10 Koleksi Teks Ucapan Hari Raya Terbaik Sepanjang Masa


Ucapan #1
Taqabbalallahu Minna Wa Minkum.
Tiada kata seindah maaf.
Bila ada kata dan perbuatan yang khilaf.
Kiranya maaf yang kami harapkan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Mohon maaf zahir batin.

Ucapan #2
“Dalam bermesra mungkin terkasar bahasa. Dalam bergurau mungkin terlanjur senda, dalam berjanji mungkin ada yang belum dikota, dalam berbicara mungkin ada yang menyingung rasa. jika ada kemaafan.. itu jua lah yang dipinta.. Selamat Hari Raya..”

Ucapan #3
"Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat hari raya aidilfitri, 
Maaf zahir dan batin."

Ucapan #4
Semoga Allah menerima amal kami dan anda, Semoga sepanjang tahun anda berada dalam kebaikan. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN

Ucapan #5
Dalam gurau ada senda,
Dalam senyum ada tawa,
Dalam suka ada duka,
Itulah sebenarnya diri kita,
Cuma… Jangan ikut hati luka,
Jangan difikir salah siapa,
Jangan di ungkit pahala dosa,
Anggaplah ruang bertemu kata,
Kata sekadar penghibur belaka,
Moga silaturrahim tetap ceria,
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin.

Ucapan #6
Pejam celik pejam celik dah lama tak jumpa
Pejam pelik dah 29 hari puasa
Makin dipejam celik, makin banyak salah dan dosa
Sementara masih celik, banyak-banyaklah buat pahala
Sebelum pejam tak celik-celik harap maaf jika tersalah kata
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin!

Ucapan #7
Jika kesilapan semalam belum terampun
Jika kesilapan hari ini menyakitkan hati
Kumohon ampun dan maaf agar kita bebas dari hari 'pengadilan'.

Ucapan #8
Kala Ramadan telah pergi
Takbir berkumandang di Aidilfitri
Lapar dahaga yang kita lalui
Semoga berbalas pahala Ilahi
Tangan dihulur sepuluh jari
Kumohon maaf setulus hati
Ampun dipinta maaf diberi
Salam Aidilfitri

Ucapan #9
Semoga Aidilfitri pada tahun ini adalah menjadi simbolik kemenangan kepada seluruh umat islam setelah sebulan berpuasa khususnya kepada keluarga tersayang.


Ucapan #10
Malam ni LAST terawih
Pagi nanti LAST sahur
Esok pulak LAST puasa dan
Maghrib esok LAST berbuka
Harap Ramadhan Tahun Nie
Bukan LAST Untuk Kita Semua

Dalam GURAU ada terkata,
Dalam BICARA terkasar bahasa,
Dalam TINDAKAN terguris rasa,
Dalam HIDUP tiada yang tak buat dosa..

Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.

Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
Whatsapp dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan di Aidilfitri.

2 Ulasan

  1. Terima kasih atas perkongsian . Xdpt balik kampung ..kirim ucapan pun dh cukup bermakna

    BalasPadam
  2. Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama