Sebenarnya ujian PSIKOMETRIK ini antara ujian penting untuk menyingkirkan calon. Anda pun tahu kan yang anda ada ramai pesaing. Calon dari seluruh negara berebut jawatan dengan anda. Kekosongan jawatan yang tak banyak memerlukan pihak suruhanjaya menyingkirkan calon dengan ujian-ujian penilaian.
Ujian Psikometrik perlu dijawab dalam masa yang pantas. Kebiasaannya diberikan masa 1 jam lebih untuk menyelesaikan soalan yang banyak.
Format soalan dan jawapan pilihan juga tidak tetap. Ianya ditetapkan ‘Aneka Pilihan Jawapan’.
Anda berkemungkinan hanya diberi 2 atau 3 pilihan jawapan (Ya atau Tidak), (Betul atau Salah), (Ya atau Betul atau Tidak Pasti) ataupun 4 - 5 jawapan yang menguji keyakinan anda (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju) sebagai refleksi keyakinan anda dalam membuat pilihan.
Contoh Soalan Psikometrik Beserta Jawapan & Penerangan
1. Saya suka memberi penerangan awal kepada pekerja bawahan saya sebelum mereka melakukan kerja harian.
Jawapan : A - Setuju
Penerangan : Ketua yang bagus memberikan ‘clearity’ kepada pasukan supaya mencapai objektif yang diinginkan sebelum memulakan tugasan tersebut.
2. Saya suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai.
Jawapan : B - Tidak
Penerangan : Menegur secara berhemah dimulakan dengan teguran tertutup.
3. Saya akan rasa gentar setiap kali mesyuarat tergempar diadakan.
Jawapan : B - Tidak
Penerangan : Sentiasa bersedia termasuk dalam domain penilaian KOMPETENSI (daya tahan, keberanian)
4. Jika terdapat kecemasan semasa dalam perjalanan ke pejabat, saya akan serta-merta memaklumkan kepada ketua saya.
Jawapan : A - Setuju
Penerangan : Jangan biarkan majikan/ketua anda menanti. Berikan keadaan/situasi anda yang membuatkan anda lewat ke pejabat.
5. Saya akan memaklumkan pesanan ringkas kepada ketua saya sebelum bercuti ke luar negara.
Jawapan : B - Tidak Setuju
Penerangan : Untuk bercuti dalam atau luar negara, perlu maklumkan secara formal mengikut tatacara yang dikeluarkan oleh pejabat anda. Tidak boleh hanya menggunakan ‘pesanan ringkas’.
6. Masalah kewangan membuatkan saya rasa kurang bersemangat untuk bekerja.
Jawapan : B - Tidak
Penerangan : Jangan biarkan masalah peribadi (seperti masalah kewangan) mengganggu prestasi kerja. Nilaian positif adalah pada domain penilaian PERSONALITI ‘kestabilan emosi’.
7. Saya rasa tidak berpuas hati apabila rakan sejawatan mendapat penilaian cemerlang.
Jawapan : B - Tidak
Penerangan : Tidak berpuas hati pada orang lain membawa kepada elemen negatif. Kita harus rasa tercabar dan berusaha meningkatkan diri untuk mendapat penilaian cemerlang juga.
8. Saya suka menjauhkan diri daripada perkara negatif di pejabat.
Jawapan : A - Ya
Penerangan : Sentiasa positif dan jauhkan diri dari perkara negatif adalah ciri pekerja yang cemerlang.
9. Saya lebih gemar menyembunyikan rasa tertekan akibat lambakan kerja daripada pengetahuan ketua saya.
Jawapan : B - Tidak
Penerangan : Cabaran kerja harus diserap dan diselesaikan jika ianya dalam skop tugasan. Tetapi jika ianya ‘lambakan kerja’ yang tidak sepatutnya, dan disebabkan oleh rakan sekerja, ianya harus dimaklumkan kepada ketua jabatan supaya dapat diselesaikan. Jadi tindakan tepat ‘tekanan akibat lambakan kerja’ harus dimaklumkan dan bukan disembunyikan. Untuk khidmat nasihat akibat tekanan, ketua jabatan akan merujuk Bahagian Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
10. Saya lebih mementingkan hasil kerja daripada cara melakukan kerja.
Jawapan : B - Tidak
Penerangan : Cara melakukan kerja yang tidak terkawal semata-mata untuk mencapai hasil yang diharapkan boleh mendorong kita membuat kerja tanpa mempeduli undang-undang atau batasan. Ianya boleh menyusahkan orang lain dan melebihi had yang sepatutnya. Ini adalah nilaian negatif. Jika nilaian positif ia sepatutnya; “Saya akan berusaha semaksimum mungkin untuk mencapai objektif kerja tanpa melanggar prinsip integriti”.
11. Apabila saya melakukan kesalahan saya takut untuk bertanggungjawab
Jawapan : B - Tidak Setuju
Penerangan : Bertanggungjawab atas kesalahan dan berusaha membetulkan kesalahan adalah domain penilaian INTEGRITI.
12. Apabila perlu membimbing orang lain menjalankan tugas, saya berasa kurang senang
Jawapan : B - Tidak Setuju
Penerangan : Tugasan membimbing orang diberikan kepada mereka yang layak sahaja. Apabila anda diberikan tugasan seperti ini, ertinya anda dirasakan layak oleh majikan untuk memikulnya. Jadi anggap ianya sebagai satu penghormatan dan peluang untuk anda pergi lebih jauh.
13. Apabila melakukan pekerjaan berkumpulan segala tindakan perlulah mendapat persetujuan dari ketua kumpulan.
Jawapan : A - Setuju
Penerangan : Ketua kumpulan memainkan peranan membawa kumpulan mencapai objektif. Setiap ahli kumpulan harus bergerak selari dengan koordinasi ketua kumpulan dan tidak mengambil tindakan secara solo tanpa izin ketua kumpulan. Itu adab dan tatakelola dalam berkumpulan.
14. Apabila memuji orang bawahan, perkara tersebut bukanlah sesuatu yang memalukan
Jawapan : A - Setuju
Penerangan : Memuji dan memberi penghargaan kepada orang bawahan adalah nilaianpositif dalam mewujudkan ekosistem organisasi yang sihat.
15. Saya berasa simpati apabila ada kutipan derma dilakukan untuk mereka yang ditimpa kemalangan.
Jawapan : A - Setuju
Penerangan : Rasa simpati pada kesusahan orang yang ditimpa kemalangan adalah nilai diri yang tinggi dalam kehidupan. Jika tidak dapat membantu dari segi wang atau barangan, melahirkan simpati juga satu medium bantuan emosi.
16. Apabila ada tugas yang perlu membimbing orang, saya berharap agar saya tidak diberi tugasan tersebut.
Jawapan : B. Tidak Setuju
Penerangan : Tugasan membimbing orang diberikan kepada mereka yang layak sahaja. Apabila anda diberikan tugasan seperti ini, ertinya anda dirasakan layak oleh majikan untuk memikulnya. Jadi anggap ianya sebagai satu penghormatan dan peluang untuk anda pergi lebih jauh.
17. Apabila saya melakukan sesuatu kerja, saya berharap agar ada orang yang memberi perhatian
Jawapan : A - Setuju
Penerangan : “BERHARAP orang memberi perhatian” kerana kerja kita bagus. “BERHARAP orang tidak beri perhatian” kerana kerja kita tak bagus. Nilaian positif di sini adalah kita akan memastikan kerja/tugasan kita dalam keadaan terbaik. Keberadaan kita diharapkan. Pekerja yang bagus akan diberi perhatian atas kerjanya. Contohnya jika Lionel Messi atau Christiano Ronaldo berada di padang, kita akan beri perhatian dalam gerakan permainan bola sepaknya kerana kita tahu mereka terbaik dunia.Tetapi, soalan sebegini akan jadi nilaian negatif jika ianya diubah menjadi; “Apabila saya melakukan sesuatu kerja, saya berharap agar ada orang memberi pujian”.
18. Membincangkan sesuatu idea dengan orang lain disukai oleh saya
Jawapan : A - Ya
Penerangan : Pada tahap cambahan idea, perbincangan dengan orang lain diperlukan sebelum masuk ke fasa perlaksanaan. “Two heads are better than one”.
19. Semasa merancang sesuatu projek, saya tidak menggemari untuk mengajak orang lain menyertainya
Jawapan : B - Tidak
Penerangan : Dalam fasa perancangan, percambahan idea diperlukan. Mengajak orang lain untuk turut serta boleh memberikan impak positif dalam perancangan anda. “Two heads are better than one”.
20. Apabila saya tidak setuju dengan pandangan pihak atasan, saya berani untuk menyuarakan pendapat saya.
Jawapan : A - Ya
Penerangan : Memberi pendapat untuk perbincangan apabila tidak bersetuju adalah nilaian yang positif. Beremosi apabila tidak bersetuju pula adalah nilaian negatif yang perlu dielakkan.
Anda inginkan lagi contoh soalan ujian psikometrik 2022? Jom klik butang di bawah untuk baca.
⏩Contoh Soalan Psikometrik⏪
Saya highly recommended kepada anda untuk baca satu rujukan psikometrik ini. Dalam tu, Tim Infokerjaya telah terangkan secara terperinci dalam menjawab ujian psikometrik. Dalam tu ada 200 soalan berserta jawapan disediakan untuk anda.Soalan pulak sentiasa dikemaskini mengikut standard yang dikeluarkan oleh SPA dan mengikut format psikometrik yang terkini.
Mudah-mudahan perkongsian ini memberikan anda lebih keyakinan untuk menduduki peperiksaan online UJIAN PSIKOMETRIK ini.
Terbaik.. good sharing 👍🏻👍🏻
ردحذفإرسال تعليق