Ada antara kita yang suka tidur apabila datangnya perasaan sedih, ada yang suka menyendiri sambil melayan perasaan dan macam-macam lagi ragam kita sebagai seorang manusia.
Namun hakikatnya masalah tetap masalah. Ada masalah yang mampu dihadapi dan diselesaikan dengan segera dan ada juga masalah yang menemui jalan buntu. Tidak ada pintu segera yang boleh kita buka untuk lepaskan diri darinya.
Maka pada titik inilah kita kerap kembali pada Tuha yang Esa, menukar semula arah pandangan kepada Yang Maha Kuasa dan Yang Paling Mampu melakukan apa saja. Itulah bezanya antara orang yang yakin dan sebaliknya.
Terdapat 2 cara untuk menyembuhkan kesedihan di hati iaitu :

“Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri” (Surah Al Hadid: 22-23)
Terdapat 2 cara untuk menyembuhkan kesedihan di hati iaitu :
1- Berselawat kepada kekasih Allah S.W.T
Selawat bukan hanya untuk Nabi malah kebaikannya kembali kepada kita sendiri. Selawat menjadi asbab terangkatnya doa dan terampunnya dosa.Selawat ibarat hadiah kepada seseorang yang dimuliakan Allah S.W.T walaupun dalam masa yang sama kita sedang bersedih.
Allah bukan tidak tahu bahkan Allah lebih tahu bahawa kita memerlukan sedikit ketenangan dan pertolongan namun berkat kita mengingati Rasulullah S.A.W yang jauh lebih besar ujian semasa hayatnya, maka Allah menghadirkan ketenangan dan melapangkan dada orang yang berselawat.
2- Bersujud tanda menyerah diri
Sematkanlah dalam hati, kesedaran sebenar-benarnya bahawa kita sedang menghadap Pencipta, dan seolah-olah sedang bercakap denganNya.Bahawa kita sedang meluahkan sesuatu. Setiap sujud kita adalah bermakna kerana Allah S.W.T menyukai hambaNya yang bersujud dan memohon kepadaNya.
Doa, selawat dan solat bukanlah escapism (jalan melarikan diri) dari masalah. Bahkan itulah salah satu jalan untuk kita keluar dari permasalahan yang sedang di hadapi iaitu dengan memohon pertolongan kembali kepada Yang Maha Mengatur urusan hambaNya.

Yang Maha Mengetahui setiap keluh kesah, setiap bisik yang jauh di lubuk hati manusia.
Catat Ulasan