Tips Memilih Pasangan Dalam Islam, Jangan Sampai Salah Pilih Pasangan

Tips Memilih Pasangan Dalam Islam, Jangan Sampai Salah Pilih Pasangan


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abi Umamah R.A, Nabi SAW menyebut:


مَا اسْتَفَادَ الْمُؤْمِنُ بَعْدَ تَقْوَى اللهِ خَيْرًا لَهُ مِنْ زَوْجَةٍ صَالِحَةٍ ، إِنْ أَمَرَهَا أَطَاعَتْهُ ، وَإِنْ نَظَرَ إِلَيْهَا سَرَّتْهُ ، وَإِنْ أَقْسَمَ عَلَيْهَا أَبَرَّتْهُ ، وَإِنْ غَابَ عَنْهَا نَصَحَتْهُ فِي نَفْسِهَا وَمَالِهِ

Maksudnya: “Seseorang lelaki yang beriman itu tidak akan mendapat manfaat dan faedah – selepas takwanya kepada Allah SWT – lebih daripada isteri yang solehah. Jika disuruh oleh suami, dia taat, jika suaminya melihat kepadanya, dia menyenangkannya. Jika bersumpah, nescaya dia dapat membuktikannya dan jika ditinggalkan oleh suaminya, dia menjaga diri dan menjaga hartanya.” Riwayat Ibn Majah (1857)

1. Taat Kepada Allah dan RasulNya

Memilih pasangan yang beragama adalah saranan utama dalam pemilihan pasangan. Hal ini demikian kerana keluarga yang taat dan bertakwa akan membawa kepada keluarga yang mulia dan bahagia. 

Dalam pemilihan calon hidup seharusnya perlu diteliti syarat ini. Allah swt berfirman, 

"Sesungguhnya semualia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih bertakwa antara kamu" Surah al-Hujurat 49 :13

Nabi saw memberikan beberapa nasihat berkenaan dengan urusan jodoh. Baginda SAW bersabda :


إِذَا أَتَاكُمْ مَنْ تَرْضَوْنَ دِينَهُ وَخُلُقَهُ فَزَوِّجُوهُ، إِلا تَفْعَلُوا تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي الأَرْضِ وَفَسَادٌ عَرِيضٌ

Maksudnya :” Jika datang kepada kalian sesiapa yang kalian redha akan agama dan akhlaknya maka kahwinkanlah dia. Jika kalian tidak melakukannya maka ia akan menjadi fitnah di bumi dan juga akan berlaku keburukan.”

Riwayat al-Tabarani (280) di dalam Al-Mu’jam Al-Kabir. Kata beliau :hadis ini tidak ada yang meriwayatkan daripada Ibn Ajlan melainkan Abdul Hamid Bin Sulaiman


Janganlah kalian menikahi para wanita semata-mata kerana kecantikan mereka kerana kecantikannya mungkin akan merosakkan mereka (kerana tertipu dan sombong dengan kecantikan). Jangan juga menikahi para wanita kerana harta-harta mereka kerana berkemungkinan harta akan menyebabkan mereka jatuh dalam maksiat dan kejahatan. Akan tetapi, hendaklah kalian berkahwin dengan perempuan atas dasar agama. Seorang hamba perempuan yang sumbing pada mulut dan telinga tetapi mengamalkan ajaran Islam dengan sempurna lebih baik (daripada perempuan yang merdeka yang membelakangi perintah agamanya.



2. Sekufu atau Sedarjat

Sekufu atau sama taraf merupakan faktor yang perlu diambil kira sebelum memilih pasangan hidup. Walaupun ia bukanlah suatu kewajipan, namun Islam sangat mengambil berat soal sekufu untuk mengelakkan daripada terjadinya ketidakseimbangan dan keburukan pada masa akan datang.

Sekufu atau kesepadanan dalam bahasa Arab disebut dengan kafa’ah. Dari segi bahasa, kafa’ah (كفاءة) bermaksud “المساوة” (sama) atau “المماثلة” (seimbang). (Lihat al-Munjid fi al-Lughah, hlm. 690)

Pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji (2/520-525), ketika membincangkan berkenaan memilih pasangan yang sekufu’, menyatakan: Kufu’ bermaksud persamaan taraf lelaki dan perempuan dari beberapa aspek:

  • Agama dan kesolehan
Seorang lelaki yang fasiq tidak sama dengan perempuan yang solehah. Hal ini berdasarkan kepada firman Allah SWT:

أَفَمَن كَانَ مُؤْمِنًا كَمَن كَانَ فَاسِقًا ۚ لَّا يَسْتَوُونَ

Maksudnya: Apakah orang-orang beriman itu sama dengan orang-orang yang fasiq? Mereka tidak sama. Surah al-Sajadah (18)

Apa yang perlu, mencari pasangan yang mematuhi agama dan lebih baik apabila mempunyai kefahaman agama serta ilmunya.

  • Pekerjaaan
Pekerjaan pasangan juga mempengaruhi samada kita sekufu dengannya ataupun tidak. Misalnya pasangan perempuan mempunyai gaji yang lebih tinggi berbanding pasangan lelaki.

Ia tidak menjadi masalah sekiranya bakal pasangan menerima seadanya. Namun pada kemudian hari mungkin akan menjadi faktor dalam ekonomi rumatangga. 

Yang mana tugas lelaki adalah menafkahi. Namun, sekiranya nafkah tersebut tidak memenuhi keperluan maka ia akan mendorong untuk perempuan mengeluarkan perbelanjaan tersebut. 

Betapa ramai kes suami isteri yang bercerai disebabkan masalah pernafkahan. 

3. Kesuburan

Antara hikmah pensyariatan pernikahan adalah untuk menyambung nasab keturunan dan memperbanyak bilangan umat.

Daripada pernikahan yang baik, moga-moga akan lahirlah anak-anak Muslim yang soleh untuk meneruskan Islam.

terdapat sebuah hadith daripada Ma’qil bin Yasar berkata: Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu berkata:
 

إِنِّي أَصَبْتُ امْرَأَةً ذَاتَ حَسَبٍ وَجَمَالٍ، وَإِنَّهَا لَا تَلِدُ، أَفَأَتَزَوَّجُهَا، قَالَ: "لَا." ثُمَّ أَتَاهُ الثَّانِيَةَ فَنَهَاهُ، ثُمَّ أَتَاهُ الثَّالِثَةَ، فَقَالَ: "تَزَوَّجُوا الْوَدُودَ الْوَلُودَ فَإِنِّي مُكَاثِرٌ بِكُمُ الْأُمَمَ.

Maksudnya: “Sesungguhnya aku telah bertemu dengan seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan cantik tetapi dia seorang yang tidak boleh melahirkan anak. Maka, apakah aku boleh menikahinya? Rasulullah SAW menjawab: “Jangan.” Kemudian lelaki itu datang buat kali yang kedua maka Baginda SAW juga melarangnya. Lalu lelaki itu datang buat kali yang ketiga, maka Nabi SAW bersabda: “Kahwinilah kamu akan wanita yang penyayang, subur kerana aku merasa bangga dengan memiliki umat yang banyak.” [Riwayat Abu Daud (1050)] [Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai sanad hadith adalah kuat]



4. Sejuk Mata Memandang 

Fitrah manusia suka melihat sesuatu yang indah di matanya. Jatuh cinta pandang pertama juga adalah lumrah manusia. Pasangan yang sejuk mata memandang boleh manjadi salah satu faktor kuat rasa cinta seterusnya mengukuhkan lagi rumah tangga yang dibina bersama.

Allah SWT menciptakan setiap makhluk itu secara berpasang-pasangan seperti lelaki dan wanita. Lalu Allah SWT mensyariatkan perkahwinan bagi mereka yang mampu sebagaimana firman Allah SWT:
 

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً

Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.” (Surah al-Rum:21)

5. Keturunan Yang Baik

Rasulullah SAW sentiasa menggalakkan para sahabat yang ingin menikah untuk memilih pasangan daripada keturunan yang dikenali baik dan mulia. Tidak semestinya kaya berharta tetapi cukup dengan kehormatan dan budi pekerti.


Semua orang inginkan kehidupan bekeluarga yang baik lagi bahagia. Membina keluarga idaman bermula dengan seawal detik memilih pasangan. Pemilihan suri hati dan teman hidup bukanlah perkara yang enteng.

Kami akhiri dengan doa kepada Allah SWT:

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Maksudnya: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” (Surah al-Furqan: 74)

0 تعليقات

إرسال تعليق

Post a Comment (0)

أحدث أقدم