Bantuan i-Fitri
i-Fitri merupakan bantuan khas kepada isi rumah berpendapatan antara RM 2,500 hingga RM 5,000 sebulan.Bantuan ini disalurkan bagi membantu rakyat B40 dan M40 untuk melakukan persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.
Bagi orang ramai yang berminat, mereka boleh membuat permohonan mulai bermula 19 Mac 2023 sehingga 31 Mac 2023.
Penerima i-Fitri yang telah menerima bantuan pada tahun 2022 LAYAK menerima bantuan bagi tahun 2023 dengan mengemaskini permohonan dan dokumen di dalam sistem i-Bantuan.
Syarat Utama Permohonan i-Fitri
Syarat utama permohonan yang ditetapkan adalah seperti berikut:- Rakyat Terengganu dan menetap di Negeri Terengganu.
- Maklumat pemohon mesti ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20)
- Pemohon adalah pengundi berdaftar di Terengganu.
- Pemohon merupakan Ketua Isi RUmah (KIR) yang mempunyai tanggungan dengan jumlah pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM 2,500.
Syarat Permohonan Baru
Syarat bagi permohonan baru pula adalah seperti berikut:- Permohonan baru hendaklah muat naik (upload) dokumen berikut ke sistem:
– Salinan Kad Pengenalan/sijil kelahiran pemohon dan tanggungan.
– Salinan Slip Gaji atau slip pence terkini atau Surat Akuan Pendapatan - Pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu kemukakan Surat Akuan Pendapatan (disahkan oleh Penghulu Mukim atau Pengerusi JPKK).
- Pemohon boleh cetak borang permohonan sebagai simpanan dan bukti menyelesaikan permohonan.
- Permohonan boleh ditolak sekiranya maklumat tidak benar dan tidak lengkap.
Pemohon Tidak Layak
Untuk bantuan ini, pemohon tidak layak pula adalah seperti berikut:
- Peniaga berlesen adalah tidak layak memohon kecuali pendapatan isi rumah kurang daripada RM 2,5000 sebulan (disahkan oleh JPKK).
- Semua penjawat awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah tidak layak memohon.
Catat Ulasan