Ada yang berminat nak menyambung ijazah dalam Perniagaan Antarabangsa?
Boleh ikuti entry di bawah. Selamat membaca dan semoga bermanfaat!
Dalam cerita kali ini saya ingin berkongsi subjek-subjek yang dipelajari ketika menyambung Ijazah Perniagaan major in Perniagaan Antarabangsa di Universiti Malaysia Perlis(UniMAP).
Sebenarnya ijazah ini agak popular dalam Malaysia. Banyak universiti tempatan mahupun antarabangsa yang menawarkan ijazah dalam Perniagaan Antarabangsa. Bezanya mungkin pada sukatan pelajaran dan di negeri mana anda belajar.
Kalau macam saya direzekikan belajar di negeri paling hujung di Malaysia iaitu Perlis. Saya ada ceritakan tentang uniknya dan bestnya belajar di Perlis dalam entry saya yang sebelum ini. Anda boleh baca dari sana and I hope you enjoy it!
Sumber: School of Business Innovation and Technopreneurship |
Apa yang menariknya tentang ijazah ini adalah anda akan banyak belajar perniagaan secara global dari segi undang-undang, transaksi, marketing dan relationship.
Kurikulum ijazah ini meliputi subjek-subjek seperti pengurusan hartanah dan kepimpinan dalam organisasi moden, kepentingan komunikasi, perkembangan strategi pemasaran di peringkat global dan pengurusan kewangan antarabangsa.
Jadi, kita boleh simpulkan ijazah ini seolah-olah meletakkan anda di dunia global bukan hanya tempatan sahaja. Pandangan anda tentang dunia bisnes akan semakin berkembang kerana ijazah ini membawa anda ke peringkat antarabangsa.
InshaaAllah suatu hari nanti anda berbisnes biar internationally berkat ilmu yang anda pelajari dalam ijazah ini.
Sumber: Buku Panduan Akademik Sidang Program Sarjana Muda Sidang Akademik 2019/2020 |
Sukatan pelajaran terbahagi kepada dua kategori iaitu subjek teras dan subjek elective. Subjek teras merupakan subjek yang wajib anda ambil. Manakala subjek elective pula merupakan subjek yang membolehkan anda memilih subjek yang anda rasa mudah dan anda minat.
Contoh kalau foreign language boleh pilih nak belajar bahasa apa. Kalau macam saya pilih bahasa Arab sebab saya minat.
Antara subjek-subjek yang dipelajari adalah:
Semester 1:
- Business Economics
- Principles of Accounting
- Principles of Management
- Principles of Entrepreneurship
- Business Quantitative Analysis
Semester 2:
- Business Law & Ethics
- Principles of Marketing
- Management Information System
- Organizational Behavior
- Business Franchising and Licensing
- Introduction to Philosophy
Semester 3:
- Principles of Finance
- Human Resource Management
- International Business Management
- Business Communication
- Digital Business
- Time Management
Semester 4:
- Operations Management
- Managerial Accounting
- Research Methodology
- International Economics
Semester 5:
- International Finance
- International Human Resource Management
- International Marketing
- Leadership in Organization
Semester 6:
- Strategic Management
- Export Import Management
- Cross-Cultural Management
- Global Economics Issues
InshaaAllah sekiranya anda berminat nak tahu lebih lanjut tentang ijazah ini boleh layari laman web rasmi School Of Business UniMAP .
Semoga bermanfaat!
إرسال تعليق