5 Manfaat Kalau Hafal Doa Ini 'Bismillahi tawakkaltu alallahi la hawla wala quwwata illa billah'

Doa ni penting dalam kehidupan seharian kita. Sering kali kita dengar, jangan berhenti berdoa. Sebab Allah tu Maha Mendengar. Mungkin doa tu tak akan termakbul terus, sebab belum tiba masanya.

Lagi satu, kita janganlah buruk sangka dengan rancangan Allah S.W.T. untuk kita. Pasti ada sahaja hikmah kenapa doa yang selalu kita baca tu tak ditunaikan lagi. Bersabar dan teruskan berdoa.


Syekh Ali Jaber ada berkongsi tentang sepotong doa yag kalau dihafal dan diamalkan, InsyaAllah, kita akan dapat 5 manfaat daripadanya.

“Bismillahi tawakkaltu alallahi la hawla wala quwwata illa billah” Dengan Nama Allah, Aku berserah diri kepada-Nya, dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan Pertolongan-Nya ~

Apa sebenarnya maksud sepotong doa ini? Apa sebenarnya manfaat yang kita boleh dapat jika kita hafal dan amalkan baca doa ini? Mari kita baca dan hayati satu-satu manfaatnya.

1. Diberikan Petunjuk agar segala urusan menjadi lancar. 

Betulkah urusan akan lancar kalau selalu baca doa ini? Jika kita hayati sendiri maksud ayat ini, pasti kita juga akan paham. Potongan ayat ini memberi maksud yang kita ini menyerahkan segalanya kepada Allah, dan mengharap dengan kekuasaan dari Allah untuk memberikan pertolongan dalam urusan harian kita. Dengan adanya petunjuk dari Allah Subhanallahu wa ta’ala, urusan kita pasti akan menjadi mudah.. InsyaAllah..

2. Mendapat Perlindungan dari Allah S.W.T

Dengan izin Allah, kalau kita selalu baca doa ini, kita dapat selamatkan diri kita dari sebarang kecelakaan yang akan menimpa. Kecelakaan itu boleh saja datang dari pelbagai perkara, mungkin saja kemalangan, kematian, atau sakit yang tiada penyembuh. Naudzubillah min zalik..

3. Diberikan Kecukupan dalam kehidupan. 

Kecukupan itu sendiri ada dalam pelbagai bentuk. Dari segi pencarian rezeki, kecukupan makan dan minum, kecukupan anggota fizikal, dan bermacam-macam lagi. Ada saja orang di luar sana, yang hidupnya susah dan miskin, tapi dia sentiasa merasa cukup dibalik kekurangannya. Ada pula yang kaya raya, jutawan, tapi masih ingin menindas orang lain untuk memastikan lubuk pencarian rezekinya dapat diluaskan lagi. Semoga kita tidak tergolong dari orang-orang yang sedemikian.

4. Syaitan tidak akan berani mendekat dan menggoda kita. 

“Wa tanaha anu syaiton”. Rasullullah S.A.W. ada berkata, syaitan akan tergeser dan tidak akan mampu untuk mendekati apatah lagi menggoda mereka yang selalu membaca doa ini. Sungguh besar manfaat yang boleh kita dapat walaupun hanya dengan sepotong ayat.

5. Dilindungi Allah dari segala bahaya & keburukan

Sepotong doa ini, yang juga merupakan Doa Keluar Rumah ini, perlu disampaikan dan diajar dengan anak-anak. Harus untuk disampaikan supaya bibir mereka tidak lekang dari doa ini dalam kehidupan seharian. In sya allah, dengan doa ini, dapat dilindungi oleh Allah dari segala bahaya dan keburukan.

Kredit to myislam.org


Selain berkongsi tentang manfaat doa ini, Syekh Ali Jaber turut berkongsi tentang ayat terakhir Ayat Kursi. Antara ayat yang paling agung di dalam Al-Quran.

Daripada Abi Umamah RA bahawa Nabi SAW bersabda:
 

مَنْ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِيِّ دُبُرَ كُلِّ صَلَاةٍ مَكْتُوبَةٍ لَمْ يَمْنَعْهُ مِنْ دُخُولِ الْجَنَّةِ، إِلَّا الْمَوْتُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi setiap selepas kali solat fardhu, tidak akan terhalang baginya untuk memasuki syurga melainkan mati”. [Riwayat al-Thabarani di dalam Mu’jam al-Kabir (7532)] [Riwayat al-Nasa’ie di dalam al-Sunan al-Kubra (9848)][Hadith ini dinilai sahih oleh Imam Ibn Hibban]


Subhanallah…

Pasti ada antara kita yang sebaik saja memberi salam, terus membaca doa pendek, dan bangun kembali mengerjakan urusan dunia. Ada juga yang mungkin kerana terlalu sibuk dengan hal dunianya, sampai solat di hujung waktu. Dan berkat solat itu semakin kuranglah di sisi Allah. Apapun, urusan kita, seboleh-bolehnya utamakanlah solat kita dahulu.

Sudah selesai solat, jangan terus terburu-buru bangun. Ambillah seminit dua untuk membaca ayat kursi. Habis saja solat, bacalah. Tak lama pun baca ayat kursi ni. Jika sudah selesai, baru kita bangun. Macam mana dengan zikir harian?

Syekh Ali Jaber berkata dalam ceramahnya, zikir itu boleh dibaca sambil berjalan, sambil memandu, atau bila-bila masa saja.
  1. Subhanallah 33x
  2. Alhamdulillah 33x
  3. Allahuakbar 33x
Sebenarnya, bukan susah nak buat semua perintah Allah S.W.T. Tidak dapat dinafikan, ada antara kita yang termasuk dalam golongan manusia yang sering kali terbabas dari jalan yang benar. Mungkin saja sudah bertaubat, tapi untuk beristiqamah, rumitnya hanya Allah yang tahu..

Oleh itu, marilah kita sama-sama amalkan doa pendek ini dan tidak dilupakan dengan ayat kursi sebaik saja habis solat. InsyaAllah, dengan izin dari Allah S.W.T., urusan kita akan dimudahkan dan semoga kita sentiasa berada dalam jagaan-Nya.

Wallahu a’lam


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama