Tourism & Hospitality Management di UCSF
Assalamualaikum semua. Aku harap semua
baik-baik sahaja
Pengalaman menjejakkan kaki ke zaman university ni berbeza-beza ikut orang. Ada yang kerja terus, ada yang sambung Diploma dan Degree. Ada juga yang ambik STPM sebelum masuk Degree. Aku pun salah seorang yang ambik STPM.
Masa aku ambik STPM, tahun 2015-2016.
Masa tu ada 3 semester jak dan kena habiskan dalam setahun setengah. Masa masuk
tu, memang seronok sebab rasa macam pelajar Kolej betul-betul dan suasananya
agak lain dari belajar macam kat sekolah rendah dan menengah. Setahun setengah
berlalu, dan aku sempat lagi duduk exam pengulangan sebab aku gagal satu
subjek. Subjek Pengajian Am masa semester 3. Huhu.
Selepas habis STPM, aku kerja dengan kawan aku. Masa tu belum ada niat langsung pun nak sambung mana-mana. Mungkin sebab gaji aku tinggi time kerja dengan kawan aku tu. Tapi, masuk bulan ke-enam kerja, aku ternampak post pasal Jom Masuk University.
Sebelum tu aku memang ada isi borang UPU di Kolej Tingkatan 6. Aku nak masuk UMS. Tapi masa dapat keputusan tu, satu pun tak dapat. Jadi, aku tengok senarai university yang ada dan masa tu aku tertarik nak masuk dekat University College Sabah Foundation.
Sebenarnya bidang aku masa STPM ialah Sejarah, Melayu, dan Sastera. Tapi aku tak berminat nak sambung dalam bidang yang sama. Jadi aku cari bidang lain dan aku nampak bidang Tourism and Hospitality Management (HONS). Masa tu, aku terus tergerak nak pilih bidang tu, sebab aku memang minat dengan benda-benda macam ni.
Macam mana aku sambung belajar di University College Sabah Foundation, Sembulan (UCSF)
Benda pertama yang aku buat ialah berhubung dengan orang yang in-charge dengan permohonan masuk ke university tu. Lepas aku chat dengan dia, dia bagi aku borang yang aku perlu isi dan senaraikan dokumen yang perlu aku bawa untuk keperluan pendaftaran.
Masa tu ada orientasi yang perlu aku hadir tapi aku tak datang
sebab aku memang dah ada urusan. Alhamdulillah orang yang in charge untuk
permohonan aku tu bagi kelonggaran dekat aku.
Seminggu lepas
tu, aku dengan rasminya jadi salah seorang pelajar di USCF. Masa semester 1 tu,
aku tinggal dekat hostel. Sebab rumah aku jauh dari kolej ni. Kolej ni ada kat
Sembulan dan rumah aku pula dekat Inanam.
Mula-mula masuk tu memang awkward sangat. Tapi aku bersyukur sebab aku sebilik dengan senior yang ambik bidang yang sama macam aku, dan 2 orang adik yang juga sama bidang. Cuma dorang tu ambik Diploma.
Syarat kelayakan pun lebih kurang sama dengan
university lain. UCSF ada sediakan pelbagai bidang untuk Diploma dan Degree
seperti Accounting, Art & Creative Media, Business & Entrepreneurship,
Social Science, Sustainability Science, Language dan bidang yang aku ambik iaitu Tourism & Hospitality Management.
Apa yang aku belajar di UCSF
Jumlah semester yang kami perlu lalui adalah sebanyak 9 sem termasuklah Praktikal Industri. Setiap sem kami akan belajar subjek yang berbeza tapi di bawah bidang yang sama. Masa tu, pensyarah tak berapa ramai, jadi setiap sem, kadang-kadang pensyarah kami sama jak. Yang lain cuma subjek sahaja.
Semester 1
Masa semester ni, kami ada 5 subjek sebagai permulaan atau pengenalan untuk bidang Hospitality and Tourism Management. Subjek-subjek tu termasuklah Introduction to hospitality and Tourism, Customer Service Management, Interactive Skills, Office Applicatin Technology, dan subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Kami diberi jadual dan perlu ikut semua kelas-kelas ni. Mungkin sebab masa tu baru semester 1, jadi aku tak pernah tak datang kelas kecuali masa aku sakit.
Semester 2
Masuk sem 2, subjek kami lebih mendalam. Kami perlu masuk kelas Operation Management, Basic Entrepreneurship, dan Food & Beverages Cost Control. Masa kat sem ni, aku memang struggle. Sebab aku tak berapa minat dengan pengiraan dan aku dah tak tinggal dekat hostel start dari sem 2 ni.
Subjek Basic Entrepreneurship pun lebih kurang rumitnya, sebab masa ni, kami diberi tugas untuk mencipta syarikat kami sendiri dan kami perlu buat pengurusan dari mula sampai habis. Kalau ingat balik, memang sakit rumit, tapi kami tetap dapat lakukannya dengan baik.
Semester 3
Dalam sem 3, subjek kami bertambah. Antara subjek yang kami ambik ialah Housekeeping Operational Analysis, Hubungan Etnik, Introduction for Financial Accounting, Marketing for Hospitality & Tourism, Professional Communication dan Report Writing. Sem ni salah satu sem yang paling memenatkan. Sebab kami perlu ikut training untuk subjek Housekeeping di salah satu hotel di Kota Kinabalu. subjek-subjek lain juga agak rumit, dan aku berhempas pulas nak habiskan assignment untuk setiap subjek.
Semester 4
Semester 4, kami belajar subjek Community Service, Front Office Operation, Malaysian Economy, Recreation Management, Service Quality Management dan Tourism and Hospitality Law. Sem ni agak mencabar bagi aku sebab subjek Community Service. Untuk subjek ni, kami perlu pilih tempat untuk kami buat community services, dan masa tu aku jadi ketua kumpulan.
Pebincangan dengan ahli kumpulan kadang-kadang tak memberansangkan di samping masalah-masalah yang kami hadap untuk buat aktiviti ini. Tapi, Alhamdulillah, kami tetap berjaya laksanakannya dan aku masih berhubung dengan tempat yang kami buat community service tu.
Semester 5
Ini sem yang sangat memenatkan bagi aku dan kawan-kawan aku. Dalam semester ni, kami ada subjek Basic Culinary & Kitchen Hygine, Managing Services in F&B Operations dan Current Services in Global Environment. Kat sem ni, kami berpeluang jadi chef, dapat baju, kasut dan apron untuk kegunaan memasak.
Memang sangat best tapi sangat-sangat memenatkan. Selepas seharian bergelumang di dapur memasak, kami perlu stay lebih lama untuk urusan pembersihan. Kadang-kadang, esoknya ada kelas awal, jadi masa ni kami memang sangat kurang rehat.
Perjalanan aku ke Degree ni banyak ajar aku erti kehidupan. Aku rasa sangat bersyukur sebab nama aku terpilih dalam salah satu penerima biasiswa dekat USCF. Dengan biasiswa tu, dapat kurangkan sedikit masalah kewangan yang aku hadap.
Kat sini,
aku belajar banyak tentang persahabatan, tentang karenah group assignment aku,
tentang pensyarah yang sangat strict dalam kelas. Sekarang aku dah habis
praktikal, sudah hampir setahun berlalu sejak kali terakhir aku ke UCSF. Apa
yang aku bersyukur sangat, ialah aku dapat sekumpulan kawan yang bersama-sama
aku berhempas pulas. Kami masih berhubung sampai sekarang
Kalau korang
berminat nak masuk UCSF, korang boleh masuk ke link https://www.ucsf.edu.my/. Kat sini, korang
boleh baca lebih banyak informasi dan boleh berhubung terus dengan orang
disana.
Semoga semua baik-baik sahaja. Assalamualaikum.
Hi mau tny, mcm mna dgn takwim atau cuti sem ?
BalasPadamMana lagi elok , tourism or hotel management ?
BalasPadamCatat Ulasan