AKU MATI SEBAGAI MINERAL
Aku mati sebagai mineral,
dan menjelma tumbuhan
Aku mati sebagai tumbuhan,
dan menjelma haiwan
Aku mati sebagai haiwan
dan menjelma manusia.
Lalu kenapa aku harus takut berakhir pada kematian?
Maut tak pernah mengurangi sesuatu dariku.
Sekali lagi! Aku masih harus mati sebagai manusia dan lahir di alam malaikat.
Aku harus mati lagi kerana:
"Segala sesuatu pasti binasa, kecuali waja-Nya."
Setelah itu aku masih harus mati
dan menjelma sesuatu yang boleh kufahami.
Ah, biarkanlah diriku lenyap memasuki kekosongan,
kesunyian.
Kerana dalam kesunyian itulah terdengar suara:
"Hanya kepada-Nya lah segala sesuatu kembali."
RINTIHAN SERULING
Dengarkan seruling mengeluh,
Lonjakan derita perpisahannya:
Sejak terpisah dari rumpun buluhku,
Lelaki-perempuan
Mengeluh bersama jeritanku
Kuingin dada terkoyak perpisahan.
Agar kuungkap rindu-dendamku.
Sesiapa terpisah jauh dari sumbernya,
Rindukan masa ia bersatu.
Kepada setiap kumpulan,
Kulonjakkan deritaku.
Kubergabung
Dengan yang malang dan senang.
Setiap orang
Merasa jadi kawanku.
Tapi tak seorang mahu tahu rahsiaku.
Rahsiaku tak jauh dari keluhku,
Tapi mata telinga
Tak cukup punya cahaya.
Raga bukan selubung jiwa,
Jiwa bukan selubung raga.
Tetapi tiada yang fahami jiwa.
Jeritan seruling ini adalah api,
Bukan angin.
Sesiapa yang tak miliki api ini,
Biarkan musnah!
Api cintalah yang ada
Dalam seruling,
Tiupan cintalah yang melonjak dalam anggur.
Seruling adalah rakan
Siapa saja yang terpisah
Dari sahabat.
Melodinya mengorak hijab hati kita.
Siapa yang pernah lihat...
Racun dan penawar
Seperti seruling?
Siapa yang pernah melihat
Pengasih dan pencinta yang rindu
Bak seruling?
Seruling bercakap tentang jalan
Bersimbah darah...
Dan berkisah
Tentang asmara majnun...
" KATA-KATA LEMBUT YANG SALING KITA UNGKAPKAN, TERSIMPAN DALAM PASU RAHSIA DI LANGIT. SUATU HARI, SEPERTI HUJAN, KAN TURUN KE BUMI, HIJAUKAN DUNIA."
Petikan bait-bait puisi daripada buku " Love Like Rumi" karya Haidar Bagir
Catat Ulasan