1. Bilakah pendaftaran BKM 2022 akan dibuka?
Pendaftaran BKM 2022 bermula pada 01 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022 (tertakluk kepada perubahan).
2. Siapakah yang perlu membuat Permohonan Baharu BKM 2022?
Pemohon yang perlu membuat Permohonan BKM 2022 adalah seperti berikut:
i. Pemohon yang tiada rekod dalam sistem BKM atau tidak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 atau Bantuan Khas COVID-19 (BKC); serta
ii. Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
iii. Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu Bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.
3. Bagaimanakah cara untuk saya membuat Permohonan BKM 2022?
Anda boleh membuat Permohonan BKM 2022 seperti berikut:
i. Permohonan Secara Dalam Talian
Permohonan BKM 2022 boleh dibuat di:
a. Portal Rasmi BKM LHDNM, https://bkm.hasil.gov.my; atau
b. Aplikasi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit
ii. Permohonan Melalui Borang
Borang Permohonan BKM 2022 (BK-01) boleh didapati secara percuma di:
a. Portal Rasmi BKM LHDNM; atau
b. Cawangan LHDNM / Pusat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
Anda boleh menghantar Borang BKM 2022 di kaunter-kaunter berikut:
i. Cawangan LHDNM / Pusat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM; atau
ii. Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP); atau
iii. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK); atau
iv. Pejabat Daerah / Pejabat Residen Atau penghantaran secara Pos ke alamat seperti berikut:
i. Cawangan LHDNM / Pusat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM; atau
ii. Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP); atau
iii. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK); atau
iv. Pejabat Daerah / Pejabat Residen Atau penghantaran secara Pos ke alamat seperti berikut:
Peti Surat BKM
GPO Shah Alam
40800 Selangor
Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.
5. Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat permohonan BKM 2022?
Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan) yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:
i. Pemohon:
a. Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
b. Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
c. Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
d. Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
e. Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
ii. Pasangan:
a. Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
b. Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
iii. Anak:
a. Anak Kandung
- Salinan MyKad / MyKid; dan
- Salinan Sijil Lahir
- Salinan MyKad / MyKid; dan
- Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN
Semakan Status BKM 2022
Status kelulusan permohonan BKM 2022 boleh disemak mulai 28 Mac 2022.
Pembayaran Fasa 1 BKM 2022
Tarikh pembayaran Fasa 1 BKM 2022 kepada penerima BKM 2022 yang berstatus Lulus adalah seperti berikut
- Ada Akaun – Bayaran mulai 28 Mac 2022 secara berperingkat.
- Tiada Akaun – Penunaian di kaunter Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 30 Mac 2022.
- Tiada Akaun (Pedalaman Sabah / Sarawak) – Tarikh pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Permohonan BKM 2022
Tempoh Pemohonan dan Pengemaskinian Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 bermula 01 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022.
Perkhidmatan kaunter BKM LHDNM dibuka untuk permohonan dan kemaskini BKM 2022.
Info lanjut : BKM 2022 - FAQ Permohonan Baharu dan Kemaskini BKM
TQ INFO
BalasPadamCatat Ulasan