Apa khabar korang semua? Isu Covid-19 ni semakin merisaukan kan? Semoga kita semua dilindungi dari penyakit ini. Amiinn..
Korang mesti dah tau tentang Oximeter kan? Barang viral baru-baru ini. Setiap rumah sekurang-kurangnya perlu ada satu oximeter ni. Untuk kegunaan korang dan keluarga juga.
Hari ni aku akan kongsi tentang cara nak gunakan pulse oximeter ni. Mungkin ada antara korang yang dah lama beli, tapi masih tak reti nak guna dengan betul kan? Baiklah mari kita tengok cara yang betul nak guna.
KKM sendiri ada kongsi cara untuk mengunakan Pulse Oximeter ni. Untuk pengetahuan korang, pengukuran dan hasil bacaan perlu dicatat tiga kali dalam sehari. Ia perlu dilakukan pada masa yang sama setiap hari.
Korang boleh catat masa pagi, tengahari dan malam. Tapi, kalau korang ada rasa apa-apa perubahan dalam kesihatan korang, bolehlah buat pengukuran lebih dari tiga kali.
Cara Guna Pulse Oximeter
1. Sebelum menggunakan oximeter, pastikan korang dah tanggalkan pewarna kuku ataupun kuku palsu kalau ada digunakan. Panaskan tangan korang dahulu. Cuma perlu gosokkan kedua tapak tangan jika korang ada rasa sejuk.
2. Rehatkan badan korang sekurang-kurangnya lima minit sebelum buat pengukuran.
3. Letakkan tangan korang di dada separas dengan jantung dan kekalkan kedudukan tangan korang di sana.
4. Hidupkan Pulse Oximeter yang korang dah beli tu. Letak di jari tengah ataupun jari telunjuk korang.
5. Kekalkan posisi jari yang diletakkan di Pulse Oximeter. Cuba tunggu sekurang-kurangnya satu minit ataupun sehingga bacaan menjadi stabil.
6. Catatkan bacaan yang paling tinggi jika bacaan tidak berubah selama lima saat.
Cara ni merupakan perkongsian daripada KKM sendiri. Pastikan setiap bacaan yang korang catat tu betul dan dilakukan dengan berhati-hati ya!
Faktor yang Boleh Mempengaruhi Ketepatan Bacaan
• Bahagian badan peripheral seperti hujung jari kaki dan tangan sejuk (sebab tu kena gosok tangan dahulu untuk tujuan pemanasan sebelum guna oximeter)
• Peredaran darah yang lemah yang mungkin disebabkan oleh masalah kesihatan darah tinggi ataupun kegagalan fungsi jantung (pastikan korang buat daily, weekly, dan monthly check-up kalau korang ada masalah kesihatan ya!)
• Jari mempunyai tatu, cat kuku atau kuku palsu (KKM dah pesan untuk tanggalkan dahulu cat atau kuku palsu. Kalau tak dapat, guna jari lain untuk kepit pada Pulse Oximeter)
• Mengukur semasa baring mendatar (Ukur bacaan semasa korang sedang duduk atau berdiri)
• Pesakit yang ada menghidap Anemia, Anemia Sel Sabit, dan penyakit berkait sel darah yang lain.
Gambar kat bawah ni pula, adalah tanda bacaan bagi Pulse Oximeter. Korang boleh tengok sama ada bacaan korang tu normal, hanya perlu pemantauan dari rumah, pemantauan doktor ataupun yang memerlukan nasihat perubatan dengan segera.
Bacaan kadar oksigen akan diambil dengan mengepit Pulse Oximeter di tangan korang. Ia akan diukur dengan proses yang melibatkan lintasan sinaran cahaya kecil ke dalam darah.
Melalui proses ini, boleh mengukur perubahan penyerapan cahaya dalam darah beroksigen atau darah tanpa oksigen dan seterusnya, mengesan kadar kepekatan oksigen darah.
Dengan alat ini, korang boleh pantau tahap kesihatan korang sendiri. Jadi tak perlu susah-susah nak pergi hospital berulang kali.
Kecuali kalau korang memang sakit dan tak boleh sembuh dengan rehat dan ubat, disarankan supaya korang pergi hospital untuk dapatkan nasihat doktor.
Semoga perkongsian ni bermanfaat. Stay safe korang!
إرسال تعليق