Duduk diam di rumah adakalanya amat membosankan. Terkadang kita akan merasakan seperti kita sudah kekurangan motivasi diri kerana terlalu mengenang kebosanan yang akhirnya hilang minat untuk melakukan apa-apa aktiviti kerana jemu dengan rutin harian sepanjang di rumah saja.
Maka, amatlah penting untuk seseorang itu tetap konsisten dengan semangat peribadi. Membaca adalah aktiviti santai dan juga boleh dijadikan suatu bentuk terapi peribadi di mana kita dapat menikmati waktu hening di rumah dengan bacaan buku. Membaca mampu meningkatkan kebolehan daya fikir yang lebih tajam. Membaca juga boleh meluaskan pengetahuan kita tentang dunia luar. Setiap peribadi perlu membaca sekurang-kurangnya 1 muka surat setiap hari untuk meningkatkan pengetahuan kita dalam banyak perkara.
Buku apa yang sesuai untuk kita mengasah motivasi diri kita?
Sudah tentu buku yang berfokus pada motivasi ataupun apa saja buku berdasarkan minat kita masing-masing. Sebenarnya, kita tidak boleh juga memaksa diri kita untuk membaca kerana setiap manusia ada kecenderungan minatnya masing-masing. Setidak-tidaknya pun, perlu ada pendedahan sedikit tentang dunia perbukuan agar kita tidak ketinggalan jauh tentang dunia luar melalui pembacaan kita.
Terpulang buku apapun itu. yang pastinya kita akan mendapat suatu pengalaman baru hasil daripada bacaan kita, kan? Terpulang dengan niat kita masing-masing. Namun, dengan membaca kita dapat menerokai dunia melalui pengalaman bacaan itu.
Berbalik semula pada fokus admin tentang hilangnya motivasi diri, ada banyak saranan buku yang boleh anda rujuk. Kedai buku juga pasti ada dijual. Admin sarankan anda untuk membaca buku ini;
Admin baca buku ini bukan setakat untuk memantapkan penguasan diri sahaja, namun bagaimana admin memantapkan kualiti seorang pekerja dalam bekerja. Bacaan buku ini juga amat digalakkan untuk pemimpin ( majikan ) untuk memantapkan kualiti sistem pengurusan dan bekerja secara berpasukan dalam syarikat.
Berikut adalah senarai kandungan dalam buku ini:
Pengenalan : Revolusi Perhubungan Insan
1. Mencari Kepimpinan Ke Dalam Diri
2. Mula Berkomunikasi
3. Memotivasikan Manusia
4. Tunjukkan Minat Yang Sungguh-Sungguh Kepada Orang Lain
5. Melihat Dari Sudut Pandang Orang Lain
6. Mendengar Untuk Belajar
7. Berpasukan Demi Masa Hadapan
8. Menghormati Orang Lain
9. Pengiktirafan, Pujian dan Memberi Galakan
10. Menangani Kesilapan, Aduan dan Kritikan
11. Menetapkan Maklumat
12. Fokus dan Disiplin
13. Mencapai Keseimbangan
14. Cipta Sikap Positif
15. Belajar Menghentikan Rasa Bimbang
16. Kuasa Semangat
Baiklah, admin akan berkongsi sedikit pengalaman daripada bacaan buku ini. Buku ini sangat santai, namun pengisiannya sangat bermanfaat bahkan admin sendiri akan highlight atau catat semula dalam buku peribadi untuk rujukan motivasi admin sendiri. Sangat sesuai dibaca untuk semua golongan kerana ia sarat dengan pemantapan penguasaan diri, tidak kira apa jua bidang mahupun karier anda masing-masing.
Mencari Kepimpinan Ke Dalam Diri
Sebagai peribadi yang mempunyai pendirian teguh terhadap prinsip hidupnya, seseorang juga harus mempunyai sifat kepimpinan dalam dirinya. Setiap kita mempunyai potensi menjadi pemimpin setiap hari. Teknik kepimpinan yang berkesan bagi diri kita sendiri adalah diri kita sendiri dari dalam jiwa, niat kesungguhan dan kegigihan kita sendiri. Perkara yang menyebabkan dia menjadi seorang pemimpin lelaki dan wanita adalah bagaimana dia mampu menyesuaikan daya interaksinya dengan sesiapa sahaja. Memiliki ciri-ciri kepimpinan boleh diukur dengan;
- Tidak menegur kesalahan namun lebih kepada mencari solusi atau saranan terbaik.
- Sikapnya yang baik menjadi daya tarikan kepada orang lain yang turut ingin bersikap baik terhadapnya.
- Sentiasa mengucapkan terima kasih.
- Berhemah dalam mempertimbangkan sesuatu isu/hal yang dihadapinya.
- Fleksibel dalam mencapai wawasan diri.
- Memiliki kemahiran perhubungan insan.
- Menjadi contoh dan membina pasukan.
- Membimbing dan menjadi mentor kepada setiap penyelesaian masalah.
- Jadi diri sendiri, menghargai kelebihan diri kita.
- Semangat yang kental.
- Minda yang tajam.
- Imaginasi yang kuat.
- Sikap yang positif.
- Tindakan yang telus.
- Bersikap meninggi diri
- Menyanggah pendapat orang lain
- Menghamun orang lain
- Merendahkan maruah sendiri
- Melayan orang lain seolah-olah, " Saya bos dan kamu hanyalah pekerja."
- Kebebasan memarahi
- mendengar,
- berhubung,
- menyatakan ideanya.
Admin sangat berpuas hati dapat membaca buku ini. Tidak ada rasa kurangnya hasil daripada bacaan buku ini kerana sangat padat dan kenyang dihadam buat refleksi diri.
Adakalanya kita perlu belajar memperbaiki diri kita melalui bacaan. Membaca tidak pernah merugikan, malah membuatkan intelektual diri kita semakin mahir dalam IQ dan EQ dalam diri kita masing-masing.
Ingin mengetahui info lebih lanjut mengenai pengisian buku ini, bolehlah dapatkan menerusi link yang telah admin sediakan pada bahagian bawah gambar buku di atas.
Sekian, semoga bermanfaat buat semua!
thank you sharing :)
ردحذفإرسال تعليق