Baru-baru ini Prof. Dr. Muhaya dikecam warganet kerana mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan salah faham dan pelbagai reaksi. Dalam video yang tular tersebut Prof Muhaya menyatakan:
Orang lelaki suka perempuan lembut-lembut, high estrogen, mengharapkan, perlu ditolong, biarlah macam bodoh-bodoh sikit, itu bolehlah. Sesiapa yang lambat-lambat jodoh tu tengok you punya karakter macam mana.
Tidak lama selepas video tersebut tular, Prof. Dr. Muhaya memberi penjelasan menerusi laman muka buku beliau. Video berdurasi 56 saat yang tular tersebut adalah petikan daripada video live di laman facebook dan saluran youtube yang bertajuk "Antara Cinta dan Cita-cita". Beliau menyatakan kekesalan beliau kerana video tersebut menimbulkan reaksi kurang senang, persoalan, perbalahan dan tafsiran dari pelbagai pihak terutama sekali kaum hawa. Beliau menjelaskan di laman Facebook beliau bahawa:
Secara teknikalnya, ini adalah video lama. Bagaimanapun Bonda faham klip yang telah disunting kepada 56 saat ini, telah menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang dalam kalangan masyarakat, terutamanya kaum wanita, sehingga menimbulkan persoalan, perbalahan dan sangkaan.Bonda mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf atas salah faham yang timbul dan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang ambil berat termasuk pihak media, rakan-rakan dan keluarga yang mengambil inisiatif tabayyun, atau bertanya akan perkara sebenarnya kepada Bonda mahupun team Bonda.
Catat Ulasan