Mesti ada antara korang semua yang pernah alami breakout di muka kan? Lepas surut breakout tu, ganti pula dengan kesan parut yang memang susah nak hilangkan. Huhu..
Hari ni aku nak kongsikuncullah whitehead ataupun blackhead. Lepas tu, jangkitan bakteria yang juga dipanggil Propionibacterium Acnes akan berlaku dan membiak.
Ia akan menyebabkan inflamasi ataupun keradangan dan akan mJeran beberapa cara yang korang boleh gunakan untuk hilangkan parut degil di muka dalam masa satu minggu. Sebelum tu, mari kita tengok jenis-jenis parut jerawat dahulu.
Jenis-jenis Parut Jerawat
Oleh sebab itulah, liang pori boleh tersumbat dan akan mawat ni terjadi sebab liang pori di muka tu tersumbat. Selalunya, ia akan bermula dengan pengumpulan sel kulit mati dan minyak yang seterusnya akan berkumpul dalam pori-pori yang keciluncul.
lah jerawat. Dengan adanya jerawat, inflamasi akan terus berlaku sehingga liang pori pecah dan nanah akan wujud di sana. Sebab tu lah jerawat tu ada nanah.
Antara jenis-jenis parut jerawat :
- Parut Ice Pick – Parut ni kelihatan seperti lubang kecil di atas permukaan muka.
- Parut Box Car – Ia kelihatan seperti tiang kosong dan berlekuk seperti kotak. Parut ni lebih besar dan lebar daripada Ice Pick.
- Parut Rolling – Nampak seperti berombak atau seperti bukit bukau di atas permukaan kulit.
- Parut Hypertrophic atau Keloid – Kelihatan seperti kulit timbul dan mempunyai benjolan. Biasanya berwarna gelap dari kulit muka dan akan menyebabkan kegatalan ataupun kesakitan.
Cara Menghilangkan Parut Di Muka Dalam Masa Seminggu
1. Asid Salisilik
Asid ni sangat membantu dalam membersihkan kekotoran dan sel kulit mati yang menyebabkan berlakunya jerawat.
Dengan asid ini, ia akan mengurangkan bengkak dan kemerahan pada kulit muka selain akan mengecilkan kesan parut.
Sebelum guna, pastikan korang cuba di kawasan kulit yang kecil dulu ya. ini untuk mengelakkan kesan lain, lebih-lebih lagi kalau kulit korang jenis sensitif!
2. Asid Laktik
Asid Laktik pula berfungsi sebagai bahan pengelupasan yang lembut dan seterusnya dapat menghapuskan sel-sel kulit mati. Asid ini akan mengurangan penampilan parut dan melicinkan tekstur kulit.
Sama seperti asid salisitik, jangan terus guna di kulit muka. Adalah lebih baik, kalau korang tanya pendapat doktor atau yang lebih berpengetahuan tentang penjagaan muka dahulu sebelum menggunakan dua bahan ini ya!
3. Retinoid
Pernah dengar tentang Retonoid? Retinoid, yang juga dipaggil Retinol, berfungsi untuk mengatasi jerawat, mengangkat sel kulit mati, dan melambatkan penuaan.
Retinoid ni adalah kandungan bahan aktif turunan daripada Vitamin A, dimana ia banyak ditemukan dalam produk kecantikan atau skincare.
Bahan ni dapat membantu untuk hilangkan jerawat dalam seminggu, tapi ia akan meningkatkan sensitivity terhadap sinar matahari. Jadi, korang mesti rajin guna sunblock kalau nak guna bahan ni.
4. Alpha Hydoxy Acids (AHA)
Bahan ni pula membantu untuk singkirkan sel-sel kulit mati dan menghalang pori kulit daripada tersumbat. AHA disyorkan oleh pakar dermatologi untuk merawat jerawat dan mengurangkan pembentukan parut.
Dengan AHA, ia dapat membantu untuk menghasilkan tona kulit yang lebih sekata. Ini kerana asid ni mempunyai tahap yang ringan dimana ia mampu untuk mengikis lapisan luar kulit, dan menghasilkan penampila kulit segar dan baru dibawahnya.
Selesai tentang penggunaan asid, mari kita tengok pula cara hilangkan kesan parut tanpa guna produk atau bajet yang banyak!
5. Lemon
Lemon ni korang boleh beli dari mana-mana kedai atau supermarket. Tak mahal dan tak susah nak pakai! Hanya perlu belah lemon menjadi dua dan sapukan pada parut dna picit untuk keluarkan jusnya.
Kalau korang nak tahu, lemon ni seperti peluntur semula jadi dan mempunyai bahan kimia seperti AHA. Ia dapat membantu untuk hilangkan kesan-kesan parut korang.
6. AloeVera
Hanya perlu potong daunnya dan ambil cecair yang keluar. Letak dan sapu sahaja di muka korang.
Aloevera ni selalu digunakan untuk memulihkan kulit dan menghilangkan parut secara pelahan-lahan. Kalau korang guna, mungkin akan rasa sedikit gatal. Tapi gatal tu akan hilang juga lepas seketika.
7. Madu
Madu juga hangat digunakan dalam penjagaan muka. Selain untuk mengubati bibir kering, ia juga dapat menghilangkan parut jerawat. Korang hanya perlu ambil sesudu madu dan boleh campur dengan satu sudu kecil yogurt asli.
Masukkan ke dalam peti sejuk dahulu kemudian baru jadikan mask muka. Biarkan mask mad utu semalaman dan cuci muka korang bila korang bangun esok.
Kalau tak ada yogurt pun tak apa. Korang boleh oles madu ke muka korang sahaja dan urut perlahan-lahan. Lepas dah kering, korang boleh bilas dengan air.
8. Kentang
Kentang ni selain sedap untuk dimakan, ia juga berfungsi untuk menyembuhkan masalah kulit, luka dan parut seperti jerawat, bisul, kudis dan lain-lain. Mudah sahaja caranya.
Hanya perlu hiris kentang ikut ketebalan yang korang suka dan sapu pada kulit perlahan-lahan. Lepas tu, biarkan kering dahulu baru bilas dengan air bersih. Siap!
9. Timun
Timun turut termasuk dalam bahan untuk mencantikkan muka. Timun ni ada banyak khasiat dan zat besi seperti Vitamin A dan C.
Ia turut mempunyai magnesium ion yang baik untuk kulit. Caranya, kisar timun dan tapis hampasnya. Jadikan hampas tu sebagai mask muka dan biarkan selama 30 minit. Air timun tadi pula, korang boleh masukkan ke dalam botol penyembur dan sembur pada muka selepas korang cuci muka.
Malas nak kisar-kisar pula? Jangan risau. Korang boleh saja hiris timun tu dan sapukan jusnya pada parut.
10. Tomato
Tomato ni baik untuk kesihatan badan. Selain tu, ia juga sangat bermanfaat untuk mencantikkan kulit muka korang yang kusam dan mempunyai banyak parut jerawat.
Korang boleh guna cara seperti timun. Boleh hiris sahaja dan tekap di muka ataupun, hancurkan tomato dan jadikan sebagai mask muka. Biarkan seketika lalu bilas dan lap muka dengan kain bersih.
Kesimpulannya
Penjagaan muka ni agak rumit juga sebenarnya. Lebih-lebih lagi untuk mereka yang ada kulit sensitif. Tapi, kalau tak dirawat dari awal, mesti akan jadi lebih teruk kan nanti?
Lebih baik mencegah dari mengubati. Oleh itu, korang pun mesti amalkan pemakanan yang sihat. Elakkan makan makanan yang boleh membangkitkan jerawat.
Rehat yang cukup juga adalah perlu. Jangan hanya pikir kerja sahaja, penjagaan badan dan muka juga penting tau!
Kalau ada masa, keluar bersenam dan amalkan gaya hidup sihat. Paling penting, jangan lupa minum air dengan kerap. Air ni sangat penting jadi cuba ambil air mengikut jumlah yang betul setiap hari.
Sekian perkongsian hari ini! Selamat mencuba dan semoga parut korang cepat hilang.
Catat Ulasan