Iklan Pengambilan Khas Guru gred DG41 akan bermula pada 7 Julai 2021
Penempatan akan bermula pada Oktober 2021. Pengambilan ini bertujuan untuk mengurangkan jurang kekurangan guru dan mata pelajaran yang menghadapi masalah kekurangan guru. Ia merupakan pengambilan guru yang terbesar untuk setakat ini.
Antara Mata Pelajaran dengan Kekurangan Guru yang Tinggi :
Sekolah Rendah :
- Bahasa Inggeris
- Sejarah
- Pendidikan Khas
- Pendidikan Agama Islam
- Teknologi Maklumat & Komunikasi
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Pendidikan Khas
- Pendidikan Agama Islam
- Reka Bentuk & Teknologi
(Sumber: Sidang Media Khas KPM - Dr Radzi Jidin , 20 Jun 2021)
Dalam sidang media sebentar tadi, saya umumkan pengambilan khas besar-besaran guru baharu secara one-off. Pengambilan yang melibatkan 18,702 perjawatan ini dirancang dengan penuh teliti bagi merungkai isu kekurangan guru yang telah berlarutan bertahun-tahun lamanya.
Pengambilan khas ini menjadi kenyataan dengan adanya koloborasi strategik diantara KPM, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).
Terima kasih saya ucapkan kepada SPP dan JPA!
KPM akan terus bekerjasama rapat dengan SPP, selaku Pihak Berkuasa Melantik, untuk menjayakan pendekatan baharu bagi memastikan pengambilan secara besar-besaran ini dapat memenuhi keperluan guru di sekolah.
Ini merupakan antara usaha yang diberi perhatian oleh KPM dalam menjayakan Pelan Pemulihan Negara.
Apa yang penting, teruslah memberi sokongan dan kepercayaan kepada kami untuk terus melakukan yang terbaik.
Nothing beats hard work!
Sumber : Facebook Dr Radzi Jidin
Cara Memohon Melalui MYSPP. Rujuk tutorial di Cara Memohon Jawatan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) Melalui MySPP
Inilah peluang buat anda yang berminat untuk menjadi seorang guru. Temuduga SPP ni tak ketat sangat seperti temuduga SPA. Lagipun, sekiranya memenuhi syarat, anda akan terus dipanggil temuduga.
So, save the date ya. Good luck! Semoga dimurahkan rezeki buat korang.
thank you sharing
BalasPadamCatat Ulasan