Ramai majikan yang mengalami masalah dalam urusan permohonan PSU.
Ada yang lambat menerima bayaran dan ada sesetengah majikan yang ingin mengemaskini permohonan mereka kerana mungkin ada kesilapan atau majikan tidak memenuhi prosedur dokumen sokongan.
Jangan risau, majikan, wakil majikan atau yang berkenaan boleh buat aduan dan sekaligus mengemaskini secara lansung kepada pihak PERKSEO menerusi sistem e-Aduan SIP untuk mengetahui status perkembangan permohonan anda.
CARA BUAT ADUAN PSU SECARA ONLINE :
1. Taip aduan Psu online, klik search dan anda akan melihat senarai pautan link yang berkenaan.
Senarai carian yang paling
atas adalah link rasmi untuk membuat aduan berkenan PSU. Anda boleh klik
pada link “Aduan Permohonan: Welcome”.
2. Setelah anda
memasuki pautan link tersebut, anda secara automatik akan masuk ke laman web
aduan tersebut. Di situ, anda perlu klik ke bahagian Program Subsidi Upah.
3. Setelah anda klik
pada butang tersebut, anda akan melihat banyak pilihan yang dikehendaki bergantung
pada urusan anda. Bagi anda sebagai majikan atau mewakili majikan anda mengurus
permohonan PSU sebelum ini, boleh klik pada butang Majikan / Wakil Majikan.
4. Setelah itu, majikan
/ wakil majikan dikehendaki mengisi setiap butiran wajib dan dikehendaki.
Butiran yang ditandai bintang wajib diisi. Isi pada butiran Nama Pengadu.
5. Isi pada butiran
nombor Nombor Kad Pengenalan.
6. Isi pada butiran
Nombor Telefon
7. Isi pada butiran
Alamat Emel
8. Isi pada butiran
Nama Majikan / Syarikat / Organisasi
9. Isi pada butiran Kod
Majikan
10. Isi pada butiran Jenis Aduan, anda boleh pilih pada jenis aduan yang ingin lakukan. Sebagai contoh, admin akan pilih Program Subsidi Upah 3.0 ( PSU 3.0 )
11. Jangan lupa isi
pada butiran No Rujukan bagi permohonan yang dinyatakan pada soalan 7, agar
memudahkan pihak perkeso membuat rujukan permohonan anda.
12. Bahagian butiran Isu Aduan, pengadu boleh memilih lebih dari satu kes/isu mengenai masalah pada permohonan anda sebelum ini.
13. Jika pilihan anda
seperti yang dinyatakan pada butiran ini, anda dikehendaki / wajib isi pada
butiran ini. Sekiranya tidak, tidak perlu diisi. Pastikan semua butiran yang
berkenaan dengan isu aduan anda diisi lengkap dan betul. Pastikan dokumen
sokongan yang diperlukan jelas dan sahih.
14. Jika anda ingin menyatakan butiran aduan, sila nyatakan dengan terperinci ( nombor 18 ).
15. Bagi butiran nombor 19,
jika sebelum ini anda juga pernah buat aduan mengenai permohonan ini, juga perlu
nyatakan untuk rujukan pihak Perkeso.
16. Untuk Nombor 20, dokumen
sokongan diperlukan sekiranya sebelum ini pihak Perkeso memerlukan butiran
syarikat daripada majikan atau juga sebagai bukti lampiran.
17. Sila Tick pada
ruangan segi empat butiran Deklarasi sebagai tanda aduan ini adalah berdasarkan pada maklumat
yang benar dan sahih. Wajib ditanda seblum Hantar.
18. Tekan “Hantar”.
Sebelum menekan butiran Hantar, semak semula dan pastikan segala maklumat yang diisi
betul dan sahih.
19. Setelah menekan butiran Hantar, anda akan mendapat notifikasi bahawa aduan anda telah dihantar.
Berikut adalah bukti bahawa aduan anda telah diterima dan nombor rujukan yang diberi adalah nombor aduan yang perlu anda rujuk untuk mengetahui perkembangan status aduan anda tadi.
Sila catat dan simpan Nombor Rujukan tersebut untuk
semakan status aduan anda.
good sharing :)
BalasPadamBanyak majikan terkesan, nk bayar gaji pun tak lepas. Semoga PSU ni dapat membantu.
BalasPadamCatat Ulasan