Semakan Status BPN 2.0 Fasa Kedua Untuk Pemohon Baru & Rayuan (Mulai 15 Januari 2021)


Cara Semakan BPN 2.0 Fasa Kedua

Cara Semakan BPN 2.0 Fasa Kedua Untuk Pemohon Baru & Rayuan

1. Pertama sekali, layari Portal Rasmi BPN iaitu https://bpn.hasil.gov.my

2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Nombor MyKad yang didaftarkan. Setelah itu, tekan ikon Carian.

3. Ruangan Captcha akan dipaparkan. Masukkan kod Captcha tersebut di ruang yang disediakan.
Dan tekan butang Semak.

4. Akan dipaparkan status sama ada lulus atau gagal termasuk jumlah bayaran diterima.

Semakan Status BPN 2.0 Fasa Kedua

Tarikh bayaran BPN 2.0 Fasa kedua akan dibuat secara berperingkat:
  • Penerima kategori B40 – bermula 21 Januari 2021
  • Penerima kategori M40 – bermula 25 Januari 2021
Bayaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank masing-masing pada tarikh tersebut.

Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank pula, pembayaran akan dibuat mulai 25 Januari 2021 di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). BSN akan mengeluarkan panduan SOP dari semasa ke semasa.

Penerima di Sabah dan Sarawak tanpa akaun bank pula, pembayaran akan bermula awal Februari sehingga 1 April 2021 di lokasi yang bakal diumumkan akhir bulan ini.

Bagi pemohon baru / rayuan yang lulus, anda akan mendapat bayaran sekaligus (fasa pertama dan fasa kedua) mulai 21 Januari ini.

Untuk makluman, tempoh permohonan baharu serta rayuan BPN 2.0 untuk Fasa Kedua telah berakhir pada 15 November 2020 yang lalu.

Maklumat lanjut, sila rujuk soalan lazim (FAQ) Permohonan Baharu BANTUAN PRIHATIN NASIONAL 2.0

16 SOALAN LAZIM MENGENAI PERMOHONAN BAHARU

1. Jika pemohon Bujang berstatus Pelajar Sepenuh Masa, adakah layak menerima BPN 2.0?
Pemohon Bujang yang berstatus pelajar sepenuh masa adalah tidak layak menerima BPN 2.0.

2. Adakah pemohon Bujang/Isi Rumah berstatus Pelajar Separuh Masa layak menerima BPN 2.0?
Pemohon Bujang/Isi Rumah yang berstatus pelajar separuh masa adalah layak memohon BPN 2.0 sekiranya menepati syarat kelayakan.

3. Bagaimanakah kaedah pembayaran BPN 2.0 bagi penerima pedalaman di Negeri Sabah dan Sarawak?
Kaedah pembayaran bagi penerima kawasan pedalaman Negeri Sabah dan Sarawak yang tiada akaun bank akan bermula bulan Januari 2021 dengan bayaran tunai dibuat di lokasi-lokasi yang bakal diumum kelak.

4. Adakah pendapatan isi rumah yang diambil kira termasuk elaun yang dikenakan cukai dan bonus?
Ya, semua pendapatan yang diterima diambil kira sebagai pendapatan.

5. Siapakah yang akan menerima bayaran bantuan BPN 2.0 sekiranya suami dan isteri kedua- duanya mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) ?
i. Sekiranya pembayar cukai memilih taksiran berasingan, bayaran akan dibuat ke akaun bank ketua keluarga.

ii. Jika pembayar cukai memilih taksiran bersama, bayaran akan dibuat ke akaun bank pembayar cukai berkenaan.

6. Adakah warga emas sebatang kara akan menerima bantuan sebagai isi rumah?
Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun akan menerima bantuan sebagai bujang.

7. Saya merupakan bujang yang akan memasuki umur 21 tahun pada tahun 2021. Sekiranya saya belum cukup umur 21 tahun semasa permohonan dibuka, adakah saya layak memohon?
Pemohon yang layak memohon adalah pemohon yang lahir pada tahun 1999 dan ke bawah.

8. Bilakah permohonan baharu BPN 2.0 akan diproses?
Permohonan baharu BPN 2.0 akan diproses selepas tempoh permohonan ditutup dan jika diluluskan akan menerima bayaran bantuan BPN 2.0 sekaligus pada Januari 2021.

9. Saya adalah bujang dan menanggung adik-beradik di bawah umur 21 tahun. Adakah saya layak memohon bantuan sebagai isi rumah mempunyai tanggungan?
Tidak layak memohon sebagai isi rumah. Pemohon layak menerima bantuan kategori bujang sahaja.

10. Sebelum ini saya telah memilih untuk menolak BPN 2020, adakah saya boleh memohon BPN 2.0?
Anda boleh mengemukakan permohonan baharu melalui Portal Rasmi BPN, https://bpn.hasil.gov.my

11. Saya telah menerima bayaran BPN 2020 sebelum ini dan ingin menolak BPN 2.0. Bagaimanakah cara untuk memulangkan bayaran BPN 2.0?
Tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut:
a) Anda dinasihatkan mengemukakan surat kepada Kementerian Kewangan Malaysia dengan menyatakan nama penuh, nombor MyKad dan sebab pemulangan;

b) Lampirkan draf bank / cek atas nama Akauntan Negara Malaysia (mengikut jumlah pemulangan); dan

c) Surat dan draf bank / cek perlu dikemukakan kepada pihak Kementerian Kewangan Malaysia di alamat berikut: Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia, Presint 2, 62592 Putrajaya.

12. Sekiranya saya diisytiharkan muflis dan akaun yang saya daftarkan sebelum ini telah dibekukan, bagaimanakah saya boleh mendapatkan bayaran BPN 2.0?
Pemohon yang berstatus muflis perlu menandakan sebagai individu muflis di dalam borang permohonan. Pemohon tidak diwajibkan mengisi maklumat akaun bank semasa permohonan. Kaedah penunaian adalah berdasarkan prosedur sedia ada iaitu penunaian di Cawangan BSN. Bagi pemohon yang telah dibayar ke akaun yang dibekukan oleh Jabatan Insolvensi, pemohon perlu merujuk kepada Jabatan Insolvensi bagi kelulusan pengeluaran BPN.

13. Saya adalah penerima BPN 2020 di bawah kategori Bujang dan telah berkahwin. Adakah saya layak untuk menerima BPN 2.0 kategori isi rumah?
Anda boleh mengemukakan permohonan/rayuan di bawah kategori Isi Rumah sekiranya menepati syarat kelayakan.

14. Saya adalah pasangan kepada penerima BPN 2020 sebelum ini di bawah kategori Isi Rumah dan telah bercerai. Adakah saya layak untuk menerima BPN 2.0 kategori ibu / bapa tunggal?
Anda boleh mengemukakan permohonan/rayuan kategori ibu / bapa tunggal sekiranya menepati syarat kelayakan.

15. Saya berstatus kahwin dan mempunyai anak, adakah wajib saya melaporkan anak di dalam borang permohonan?
Tidak wajib melaporkan anak.
24. Saya membuat permohonan baharu dan nama penuh telah dipaparkan secara automatik oleh sistem. Namun semakan mendapati nama yang tertera terdapat kesilapan ejaan atau berbeza. Adakah pembetulan nama boleh dibuat?
Pembetulan nama tidak perlu dibuat. Sistem memaparkan nama berdasarkan maklumat seperti MyKad.

16. Ketua keluarga yang merupakan warganegara telah meninggal dunia. Balu merupakan bukan pemegang MyKad tetapi mempunyai anak yang merupakan warganegara (di bawah umur 18 tahun). Adakah balu tersebut boleh membuat permohonan BPN 2.0?
Pemohon BPN 2.0 mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia. Oleh itu, balu berkenaan tidak layak membuat permohonan BPN 2.0 walaupun mempunyai tanggungan yang merupakan warganegara.

Jika anda ingin mengemukakan sebarang pertanyaan atau maklum balas, orang ramai boleh menghubungi Hasil Care Line di talian 03-89111000 atau 603-89111100 (Luar Negara); HASiL Live Chat.

Ataupun mengisi borang maklum balas di portal rasmi LHDN melalui pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/


1 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama