Kekosongan Jawatan Pentadbiran Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) di UITM SABAH

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera (Jawatan Pentadbiran) yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap di Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu.

Kekosongan Jawatan Pentadbiran Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) di UITM SABAH

Kekosongan Jawatan Pentadbiran Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) di UITM SABAH


Jawatan Pentadbiran Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
  • Warganegara Malaysia

  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,352.00)

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yag diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,408.40)

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

  • Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji pemulaan pada Gred N19 : RM1,464.80)

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL) BAGI PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan, Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 tertakluk kepada kekosongan jawatan dan memenuhi syarat berikut:
  • Telah disahkan dalam perkhidmatan

  • Mempunyai kelayakan di perkara 1(c) di atas atau lulus Peperiksaan Khas.

  • Had umur pelantikan:

    • Berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai umur persaaraan paksa 55 atau 56 tahun
    • Berumur kurang daripada 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang berumur persaraan paksa 58 tahun
    • Berumur kurang daripada 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

1. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh dimuat turun dari laman sesawang UiTM di https://sabah.uitm.edu.my



2. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan.
  • Kad Pengenalan
  • Sijil Kelahiran
  • Sijil SPM/MCE,HSC/STPM atau setaraf
  • Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Ph.D (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci)
  • Surat Pengesahan Perkhidmatan daripada Majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/penetapan gaji.

3. Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan kerajaan atau Badan-Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan disertakan dengan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini.

4. Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.

5. Borang permohonan tidak lengkap tidak akan diproses. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.


Unit Pengurusan Sumber Manusia
Bahagian Pentadbiran
Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah
Beg Berkunci 71, 88997 Kota Kinabalu, Sabah.

Sebarang pertanyaan bolehlah merujuk kepada :

Email : rahma221@uitm.edu.my
No. Tel :(088) 513879

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama