Pengalaman Sambung Ijazah di UniMAP (Universiti Malaysia Perlis)


Gambar dari dalam Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, UniMAP


Kehidupan selepas SPM adalah langkah pertama dalam kita nak membentuk masa depan. Kita nak jadi apa? Kita nak capai apa dalam hidup? Waktu inilah kita kena bijak dalam membuat keputusan. Sebab selepas SPM kita ada empat pilihan. 


Pertama, nak sambung belajar di matrikulasi. Kedua sambung belajar STPM. Ketiga, sambung belajar diploma. Yang terakhir bekerja dan berhenti belajar. Tak kisahlah kita nak pilih mana satu sebab hanya diri kita kenal diri dan kemampuan masing-masing. 


Dalam kisah hidup saya, saya memilih untuk sambung matrikulasi sebab nak singkatkan masa belajar. Setahun matriklulasi boleh sambung ijazah terus. Sudah bergraduat di matrikulasi saya sambung belajar di UniMAP. Nama panjang Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)


Ramai orang dengar je nama UniMAP akan salah faham dengan UMP, Universiti Malaysia Pahang. So as an alumni UniMAP, setiap kali orang tanya wajib bagi tahu nama penuh UniMAP. Haa baru orang tahu dan kenal UniMAP adalah universiti awam di Perlis.


Kenapa sambung ijazah di UniMAP?

Sesungguhnya, semuanya telah ditakdirkan. Waktu saya isi UPU, saya pilih nama course yang saya minat. Tak teliti pun nama universiti waktu itu. Dipendekkan cerita saya dapat tawaran sambung ijazah di UniMAP. 


Dah dapat tu apa lagi saya pun terus kaji pasal UniMAP dan macam mana nak get there. Panjang perjalanan nak kena UniMAP ni. Sebab saya fly dari Sabah. 


Kena naik flight dan naik bas. Banyak pilihan sebenarnya kalau nak pergi UniMAP. Ikutlah bajet masing-masing. 


Fly ke Unimap adalah kali pertama saya naik aeroplane. Haha. So agak excited dan pada masa yang sama ada rasa takut sebab naik flight sorang-sorang. Dahlah first time naik flight kan. Faham-fahamlah kalian. Haha


Apa kelebihan belajar di UniMAP?

Banyak kelebihan belajar di UniMAP terutamanya bagi mereka yang nak sambung dalam bidang kejuruteraan. Sebab UniMAP adalah universiti kejuruteraan. 


Yang mana sebelum nama ditukar jadi UniMAP, nama asal adalah Kolej Kejuruteraan. Ada juga bidang bisnes tapi ada dua course je iaitu Perniagaan Antarabangsa dan Keusahawanan Kejuruteraan.


1. UniMAP adalah universiti awam paling unik.

Sebab UniMAP meliputi seluruh Perlis di Kangar, Pauh, dan Sg Chuchu. Kalau buat tour UniMAP, start dari Kangar ke Sg Chuchu lengkap pusing satu Perlis. Haha. 


Ingat lagi masa awal-awal datang UniMAP, saya dengan pelajar lain diambil di airport Alor Setar. So saya dari Sabah kena naik dua flight masa tu. 


Flight pertama dari Kota Kinabalu ke KL kemudian flight dari KL ke Kedah. Dari airport Kedah diambil oleh kakak abang UniMAP by bas. 


Memang tour habis satu Perlis. Sebab kakak-kakak faci stay kat kangar sekali saya pun duduk asrama di Kangar. Jadi mulalah hantar pelajar Pauh, lepastu pelajar Sg Chuchu dan last sekali saya dan beberapa pelajar lain di Kangar. 


Alhamdulillah, memang semuanya dipermudahkan ada kakak abang yang baik hati.

 

2. Yuran pengajian yang murah

Saya ada buat kajian tentang yuran pengajian setiap universiti di Malaysia. UniMAP adalah antara universiti yang yuran pengajiannya murah. Kalau bidang kejuruteraan yuran RM1400+. Bidang bisnes RM1200+. 


Asrama, bil api air dan pengangkutan semua dah termasuk dalam yuran. Memang murah. Ada tanya beberapa student UM,  yang mereka kalau nak duduk asrama kena aktif program. 


Kalau tak, tak boleh duduk asrama dan kena duduk luar. Duduk luar satu masalah juga kena sewa rumah kat luar yang jauh lagi mahal daripada duduk asrama. 


Pengangkutan pula sendiri. Banyak kepayahan dan kos yang perlu difikirkan.


3. Kos Living Sepanjang belajar

Yang ni memang part paling best. Sebab makanan, minuman, rumah, barang-barang, pakaian dan semualah memang murah. Memang kalau yang jenis suka shopping, suka makan sesuailah sambung belajar di UniMAP. Ada nasi bujang RM2.50. Nasi Janda RM3.00. 


Char Kueh Teow sebelah KWSP RM5. Kalau nak dibandingkan dekat Sabah, makanan di Perlis jauh murahnya. Sebab tu bila balik Sabah, bila makan kat luar memang cultural shock sebab makanan mahal. Haha.


4. Environment study di UniMAP

Environment study di UniMAP memang awesome sangat. Lagi-lagi pelajar Pauh. Ada library besar. Dewan kuliah yang besar. Makmal pun cantik. Memang awesome. 


Bagi mereka yang study kat Kangar pula ada library pun besar juga. Terletak dalam bangunan KWSP. Luar KWSP tu pula ada macam-macam kedai. Depan KWSP ada Tealive. Situ banyak student melepak. 


Tambahan lagi KWSP tempat menunggu bas. Ada juga kat situ char kueh teow. Memang sedap dan murah. Hehe. Semua kedai kat Kangar dekat-dekat. Jalan kaki je. 


Nak masuk kedai makan, barber shop, bookstore, kedai kasut, kedai baju , Poslaju dan supermarket satu-satunya di Kangar The Store boleh jalan kaki je. 


Jimat minyak kereta, boleh kuruskan badan, kuatkan stamina dan jantung pun lebih sihat banyak kolestrol dibakar. Susah nak dapat kenikmatan mudah yang disediakan bila belajar di UniMAP. 


Satu lagi unik bila belajar di UniMAP, Perlis tiada wayang. Kalau nak tengok wayang kena pergi Aman Sentral, Alor Setar. Banyak student sewa kereta untuk pergi mana-mana. Pun murah juga biasa harga student.


Part paling best, banyak pengajian kuliah agama di Perlis. UniMAP sendiri banyak anjurkan daurah kitab. Dalam sibuk menuntut ilmu kejuruteraan, ilmu agama pun penting. 


Sebab dengan ilmu agama kita jelas dengan tujuan hidup kita sebagai hamba ALLAH. Bukan hanya semata-mata menuntut ilmu hanya kerana nak dapat kerja yang bagus. Tapi sebab lillahi taala. Hanya kerana ALLAH semata.


Kedamaian yang ada kat Perlis adalah banyak kehijauannya. Sawah yang sangat luas dan berangin. Waktu petang banyak student jogging tepi sawah. Udara segar dan pemandangan hijau. Sangat damai dan  tenang. Bila rasa stress study bolehlah pergi jalan-jalan tepi sawah. 


Boleh tenangkan fikiran dan jiwa. Serabut hilang. Nature can cure your heart naturally. Kerana setiap makhluk ALLAH itu bertasbih kepada ALLAH dengan cara masing-masing.


 

5. Banyak Tempat Menarik Untuk Melancong

Bagi mereka yang hometown jauh macam saya susahlah nak balik kampung. Time cuti mid semester, memang akan pergi melancong dengan kawan-kawan. Di perlis, boleh pergi Thailand. Boleh juga pergi Langkawi. Memang dekat je. Kos pun murah. 


Even dalam Perlis pun banyak tempat. Ada Gua Kelam, Tasik Melati, Taman Negeri Perlis, Masjid Al Husain dan banyak lagi. 


Di Padang Besar, sempadan Thailand-Perlis ada satu tempat menjual banyak pakaian murah. Di situ banyak penjual dari Siam. Barang-barang pun banyak dari Siam. Di Kuala Perlis, ada feri nak pergi Langkawi. Kos RM18 seorang dewasa. 


Kanak-kanak dalam range RM10 - RM15. Dan di Kuala Perlis ada satu kedai depan jeti menjual laksa. Laksa dia memang sangat sedap, original dan famous. Sold out je hari-hari. 


Nama kedai tak ingat. Pernah beberapa kali makan laksa kat situ. In short, banyak tempat menarik di Perlis. Pandai-pandailah hampa explore. Hehe.


Kesimpulannya, sambunglah di UniMAP. Banyak pengalaman akan anda tempuh. Belajar itu sendiri adalah satu perjuangan. 


Pada adik-adik yang nak sambung belajar di UniMAP, totally recommended. Satu ayat nak simpulkan bila belajar di UniMAP. Belajar di UniMAP memang awesome!


 

1 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama