Kiosk Bantuan MySejahtera, WTC Kuala Lumpur

Sesiapa dalam kalangan korang yang mempunyai masalah dengan akaun MySejahtera? Dah berkali-kali minta bantuan melalui helpdek di MySejatera tetapi belum lagi jumpa jalan penyelesaian bolehlah terus ke Kiosk Bantuan MySejahtera yang dibuka di WTC, Kuala Lumpur.

kiosk-bantuan-mysejahtera


TUJUAN KIOSK BANTUAN MYSEJAHTERA

Kiosk Bantuan MySejahtera dibuka bagi memberi kemudahan kepada pengguna aplikasi MySejahtera untuk menyelesaikan masalah MySejahtera atau ajukan pertanyaan berkenaan MySejahtera.

 

MASALAH MYSEJAHTERA

Orang ramai yang ada masalah di aplikasi MySejahtera seperti berikut adalah dipelawa untuk hadir ke Kiosk Bantuan MySejahtera nanti:

  •  Masalah login akaun
  • Tidak dapat klik mana-mana butang
  • Soalan berkaitan pendaftaran vaksin kanak-kanak
  • Kesalahan masukkan nombor kad pengenalan/ pasport untuk pendaftaran vaksin tanggungan
  • Soalan berkaitan pertukaran jenis vaksin
  • Masalah hapus akaun & akaun baru
  • Soalan berkenaan penerimaan dos di dalam dan luar negara
  • Berkenaan status MySejahtera
  • Janji temu vaksinasi penggalak
  • Laporan keputusan makmal setelah disahkan positif Covid-19
  • Kategori risiko/ penilaian kesihatan
  • Masalah mengimbas kod QR atau daftar masuk
  • Atau hal-hal lain berkaitan

Jangan lupa untuk bawa bersama kad fizikal vaksinasi atau sebarang dokumen berkaitan. Patuhi SOP yang telah ditetapkan dan pakai pelitup muka dengan betul semasa hadir di Kiosk Bantuan ini.

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama