Apa itu minyak ikan?
Minyak ikan adalah lemak atau minyak yang diekstrak daripada tisu ikan. Kebiasaannya ia dihasilkan daripada ikan berminyak seperti ikan tuna dan ikan tenggiri.
Adakalanya ia turut diperbuat daripada hati ikan, sebagai contoh, minyak hati ikan kod.
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) turut menyarankan pengambilan ikan dalam diet pemakanan setiap minggu.
Ini kerana asid lemak omega-3 yang terdapat pada ikan memberikan pelbagai manfaat kesihatan, ia adalah termasuk membantu melindungi dan mencegah beberapa penyakit.
Walau bagaimanapun, jika anda tidak dapat mengambil hidangan 1-2 hidangan ikan bagi setiap minggu, pengambilan supleman tambahan berasaskan minyak ikan akan dapat membantu anda untuk mendapatkan omega-3 yang mencukupi.
Kebiasaannya, 30% minyak ikan terdiri daripada asid lemak omega-3, manakala bakinya terdiri daripada lemak lain. Sesetengah daripadanya juga biasa mengandungi beberapa jenis vitamin, seperti vitamin A dan vitamin D.
Umumnya, jenis omega-3 yang terdapat dalam minyak ikan menawarkan manfaat kesihatan yang lebih baik berbanding omega-3 yang boleh ditemui dalam beberapa sumber tumbuhan.
Sumber omega-3 utama dalam minyak ikan adalah asid eikosapentaenoic (eicosapentaenoic acid, EPA) dan asid docosahexaenoic (docosahexaenoic acid, DHA), manakala bagi omega-3 dalam sumber tumbuhan pula mengandungi asid alpha-linolenic (ALA).
Walaupun ALA merupakan asid lemak penting, EPA dan DHA mempunyai lebih banyak manfaat kesihatan.
Kepentingan omega 3?
Apabila menyebut berkenaan kebaikan omega 3, ia terdiri daripada beberapa khasiat yang mungkin anda tidak pernah sangka.
Antaranya ialah:
- Menurunkan tahap kolesterol
- Menurunkan tekanan darah
- Mengurangkan aritmia jantung
- Mengelakkan plak daripada terbentuk dalam saluran darah
- Mengurangkan risiko gangguan mental
- Membantu menurunkan berat badan
- Memperbaiki kualiti kulit
- Memperbaiki kesihatan tulang
- Mengurangkan keradangan
- Memperlahankan penurunan fungsi otak
Manfaat Minyak Ikan Untuk Kesihatan
1. Jantung dan darah
Keberkesanan penggunaan minyak ikan dalam diet makanan telah diuji untuk pelbagai jenis keadaan kesihatan.
Kebiasaannya ia digunakan untuk keadaan yang berkaitan dengan sistem jantung dan darah.
Sesetengah individu menggunakannya untuk membantu menurunkan tekanan darah, trigliserida dan tahap kolesterol.
Ia juga sering digunakan untuk mencegah penyakit jantung atau strok (angin ahmar) dan beberapa masalah berkaitan jantung seperti arteri tersumbat, sakit dada, denyutan jantung yang tidak teratur, pembedahan pintasan, kegagalan jantung, mencegah pembekuan darah dan tekanan darah tinggi selepas pemindahan jantung.
2. Buah pinggang
Minyak ikan juga digunakan untuk pelbagai masalah berkaitan dengan buah pinggang termasuk penyakit buah pinggang, kegagalan buah pinggang, dan komplikasi buah pinggang yang berkaitan dengan kencing manis, sirosis (cirrhosis), penyakit Berger (IgA nephropathy), pemindahan jantung, atau penggunaan ubat yang disebut siklosporin.
3. Otak
Ikan mungkin mendapat reputasi sebagai ‘makanan otak’ kerana sesetengah individu mengambil ikan untuk membantu mengatasi masalah kemurungan, gangguan bipolar, psikosis, kecelaruan hiperaktif kurang daya tumpuan (ADHD), penyakit Alzheimer, gangguan penyelarasan pembangunan, sakit kepala migrain, epilepsi, skizofrenia dan gangguan mental.
Catat Ulasan