanpa krew teknikal ini, perjalanan setiap babak sukar untuk difahami penonton.
- krew ini lebih membuat kajian kepada konsep warna dalam lighting pentas.
- krew juga harus memahami jalan cerita setiap babak agar dapat menghidupkan konsep lighting yang sesuai.
- Cahaya pentas mempengaruhi jalan cerita babak; menghidupkan efek waktu dan unsur-unsur dramatik sesuai dengan idea susunan naskhah.
- Krew ini berkebolehan untuk berkembang luas kerana selalu dicari oleh pengurus event besar untuk kualiti visual terbaik.
KEHEBATAN TATABUNYI :
- Juga dikenali sebagai krew audio.
- Mempunyai skill untuk menempatkan mana-mana unsur kejadian atas pentas sesuai dengan keperluan situasi perjalanan babak agar kelihatan lebih realiti/dramatik.
- Contohnya; efek bunyi alam seperti hujan, petir, bunyi haiwan, bunyi persekitan sekeliling.
- Bunyi perlu untuk membantu menghidupkan suasana perjalanan sesuatu babak.
- Krew ini biasanya berkebolehan untuk berkembang luas dengan berkarya dengan hasil karya sendiri melalui penghasilan video; juga mendapat tempat sebagai sebahagian daripada seorang auditor bunyi dalam industri seni.
KEHEBATAN TATARIAS:
- Dikenali sebagai juru make up artis ( MUA )
- Dalam teater, krew ini perlu untuk membantu menghasilkan mekap yang menonjolkan karakter si watak atas pentas.
- Krew ini memerlukan kajian lebih rapi tentang latar belakang perwatakan si watak. Sekiranya watak yang dibawa adalah watak orang penagih, krew harus tahu bagaimana untuk membezakan rupa si penagih dan rupa si pemabuk.
- Latar masa pelakon juga harus dikenalpasti untuk memastikan audiens menonton teater ini seolah-olah berada dalam era tahun tersebut sekaligus dapat menjiwai situasi pada zaman tersebut.
- Krew ini biasanya mendapat perhatian di media sosial masa kini kerana mereka mampu menonjolkan skill kesan khas mekap.
- Kini, lebih ramai memilih mengambil pekerjaan sebagai freelance MUA kerana sangat berminat dalam bidang dandanan.
KEHEBATAN REKA BENTUK PENTAS DAN SET:
- Lebih dikenali sebagai Krew Set dan Props.
- Lebih kepada proses menghidupkan visual atas pentas.
- Juga memerlukan kebolehan bertukang dan membentuk suatu gambaran persekitaran yang memukau atas pentas.
- Sudah pasti memerlukan penelitian tema persembahan dan kajian keseluruhan konsep naskhah.
- Selalunya mereka lebih hebat dalam melukis pelan visual yang lebih terperinci demi penghasilan teknikal yang lebih kemas dan professional.
- Pemilihan set dan props juga perlu mengikut konsep yang telah ditetapkan oleh pengarah.
- Skill krew ini sangat berguna dan lebih mahir dalam bidang pertukangan.
KEHEBATAN PEREKA TARI:
- Biasanya pereka tari diperlukan ketika sesuatu pementasan memerlukan unsur gerak tari atau tarian dalam sesuatu persembahan teater.
- Ini lebih kepada krew koreografi tari.
- Lebih kepada menyusun atur susunan gerak tari dalam satu ruangan; lebih berfokus kepada pelakon/penari yang terlibat dalam bahagian ini.
- Krew ini berkebolehan menyalurkan emosi menerusi pilihan gerak tari dalam pementasan teater.
KEHEBATAN PEREKA MUSIK:
- Lebih kepada kolaborasi bersama Krew FOH.
- Sangat berfungsi untuk menekankan penggunaan musik sesuai dengan konsep persembahan teater; latar masa, tahun,budaya dan tempat.
- Juga berkolaborasi bersama Krew Audio untuk lebih fokus pada pemilihan lagu sebelum, semasa dan selepas persembahan teater.
- Mereka lebih hebat dalam kajian pemilihan lagu yang sesuai dan menepati citarasa konsep persembahan.
KEHEBATAN PEREKA BUSANA:
- Sangat penting untuk memenuhi konsep persembahan.
- Pemilihan busana adalah berdasarkan latar masa,tahun,budaya,masyarakat dan tempat mengikut pada hasil kajian naskhah yang dipilih.
- Krew ini juga harus menitikberatkan konsep penelitian pada aksesori busana agar tidak salah memilih padanan yang sesuai; mungkin boleh terjadi pemilihan busana dan aksesori yang salah kerana salah melihat konsep latar budaya naskhah tersebut.
- Perlu belajar asas jahitan yang kemas.
- Pemilihan baju juga harus menepati sifat perwatakan pada pelakon, konsep warna busana juga harus disesuaikan hasil kolaborasi cahaya pentas agar pelakon tidak tenggelam di atas pentas dan saiz penting untuk keselesaan pelakon di atas pentas nanti.
KEPERLUAN KESAN KHAS:
- Lebih kepada penerapan unsur luar biasa di atas pentas.
- Meletakkan unsur kejutan di atas pentas membuatkan audiens terpukau dengan adegan luar biasa di atas pentas.
- Contohnya; titisan air seolah air hujan benar-benar wujud di atas pentas, dll.
Nampaknya teater bukan setakat persembahan biasa, namun di sebalik kejayaan pementasan itu terhasil daripada karya-karya kreatif krew teknikal yang berkebolehan dalam pelbagai aspek.
Dan jangan pernah salah anggap bahawa mempelajari bidang ini tidak menghasilkan manfaat untuk di luar sana, terdapat ramai karyawan hebat yang telah berjaya mengembangkan bakatnya menerusi pengalaman teater!
Semoga ilmu yang sedikit ini mampu membuka pemikiran anda semua untuk selalu berkarya dengan bidang yang kamu miliki...nikmatilah apa yang kamu sukai, bukan setakat belajar sahaja!
إرسال تعليق