Resepi Biskut Raya Milky Oreo

Resepi Biskut Raya Milky Oreo 

Bahan A :
  • 130 Gram - Butter
  • 70 Gram - Gula Kaster
  • 1/4 Sudu Kecil - Esen Vanila
  • Secubit garam


Bahan B :
  • 170 Gram - Tepung Gandum
  • 20 Gram - Tepung Jagung
  • 20 Gram - Tepung Beras
  • 20 Gram - Cornflakes (yang di kisar halus)
  • 20 Gram - Serbuk Badam (yang dibakar dulu)
  • 20 Gram - badam nib (yang dibakar dulu)
  • 20 Gram - Serbuk Oreo1/8 Sudu Kecil - Baking Powder
  • Hiasan : Coklat Putih dan Serbuk Oreo


Cara membuatnya :

1. Pukul semua bahan-bahan (A) hingga sebati.

2. Lepas itu, masukkan pula bahan (B) kepada bahan (A).

3. Uli bahan-bahan tadi sehingga jadi doh.

4. Biarkan selama 20 minit.

5. Selepas itu canai dan terap dengan acuan yang disukai dan bakar hingga masak.

6. Bakar pada suhu oven sebanyak 140c selama 30 minit atau sampai kekuningan. Setelah masak, biarkan sejuk.

7. Celup pula dengan coklat putih serta terus tabur dengan serbuk oreo.

8. Selepas coklat kering bolehlah simpan dalam bekas kedap udara.

Resepi Biskut Raya Milky Oreo


0 تعليقات

إرسال تعليق

Post a Comment (0)

أحدث أقدم