Panduan Sambung Belajar dalam Bidang ijazah Sarjana Muda Perniagaan di UniMap

Sumber foto: Klik sini


Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH dengan rahmatNya saya telah pun berjaya menamatkan pengajian Ijazah saya dalam bidang perniagaan di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Sah, bergelar alumni UniMAP pada tahun 2018. 

Terima kasih diucapkan kepada guru-guru saya yang banyak memberikan bimbingan dan nasihat sepanjang menempuh pengajian. Saya kira ramai adik-adik di luar sana yang berhajat untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sehingga ke peringkat pengajian paling tinggi PhD. 

Di sini saya ingin berkongsi serba sedikit pengalaman saya dengan harapan semoga dapat membantu adik-adik dalam membuat pilihan menyambung pelajaran di peringkat ijazah khususnya dalam bidang Perniagaan. 

Dalam perkongsian ini saya bahagikan kepada tiga bahagian agar mudah untuk diikuti dan difahami penceritaannya iaitu hala tuju selepas SPM, syarat kelayakan dan subjek yang dipelajari. InshaaALLAH semoga bermanfaat.

 

ü  Hala tuju selepas SPM

Setelah selesai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), bermulalah perjalanan hidup yang ‘tough’ dan pelbagai liku-liku bakal ditempuh. Hal ini demikian kerana selepas SPM kita akan belajar membuat keputusan sendiri. Maka dalam hal ini bimbingan dan nasihat daripada ibubapa adalah sangat penting. Setiap ibubapa mempunyai pandangan yang berbeza dalam nak memilih bidang yang sesuai untuk anak-anaknya.

Kadang ada ibubapa yang tidak ingin berjauhan dengan anaknya lalu memilih institusi pengajian yang dekat dengan rumah. Ada juga ibubapa yang memberi kebebasan untuk anaknya dalam menentukan hala tuju. Itu dari segi pandangan ibubapa.

Dari segi kewangan pula merupakan faktor penyumbang utama dalam membuat keputusan menyambung pengajian ataupun tidak. Bagi mereka yang ber-duit, maka tidak ada masalah mereka menghantar anaknya menyambung di institusi pengajian tempatan ataupun  luar negara kerana mereka mampu. 

Mereka yang kurang berkemampuan pula ada yang memilh untuk tidak menyambung dan bekerja demi membantu menyara keluarga. Tidak kurang juga mereka yang sudah tidak ada lagi keinginan belajar maka lebih memilih untuk bekerja. 

Dalam situasi ini, bergantung kepada keadaan keluarga masing-masing. Kepada mereka yang tidak berkemampuan, tidak usah khawatir kerana di Malaysia pelbagai jenis bantuan disediakan samaada biasiswa atau pinjaman pelajaran untuk mereka yang ingin menyambung pelajaran.

Pada kisah hidup saya pula, Alhamdulillah semua dari Allah setelah menamatkan SPM saya memilih untuk menyambung di matrikulasi Labuan kerana dekat dengan rumah di samping memendekkan jangka masa pengajian. 

Setahun matrikulasi sudah boleh menyambung ijazah. Berbeza dengan STPM memerlukan setahun setengah manakala diploma pula dua tahun setengah atau lebih. Setelah menamatkan matrikulasi saya menyambung pula pengajian di peringkat ijazah. 

Perkongsian saya tentang kelebihab belajar di UniMAP ada di entry sebelum ini. Jemput baca ye! InshaaAllah mohon doa kalian untuk saya dapat menyambung pengajian sehingga ke peringkat PhD.


Baca Sini : Pengalaman Sambung Ijazah di UniMAP (Universiti Malaysia Perlis)


ü  Syarat kelayakan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan

Semua universiti awam dan swasta mempunyai syarat am yang sama secara umumnya bagi lepasan STPM, asasi/matrikulasi dan diploma dalam menyambung pengajian di peringkat ijazah. 

Manakala, syarat khas bagi setiap bidang adalah berlainan di setiap universiti. Adik-adik perlu merujuk syarat-syarat khas di laman web rasmi universiti pilihan adik-adik. 

Berikut, saya kepilkan gambar syarat am dan syarat khas kemasukan untuk rujukan bagi mereka yang ingin menyambung pelajaran Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Perniagaan Antarabangsa) khususnya di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).


SYARAT AM KEMASUKAN BAGI LEPASAN STPM, MATRIKULASI/ASASI DAN DIPLOMA

SYARAT AM KEMASUKAN BAGI LEPASAN STPM, MATRIKULASI/ASASI DAN DIPLOMA
Sumber: Klik sini


 SYARAT KHAS KEMASUKAN BAGI LEPASAN STPM 

SYARAT KHAS KEMASUKAN BAGI LEPASAN STPM
Sumber: Klik sini


SYARAT KHAS KEMASUKAN BAGI LEPASAN DIPLOMA

SYARAT KHAS KEMASUKAN BAGI LEPASAN DIPLOMA
Sumber: Klik sini


SYARAT KHAS KEMASUKAN BAGI LEPASAN MATRIKULASI/ASASI

SYARAT KHAS KEMASUKAN BAGI LEPASAN MATRIKULASI/ASASI
Sumber: Klik sini

 

ü  Subjek yang bakal dipelajari

Mata pelajaran yang bakal dipelajari merupakan satu faktor yang agak penting juga untuk diambil kira dalam memilih bidang. Kalau adik-adik rajin, buatlah kajian tentang mata pelajaran yang dipelajari bagi ijazah di beberapa universiti pilihan adik. Ini memudahkan lagi adik dalam membuat keputusan.

 InshaaAllah. Di bawah adalah senarai beberapa subjek saya minat dan bakal adik ambil sekiranya adik-adik mengambil Ijazah Sarjana Muda Perniagaan minor Perniagaan Antarabangsa. Boleh rujuk gambar untuk info lebih lanjut.

  • Business Economics  
  • International Accounting
  • International Finance
  • International Economics
  • Export Import Management
  • Digital Business
  • International Human Resource Management

 

Ijazah Sarjana Muda Perniagaan minor Perniagaan Antarabangsa.
Sumber: Buku Panduan Akademik Sidang Program Sarjana Muda Sidang Akademik 2019/2020


Kesimpulannya, terpulang pada adik-adik nak sambung bidang apa. Apa yang penting adalah minat dan passion kita pada sesuatu bidang. Tanpa minat dan passion tidak seronoklah perjalanan pembelajaran. Di akhir kita juga yang rugi. Semoga apa yang dikongsikan mampu membantu adik-adik di luar sana.

Perjalanan menuntut ilmu ini panjang dan berterusan hatta sehingga ke liang lahad sekalipun. Namun, kita mengharapkan ilmu yang bermanfaat di sepanjang perjalanan yang panjang itu. Kerana hanya dengan ilmu yang bermanfaat sahaja yang mampu meyampaikan kita kepada maksud tujuan kita diciptakan. 

Memetik nasihat Imam Al Ghazali dalam kitab Ayyuhal Walad yang berbunyi;

“Wahai anakku, ilmu tanpa pengamalan adalah kegilaan dan beramal soleh tanpa didasari ilmu tidak akan diterima. Ketahuilah, ilmu yang tidak dapat mencegahmu dari berbuat dosa pada hari ini dan tidak dapat mendorongmu berbuat taat tak akan dapat mencegahmu dari api neraka kelak pada hari akhirat.”

Dengan sebab itu, saya mengajak adik-adik di luar sana agar setiap yang kita pelajari biarlah disandarkan hanya untuk Allah semata. InshaaALLAH, ada keberkatan pada ilmu tersebut dan mampu mengubah diri kita menjadi hamba Allah yang diredhai-NYA.

Semoga bermanfaat.


0 تعليقات

إرسال تعليق

Post a Comment (0)

أحدث أقدم