Resepi Kek Coklat Lapis Cheese Sedap & Moist

Resepi Kek Coklat Lapis Cheese Sedap & Moist

Bahan A
  • 2 bji telur
  • 1 cawan gula castor
  • Esen vanilla
~ Mix dulu bgi kembang.. Dan nampak putih sikit adunan tu


Bahan B
  • 1 cawan minyk jagung
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat / setengah cawan kalau nak kurang manis

Bahan Ayak
  • 1 cawan serbuk koko.. (guna van houten)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sdb baking powder
  • 1 sdk soda
Bahan Cheese
  • 250g cheese tatura
  • 3 sdb susu cair
  • 3 sdb susu pekat
  • 3 sdb gula castor
  • 3 sdb tepung gandum
  • 1 bji telur
~ Mix semua ni sehingga kembang sebati. Kemudian ketepikan dulu.


Cara-Cara Penyediaan 

1. Panaskan kukusan. Guna Loyang 8 inci yang disapu dengan minyak. Lapikkan dengan baking paper

2. Adunan gula telur dah kembang Masukkan bahan B. Mix je sekejap bagi sebati. Setelah itu, masukkan bahan ayak sedikir demi sedikit.

3. Guna senduk je untuk kaup balik adunan.

4. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Gaul sebati. 

5. Tuang adunan pertama dalam loyang. Kukus selama 25 minit. Semasa mengukus angkat tudung kukusan 7 minit sekali untuk elakkan air kukusan menitis atas kek..

6. Apabila kek dah masak. Cucuk sikit dengan lidi sebelum tuang adunan cheese.

7. Tuang separuh je adunan cheese ke atas kek. Kukus selama 25 minit. Tinggal sikit lebihan cheese utk kita lorek lapisan atas nanti

8.  Apabila adunan cheese dah masak. Cucuk-cucuk manja adunan cheese dengan garpu. Tuang pula adunan coklat atas lapisan. Jangan tuang habis. Tinggalkan sikit untuk kita lapis kn dengan adunan cheese kat atas nanti.

9. Kukus selama 25minit atau sehinggan masak. Pastikan air tidak menitis pada kek kalau nak cantik. 

10. Akhir sekali, ambil 1sd adunan cheese. Tuang kat tengah-tengah kek. Kemudian tuang adunan coklat pula. Ulang sampai habis secara berselang seli. Ambik lidi lakarkan je atas tu ikut suka. Kukus selama 30 minit. Siap untuk dihidang!

Kredit resepi asal : ieda jahaya


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama