Jawatan Kosong Pegawai Penjara Gred KA19, Jabatan Penjara Malaysia
Kekosongan : 331Simpanan : 500
- Klasifikasi Perkhidmatan: Keselamatan dan Pertahanan Awam
- Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
- Kementerian/Jabatan: Jabatan Penjara Malaysia
1. JADUAL GAJI
- Gaji Minimum : RM1,360.00
- Gaji Maksimum : RM4,052.00
- Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
2. SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. warganegara Malaysia; dan
b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji permulaan pada Gred KA19: RM1,360.00)
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred KA19: RM1,418.12)
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred KA19: RM1,476.24)
c. dan memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
- tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu
- berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita
- mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26
- mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja)
- lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
3. SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
4. DESKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab mengawal banduan (orang tahanan/juvana) melibatkan keselamatan fizikal dan pengurusan termasuk tugas-tugas pemulihan dan kawalan semasa banduan menjalani rawatan di hospital atau menghadiri perbicaraan di mahkamah.
5. SENARAI BIDANG BERKAITAN DI PERINGKAT SKM
Sila rujuk senarai bidang berkaitan di peringkat SKM yang diperakukan bersesuaian mengikut skim perkhidmatan di Laman Web EZSkim (pautan: https://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim/).
Calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan boleh mengemukakan atau mengemaskini permohonan secara dalam talian di Portal rasmi SPA9. Tarikh tutup permohonan bagi jawatan ini adalah pada 11 September 2022 ( AHAD ) Jam 11.59 malam
إرسال تعليق