SISTEM KUPON LETAK KERETA BANDARAYA KOTA KINABALU
Sistem Kupon Letak Kereta telah dikuatkuasakan perlaksanaannya di seluruh Bandaraya Kota Kinabalu pada 1hb Oktober 2014
Jenis-Jenis Kupon DBKK
Terdapat 3 jenis buku kupon dan warna kupon menunjukan nilai bagi setiap helaian.
- Buku kupon warna BIRU bernilai RM0.50 (1 buku kupon RM5.30 termasuk 6% GST).
- Buku kupon warna KUNING setiap helaian adalah RM1.00 (1 buku kupon RM10.60 termasuk 6% GST)
- Buku kupon warna MERAH pula bernilai RM2.00 bagi setiap helaian kupon (1 buku kupon RM10.60 termasuk 6% GST).
3 Jenis Kadar Letak Kereta
Di dalam Sistem Kupon Letak Kereta, terdapat 3 jenis kadar letak kereta iaitu :
- Jangka pendek (Kategori A) - nombor siri petak letak kereta berwarna KUNING
- Jangka panjang (Kategori B) - nombor siri petak kereta berwarna HIJAU
- Tempat letak kereta eksklusif (A1) - nombor siri petak letak kereta berwarna MERAH
MASA MEMPAMERKAN KUPON / OPERASI
- Isnin – Jumaat = 8.00 pagi – 5.00 petang
- Sabtu = 8.00 pagi – 1.00 petang
- Ahad / Cuti Umum = Dikecualikan
ZON BANDAR KOTA KINABALU YANG DIKUATKUASAAN SISTEM KUPON
Sektor A : Gaya North Gaya Street Gaya Center Gaya Street-Menara&Dewan Segama Central Market Sinsuran Kg. Air Sedco Asia City High Court / City Park Api-Api Center Bandaran BerjayaSektor B : Sadong Jaya Karamunsing Sembulan / Grace Court Tanjung Aru Damai Plaza Foh Sang Taman Friendly Borneon Center Lintas Plaza Lintas Square Kolam Center / Plaza Lido Taman Fortuna Taman Cantek
Sektor C : Inanam Baru Inanam Point Inanam Lama Inanam New Township Inanam Plaza Inanam Mutiara Inanam Business Center Nountun Ind. Est Kolombong Likas Kingfisher Likas Plaza Likas Juta Likas Kosan Luyang Phase 8 Taman Sunny Garden Taman Tai Tet Bunga Raja Taman Iramanis
Ketahui penggunan kupon parking DBKK.Gunakan mengikut petak agar kupon anda tidak sia-sia.
KAUNTER JUALAN KUPON LETAK KERETA :
Kaunter DBKK Holdings – Bahagian Penguruan Letak Kereta, KK Plaza Shopping Complex.
- 8:30 pagi - 04:30 petang (Isnin hingga Jumaat)
- 8.30 pagi - 12.30 petang (Sabtu)
Kaunter DBKK No. 10 & 11 Tingkat Bawah, Bangunan DBKK, No. 1, Jalan Bandaran, Kota Kinabalu.
- 8:30 pagi - 04:30 petang (Isnin hingga Jumaat)
Kaunter DBKK, Tingkat 7, Centre Point Sabah
- 8:30 pagi - 04:30 petang (Isnin hingga Jumaat)
Kaunter DBKK/UTC, Tingkat 6, Bangunan UTC
- 8:00 pagi - 9:00 malam setiap hari (Isnin hingga Ahad) kecuali pada cuti umum.
Kaunter DBKK, Dewan Serbaguna Damai, Luyang
- 8:30 pagi - 04:30 petang (Isnin hingga Jumaat)
Kupon merah (ada 5 keping )
- Garisan merah 1 kupon utk 1 jam parking
- Garisan hijau 1 kupon utk 4 jam parking
- Garisan kuning 1 kupon utk 2 jam parking
Kupon oren (ada 10 keping)
- Garisan merah 1 kupon utk 30 minit parking
- Garisan hijau 1 kupon utk 2 jam parking
- Garisan kuning 1 kupon utk 1 jam parking
Kupon biru (ada 10 keping)
- Garisan merah 2 kupon utk 30 minit parking
- Garisan hijau 1 kupon utk 1 jam parking
- Garisan kuning 1 kupon utk 30 minit parking
Sumber : Info Lalu Lintas Sabah 2
Catat Ulasan