Squid Game Drama Review

Assalamualaikum semua.
Korang apa khabar? Aku harap semua sihat sahaja!

By the way, korang dah tengok drama Squid Game? Aku baru selesai tengok semua episode. And sekarang aku nak bagi review sikit. Manatau korang berminat nak tengok drama ni lepas baca review dari orang ramai. Hehe

Squid Game Drama

Baiklah, dalam drama yang ditulis dan diarah oleh Dong Hyuk Hwang ni ada 9 episodes semuanya. Dengar-dengar macam nak ada season 2. Mari kita tengok nanti kalau ada.

Episode 1-5 ~

Episode 1 dimulai dengan suara monolog dengan berlatarkan babak sekumpulan budak bermain game. Game tu dipanggil “The Squid Game”. 

Mereka akan bermain sehinggalah ada pemenang dan “Horray” ataupun “Mansae” perlu disebut untuk mengakhiri permainan tersebut. 

Sebelum tu aku nak share 4 nama pelakon utama. Mereka ialah Lee Jung Jae (berlakon sebagai Seong Gi-Hun), Park Hae Soo (berlakon sebagai Cho Sang-Woo), Wi Ha-Joon (berlakon sebagai Hwang Jun-Ho) dan Ho Yeon Jung (berlakon sebagai Kang Sae-byeok). 

Ada banyak lagi pelakon sebenarnya tapi mereka ni kira macam watak utama dalam drama ni.

Squid Game Drama Review

Ikutkan cerita, dalam Squid Game ni, mereka perlu kumpul pemain sebanyak yang mungkin. Pemain dicari dengan permainan “Dakji”. Kat sini, penonton dikejutkan dengan kehadiran Gong Yoo. 

Siapa saja tak kenal dengan pelakon “vampire” yang mengundang tangisan dalam lakonannya di Train To Busan. Ok back to story. Melalui permainan “Dakji” tu, mereka dapat kumpul pemain yang bermain dengan Gong Yoo.

Seong Gi-Hun

Seramai 456 pemain dikumpul dan pemain terakhir ialah Seong Gi-Hun, salah satu pelakon utama drama ni. Dalam drama ni ada 6 game yang akan dimain dan game terakhir dipanggil “The Squid Game”.

Permainan pertama dipanggil “Red Light, Green Light”. Untuk pengetahuan korang, semua game yang dimain adalah game yang selalu dimain semasa kecil. 6 game tu diadaptasi dan dimain dalam drama ni. 

Dalam game pertama ni, patung tu akan menyebut “red light, green light” dan akan memusingkan kepalanya. Siapa-siapa yang ditangkap bergerak, akan DITEMBAK! 

Masa tu beberapa pemain ingat tembakan tu tak betul, tapi sebaik sahaja nampak darah memercik, hampir semua pemain lari untuk menyelamatkan diri. Yang akhirnya cuma tinggal 201 pemain sahaja yang tinggal. Game pertama mengorbankan 255 pemain.

Red Light, Green Light

Selepas game pertama, semua pemain nak berhenti. Tapi mereka ditayangkan dengan jumlah duit yang terkumpul dari game pertama. 

Jumlahnya adalah sebanyak 25,5 million won (90,112.91 ringgit malaysia) Akhirnya, mereka membuat pilihan sama ada ingin meneruskan atau menghentikan permainan dengan vote majority. 

Hasilnya, kebanyakan mereka bersepakat menghentikan game.

Namun, mereka sekali lagi kembali ke game tersebut atas desakan duit. Pemain yang terselamat dari game pertama kembali dan berniat untuk meneruskan game sehingga ada pemenang.

Game kedua dipanggil “Sugar Honeycombs”. Dalam game ni, pemain perlu keluarkan bentuk yang telah dibentuk atas honeycombs tu tanpa ada pecahan. 

Kalau bentuk tu pecah, pemain akan ditembak. Ada 4 bentuk iaitu, bulat, segi tiga, bintang dan payung. Pada masa yang sama, ada satu polis yang mula terlibat dalam pencarian mereka yang hilang ni. Polis ni sedang mencari abang dia yang hilang sebab terlibat dalam game yang sama dahulu.

Sugar Honeycombs

Game ketiga pula “Tug Of War”. Pemain perlu buat 1 kumpulan 10 orang sebelum mulakan permainan. Ada 8 kumpulan semuanya. Setiap 2 kumpulan akan berlawan sehingga ada yang menang. Dalam game kali ni mereka yang kalah akan jatuh ke bawah dan mati.

Tug Of War squid game


Episode 6-9 ~

Game keempat ialah game “Marbles”. Dalam game ni, pemain perlu main dalam pasangan. Setiap pemain akan diberi 10 biji guli dan mereka perlu bermain sampai salah seorang dari mereka kehabisan guli. 

Kat sini, seorang pemain tu tak ada partner, jadi dia dibawa oleh pengawal. Ada banyak sangat adegan memanaskan dan sedih masa game ni. Sediakan tisu banyak-banyak guys…

Marbles Squid Game

Selepas game keempat ni, ada pemain yang nak berhenti sebab dah tak sanggup dengan kematian demi kematian… Tapi, tak berjaya. Akhirnya permainan kelima diteruskan.

Game kelima pula dipanggil “Glass Stepping Stones”. Pemain perlu pilih patung dari nombor 1 hingga 16. Sebab pemain yang tinggal cuma 16 orang sahaja dari 456 pemain. 

Dalam game ni, mereka perlu melalui sebuah jambatan. Jambatan tu ada dua jenis. Satu ialah tempered glass dan satu lagi normal glass. Pemain perlu pijak tempered glass untuk sampai ke hujung jambatan. 

Jika mereka pijak normal glass, mereka akan jatuh. Sampai akhirnya, cuma tinggal 3 pemain sahaja akhirnya.

“Hell hath no fury like a woman scorned.” Ini salah satu ayat yang muncul dalam drama tu.

Glass Stepping Stones squid game

Dan game terakhir macam yang aku mentioned tadi, ialah “The Squid Game”. Masa ni cuma tinggal 2 orang pemain sahaja. 

Mereka berdua perlu bermain dan hanya seorang sahaja yang akan menang. Tapi aku tak akan cakap mana satu yang menang. Kalau korang nak tahu pemenangnya dan kenapa tinggal 2 pemain sahaja, korang tengok drama ni ya~

The Squid Game

Setiap game ni ada pengajarannya sendiri yang kita boleh belajar. Drama ni memang genre thriller tapi pada masa yang sama ajar banyak pasal persahabatan, kepercayaan, strategi dan lain-lain. 

Pendek kata, drama ni memang best. Tapi drama ni ada adegan panas. Jadi tak sesuai untuk tontonan budak bawah umur ya. 

By the way, part polis yang cari abang dia tu pun aku tak cerita sangat ya. Kisah dia ni pun ada plot twist juga. Ending cerita ni pun agak sedih sebenarnya bagi aku…

Kalau korang nak tengok, jangan lupa sediakan tisu. Sebab ada juga beberapa adegan sedih kat sini. Terutamanya part dimana ada pemain yang khianat dengan partner sendiri. Huhu.

Sampai sini sahaja review aku pasal drama ni. 10/10 rating aku bagi. Part yang tak best tu ada beberapa je tapi yang lain semuanya best!


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama