RESEPI MEE GORENG MAMAK SETANDING KEDAI

mee-goreng-mamak

Bahan-Bahan
  • 5-7sb cili kisar (ikut tahap pedas yang kita nak)
  • 4 ulas bwg putih (kisar)
  • 1 biji bwg besar (kisar)
  • 4 biji telur
  • fishball
  • 4 ketul dada ayam (potong dadu)
  • 2 bungkus NuMee (gardenia)
  • sos cili
  • sos tomato
  • sos tiram
  • kicap manis pedas 
  • kicap manis


Cara-cara Penyediaan

1. Pertama sekali, goreng dada ayam & fishball sehingga keperangan. Angkat dan toskan.

2. Tumis bahan-bahan kisar sehingga pecah minyak dan warna lada bertukar gelap.

3. Pecahkan 4 biji telur. Biarkan sekejap dan perlahan-lahan gaul sebati.

4. Masukkan NuMee, kicap manis, kicap pedas, sos cili, sos tomato. Korang agak-agak sajalah ikut banyak mana mee korang.

5. Masukkan dada ayam & fishball yang telah digoreng. Gaul sebati. Dah siap!

0 تعليقات

إرسال تعليق

Post a Comment (0)

أحدث أقدم