Assalamualaikum semua.
Hari ni nak kongsi sikit pasal kenapa susah sangat nak dapat kerja.
Macam mana dengan pendapat korang? Korang rasa susah kah senang? Aku selalu dengar kawan-kawan aku cakap, dan aku sendiri tak boleh sangkal sebab aku rasa apa yang dorang cakap tu betul.
“Dorang yalah, senang dapat, sebab ada orang dalam… Kita ni…”
Begitulah, keluhan kecil kawan aku tu dan kami pun sama-sama meratapi nasib yang sama. Aduhai..
Sebenarnya, nak cari kerja ni senang, tapi sebab ada beberapa aspek yang kita nak tengok dulu, kena pula kalau kita ni jenis yang agak cerewet..
Hmm, kalau macam tu, memang agak susah lah nak dapat kerja yang sesuai. Apapun, itu adalah tajuk untuk perkongsian hari ni. Mari kita tengok satu-satu..
kredit gambar infopelajar2u
Antara sebab anda sukar untuk dapat kerja adalah kerana :
1. Faktor Pemilihan Jawatan Yang Tidak Sesuai
Tidak kisahlah kerja dalam bidang apapun, sebelum cari kerja pastikan korang betul-betul yakin bahawa jawatan yang ingin dipohon itu sesuai dengan kemampuan, kelayakan dan minat korang.
Katakan lah korang tengah cari kerja dan ternampak jawatan kosong dalam bidang akaun di satu syarikat berdekatan rumah korang.
Korang memohon bukan disebabkan korang yakin dengan kemampuan untuk memegang jawatan akaun, ataupun korang ada minat dan mempunyai latar belakang akaun tetapi disebabkan jawatan tersebut mungkin menawarkan gaji yang lumayan dan tempat kerja yang berdekatan dengan rumah korang.
Sekalipun kerja sebagai tukang sapu, cuci piring ke, atau buruh kasar. Katakan lah korang nak bekerja pula sebagai buruh kasar tetapi korang tak tahan berjemur panas matahari, angkat berat, atau kerja lebih masa.
Pemilihan jawatan yang tidak sesuai menyebabkan korang sukar untuk dapat kerja. Adapun sekiranya korang dapat jawatan tersebut, korang tidak akan bertahan lama.
Disebabkan itulah ada ramai sangat golongan yang baru dapat kerja tak sampai seminggu sudah berhenti kerja. Oleh itu carilah kerja yang sesuai dengan kemampuan fizikal atau emosi, kelayakan akademik dan minat korang.
2. Permintaan Gaji Yang Terlalu Tinggi
Faktor gaji juga menyebabkan ramai orang susah untuk dapat kerja kerana permintaan nakkan gaji terlalu tinggi atau sesuai dengan kelayakan akademik. Ada sesetengah syarikat yang menawarkan gaji tidak setimpal dengan kelayakan akademik.
Bagi individu yang mempunyai banyak pengalaman bekerja wajar untuk meminta gaji yang tinggi. Tetapi bagi individu seperti fresh graduate, lepasan sekolah ataupun individu yang baru mahu bekerja digalakkan untuk tidak demand soal gaji.
Hal ini demikian kerana kurangnya pengalaman bekerja. Dunia pekerjaan tidak sama seperti zaman ketika belajar. Kadangkala apa yang kita pelajari di sekolah atau universiti tidak seperti apa yang kita akan hadapi di tempat kerja.
Disebabkan itulah kebanyakkan syarikat lebih mengutamakan pengalaman bekerja selepas melihat kelayakan akademik korang.
3. Kemahiran Komunikasi Lisan dan Bertulis Yang Lemah
Memetik laporan sebuah akhbar tempatan, Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) mengakui gulungan ijazah kini bukan lagi lesen besar untuk menempatkan diri dalam dunia pekerjaan.
Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan berkata, pelbagai faktor lain khususnya aspek fleksibiliti serta keupayaan komunikasi yang baik turut diberi perhatian penting.
Tegas beliau, pihaknya juga mendapati ada dalam kalangan siswazah kini menghadapi masalah komunikasi yang ketara sama ada secara lisan mahupun bertulis.
Pengarah Urusan Wonderland Primary Sdn Bhd, Leny Adam, berkata ini kerana pihaknya melihat sebilangan graduan dan siswazah hanya ingin bekerja, namun sama sekali tidak ada idea mengenai perjalanan operasi sesebuah syarikat.
“Budak sekarang ramai yang pandai tetapi tidak bermakna mereka pandai bekerja. Kadang-kala mereka tidak datang dengan pakej teknikal iaitu kemahiran, komunikasi atau kebolehan berfikir di luar kotak. Apabila terjun ke dunia pekerjaan. mereka tak boleh buat macam dalam buku.
4. Selalu Tinggalkan Solat, Rezeki Sukar Nak Dekat
Betapa ramai daripada kita yang culas dalam mendirikan solat 5 waktu sehari? Berapa ramai daripada kita yang bangun awal pagi bergegas untuk cari kerja tetapi sangat liat untuk mendirikan solat subuh 2 rakaat?
Kalau kita yakin rezeki di tangan Allah, kenapa kita sanggup tinggalkan perkara WAJIB yang Dia suruh?
Kita bekerja untuk mendapat rezeki. Rezeki itu datangnya dari Allah Taa’la. Rezeki itu Allah yang punya. DIA boleh memberi rezeki kepada sesiapa sahaja yang DIA sukai… yakinlah!
Tapi, sekiranya kita berkira untuk menunaikan kewajipan yang Allah dah tetapkan contohnya solat, maka layakkah kita untuk meminta Allah rezekikan kita dengan itu dan ini?
5. Resume Yang Tidak Up-To-Date
Kalau dah masuk bab Resume, korang MESTI ada resume yang orang kata “mantap weh resume dia!”
Kita kena faham dunia sekarang dah berbeza. Dah ada banyak cara untuk variasikan format resume yang dah berhabuk tu. Kalau korang nak ikut style lama, memang awal-awal dah tunjuk jalan tak kena terima.
Apa yang korang boleh buat? Cuba ubah resume tu jadi yang luar biasa sikit. Banyak applikasi yang boleh kita guna untuk buat resume ni. Tak payah bayar pun, free jer.
Contohnya, boleh guna applikasi Canva Dalam ni ada banyak template cantik untuk pastikan resume korang tu nampak “fresh” di mata penemuduga. Contohnya macam kat bawah ni..
6. Kebergantungan Tinggi Pada Internet
Memang tak boleh disangkal dengan adanya Internet ni, hidup pun jadi lebih senang. Yalah, itu ini, kalau ada internet, mesti boleh jalan dah. Contoh macam nak buat business.
Internet ni semua orang guna. Post-post pasal Jawatan Kosong yang ada di Internet tu, bukan korang jer boleh nampak dan bukan korang jer yang boleh apply tau.
Dah begitu, kita tetap berharap yang kita akan dipanggil untuk temuduga sebaik saja kita apply. Kalau tak kena panggil, mulalah meracau cakap buruk pasal syarikat tu.
Kita tak tahu yang syarikat tu mungkin dah ambik orang yang lebih layak dari kita..
Dah jadi macam ni, kita mesti cuba alternatif lain. Masa ni, kita akan faham betapa pentingnya connection untuk dapat kerja.
Cuba luangkan masa sikit, tanya orang-orang yang korang kenal, ibu bapa, kawan-kawan, saudara-mara, sampailah ke jiran pasal nak cari kerja. Tak ada salahnya pun bertanya kan? Siapa tahu, rezeki korang ada kat sana?
7. Tidak Proaktif Semasa Cari Kerja
Dah namanya nak kerja, mesti lah cari betul-betul kan? Job Hunting ni payah kalau kita tak proaktif dan buat macam main-main.
Masa nak cari kerja, korang mesti tingkatkan usaha untuk cari dan apply kerja kosong. Korang boleh mula dengan buat senarai syarikat yang ada kongsikan iklan jawatan kosong.
Lepas tu cuba tengok kalau kerja tu sesuai dengan bidang korang ataupun tidak. Tapi, kalau korang jenis nak kerja saja tanpa tengok semua tu, lagi luas peluang korang.
Cuba fokus dengan syarikat yang tak tetapkan syarat-syarat minimum. Perasan tak yang syarikat ni kalau post pasal kerja kosong, dorang akan letak sana “yang berpengalaman”.. Ha, kalau ni susah sikit lah terutama bagi fresh graduate..
Tapi, janganlah korang terus cuak. Cuba cari lagi, simpan dalam senarai dan try apply dulu. Kalau dah dapat panggilan, apalagi, korang perlu buat persediaan pula untuk pergi temuduga.
8. Tiada Persediaan Lengkap Untuk Temuduga
Masuk pasal temuduga, banyak sangat yang selalu ambil mudah. Ada yang datang lambat, lepas tu buat selamba. Ada yang dah sampai tempat temuduga, baru perasan dokumen tak lengkap. Alahai..
Temuduga ni penting tau.. Korang dah susah-susah cari dan apply, tapi korang kalah pula time nak pergi temuduga bukan sebab tak layak, tapi sebab perangai sambil lewa. Mesti taknak macam ni kan?
Kalau korang nak buat persedian, cuba korang tengok kat sini Tips & Panduan Berjaya Temuduga Kat sini, korang boleh nampak tips-tips yang berguna untuk pergi temuduga kerja. Kalau korang dah cuba sebaik mungkin, tapi tak dapat juga, jangan sedih..
Mungkin ada lagi yang lebih baik untuk anda nanti. Percaya dengan Allah dan juga diri korang sendiri. In Sya Allah, urusan korang akan dimudahkan.
9. Tidak Profesional Semasa Memohon Kerja
Masa memohon kerja ni, cuba jadi professional sikit. Jangan lah nak main-main kalau nak cari kerja ni..
Macam mana nak jadi professional? Benda pertama yang korang nak fokus tu masa nak hantar email dengan syarikat. Alamat email korang tu, kalau boleh cuba guna nama korang sendiri dan jangan guna nama yang pelik-pelik. Begitu juga dengan gambar dekat akaun email korang.
Sebab sekarang ni zaman canggih, syarikat tu boleh buat pemantauan di media sosial korang tau! Sebab tu pentingnya media sosial korang. Kadang-kadang nak dapat kerja pun dari media sosial, jadi cuba sedaya upaya korang untuk kekal professional di mata syarikat yang korang nak apply tu.
10. Abaikan Cara “Di Hujung Jari”
Macam orang selalu cakap, semuanya di hujung jari, korang jer yang perlu usaha sikit. Kita dapat tengok macam-macam platform yang boleh digunakan untuk pencarian kerja ni. Salah satu yang paling terkenal ialah LinkedIn.
Siapa-siapa yang tak ada akaun LinkedIn ni, cepat-cepat lah buat ya. Kat sini, korang boleh selitkan resume korang, boleh simpan informasi pasal pengalaman kerja dan pasal bidang study korang.
Dengan adanya informasi macam ni kat LinkedIn tu, syarikat boleh tengok dan baca pasal korang. Sebenarnya, Facebook pun ada bahagian untuk job hunting.
Cuba sedaya upaya guna apa yang ada dan lepas dah apply tu, janganlah duduk tunggu jer.. Cubalah follow up balik dengan diorang, manalah tau dorang terlepas pandang kan?
Kesimpulannya..
Nak cari kerja memang susah, lebih-lebih lagi dengan keadaan dunia sekarang ni.. Tapi, kalau kita sendiri tak nak usaha sedaya upaya, memang sampai bila-bila lah kita tak kerja kan? Semoga sedikit perkongsian ni boleh jadi inspirasi untuk korang supaya tak putus asa dalam job hunting korang.
Jangan lupa minta dengan Allah semoga dimudahkan urusan mencari kerja. Korang jangan abaikan tanggungjawab korang sebagai hamba Allah tau.. Kalau korang patuh dengan perintah Allah, In Sya Allah, Dia akan tolong korang juga. Semoga job hunting korang berjaya! Sekian.
Tapi kan...salah ambil course pun boleh jadi salah satu sebab kenapa susah nak dapat kerja. Akak sendiri pernah alami. Kawan-kawan akak pun ramai yang masih menganggur & kerja lari dari bidang yang diambil. Lepas habis SPM, sambung belajar, salah ambil course, kerja tak ngam & tambah pulak PTPTN tetap kejar suruh bayar hutang. Agak merugikan jugaklah dekat situ.
ردحذفNasib kita sama😭
حذفSAYA NAK BUNUH DIRI
ردحذفKenpa pula
حذفإرسال تعليق