Pulse oximeter merupakan suatu peranti perubatan yang digunakan untuk mengukur kadar oksigen di dalam badan. Pengimportan dan pengedarannya di dalam pasaran dikawal oleh MDA di bawah Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737).
Ia perlu berdaftar di bawah Akta ini untuk memastikan keselamatan dan keberkesanannya sebelum boleh dipasarkan. Untuk mendapatkan pulse oximeter yang berdaftar dengan MDA, orang ramai dinasihatkan untuk membuat semakan dahulu sebelum membuat pembelian.
Oximeter ni baru-baru viral di kalangan ramai. Sampai ada beberapa kedai yang tiba-tiba sahaja habis stok. Oximeter ni sebenarnya alat untuk mengukur paras oksigen dalam darah kita. Biasanya akan digunakan untuk pantau keadaan pesakit yang ada masalah kesihatan seperti penyakit asma, kanser, sakit jantung, dan lain-lain.
Oximeter ni sendiri ada banyak jenis. Tapi lebih disarankan untuk beli Oximeter yang lulus KKM ataupun yang ada MDA Certified tu. Sekarang boleh beli online, jadi tak perlu susah-susah nak keluar beli.
Kat bawah ni, aku akan senaraikan beberapa Oximeter dengan link dari Shoppe. Jadi kalau korang nak beli, boleh masuk link yang aku dah letak tu je.
Senarai Oximeter yang Lulus KKM/ MDA Certified
Sebenarnya ada banyak lagi jenis oximeter yang ada kelulusan dari KKM / MDA. Boleh semak link di bawah.
Kalau boleh, jangan beli yang harga murah sebab risau kalau oximeter tu tiada kelulusan. Beli yang harga mahal, yang ada ada MDA Certified dan korang boleh guna dalam jangka masa yang lama.
Sebelum beli oximeter tu, pastikan korang cek betul-betul. Kalau masih ragu-ragu korang boleh cek di link yang aku bagi kat atas. Satu rumah, sekurang-kurangnya mesti ada satu Oximeter.
Sekian perkongsian hari ini.
Catat Ulasan