Tidur Yang Berkualiti Dalam Islam

Di antara kita semua pasti ada yang mengalami malam di mana kita tak boleh tidur kan? Atau mungkin ada saja yang walaupun sudah tidur lebih dari 5-8 jam sehari, masih lagi rasa mengantuk.

Dr. Noorhisyam dari Tahfiz Medic ada mengatakan yang kita ni sebenarnya hanya perlukan tidur dalam masa 3 jam sahaja! Mesti ada yang rasa pelik kan dengen pernyataan ini?

Tidur Yang Berkualiti Dalam Islam

Jika kita lihat artikel dari Dr Hamza Al-Hamzawi, beliau ada mengatakan bahawa untuk bangun dengan cergas, kita tak perlu pun tidur selama 8 jam macam kajian dari barat tu. Tetapi cukup dengan 3 Jam sahaja. Tapi ada waktu tertentu tau.. Iaitu dari pukul 9 malam hingga 12 malam. Atau yang selalu kita lakukan sekarang, tidur pada jam 10 malam dan akan bangun pada jam 2 atau 3 pagi.

Rasulullah S.A.W. juga tidur di awal waktu kerana waktu tersebut adalah waktu yang paling bermanfaat untuk tidur. Seserang itu boleh dapat 80% tidur yang nyenyak dalam waktu tersebut. Selain itu, waktu ini dikatakan ada “Baraka” iaitu sejam tidur adalah sama dengan tiga jam waktu tidur. Waktu ini, kelenjar pineal akan mengeluarkan hormone melatonin yang membantu kita untuk tidur.

Tidur pada jam 12 hingga 2 pagi – Hanya terdapat 20% waktu tidur nyenyak dan 80% selebihnya adalah “dream sleeping” yang tidak berguna.

Tidur jam 2 hingga 5 pagi (sebelum Subuh) – Waktu ini adalah waktu yang sesuai untuk menghafal, mengingati Allah, berzikir, Istigfar dan penumpuan mental. Kalau anda seorang pelajar, mungkin ini adalah masa yang sesuai untuk mengulang kaji dan belajar.

Tidur pada waktu siang (selepas Subuh) – Waktu ini adalah waktu yang tidak bermanfaat untuk tidur. Kalau kita tidur pada waktu ini, kita akan merasa kelesuan, kekeliruan, dan hilangnya fokus. Kita sepatutnya bangun dan mengerjakan hal lain selain tidur pada waktu ini.

Tidur dari Subuh hingga matahari terbit – Kelenjar pineal akan mengeluarkan hormon lain iaitu ‘serotonin’. Pada waktu ini, seseorang itu sepatutnya sudah bangun dan sangat sesuai untuk berzikir dan melakukan aktiviti harian.

Untuk pengetahuan kita semua, pembebasan ‘melatonin’ oleh kelenjar pineal ini akan berkurang selepas 40 tahun dan akan berhenti selepas 50 tahun. Selepas itu, seseorang itu perlulah manfaatkan apa yang telah tersimpan dalam badan.

Jika seseorang itu mendapat penyakit “Alzheimer” dan permulaan “Dementia”, itu bermaksud dia telah tidur lewat sepanjang hidupnya. Wallahualam…

Memang ramai orang yang selalu tidur lambat. Kalau tiba-tiba tukar jadual tidur, mesti rumit kan? Ada beberapa tips yang mungkin boleh kita cuba kalau nak tidur awal.

1. Tutup phone, wifi, data telefon, televisyen dan juga lampu masa nak tidur.

2. Kalau nak tidur tu, minta dulu dengan Allah. Sematkanlah niat-niat korang untuk bangun awal nak bangun tahajud, minta Allah mudahkan urusan tidur dan nak bangun nanti, selitkan juga doa tidur dan potongan-potongan doa yang korang nak baca. Kalau aku, wajib baca ayat kursi sebelum tidur. And niat nak bangun awal tu mesti ada.

3. Tenangkan diri. Jangan simpan rasa marah dalam diri tu. Lepaskan dulu. In sya allah korang akan lebih mudah nak tidur.

Mula-mula buat memang susah. Rasa payah sangat nak bangun. Korang boleh cuba dulu. Hari pertama tidur jam 9 malam dan cuba bangun jam 3 pagi. Kalau yang uzur tu, cuba tanam niat dan azam untuk bangun tahajud. Zikir banyak-banyak dan minta doa dekat Allah S.W.T. Sebab masa nilah yang orang panggil GOLDEN HOUR untuk doa-doa kita dimakbulkan.

Kalau dah pasang azam, ada semangat yang kuat nak bangun tahajud, in sya allah, urusan korang akan dimudahkan. Yang penting kita jangan putus asa, dan cuba jadi yang terbaik untuk tidur awal dan bangun awal untuk “dating” dengan Allah. Orang cakap, cari Allah dulu sebelum makhluknya. In sya allah, Allah akan mudahkan untuk kita. Amiinn..


6 Ulasan

  1. kalau saya kat asrama tidur kui 11.50 mcm tu lah. astu macam mana saya nak dapatkan tido 3 jam tu . 😭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba awak guna alarm dulu. Aku pun macam tu. Kalau sering bangun awal nanti terbiasa juga tu

      Padam
    2. Remaja 13-18 perlu tidur 8-10 jam

      Padam
  2. Remaja 13 -18 thn.perlu tidur 8-10 jam sehari

    BalasPadam
    Balasan
    1. ini menurut islam bukan menurut barat.

      Padam
  3. kalau rasa mengantuk pada waktu pagi , perlu tidur atau tak ?
    kalau nak tidur , pukul berapa sesuai ?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama