Emas adalah sejenis logam berharga yang telah digunakan sebagai bentuk nilai dan perdagangan selama berabad-abad.
Logam emas adalah padat, lembut, berkilat, dan logam asli yang paling mudah ditempa dan mulur.
Emas tulen mempunyai warna kuning terang dan dianggap menarik dan warna ini kekal tanpa mengalami pengoksidaan udara atau air.
Emas ialah logam yang dibuat syiling dan berfungsi sebagai simbol kekayaan dan penyimpan nilai sepanjang sejarah manusia. Piawaian emas telah menyediakan asas untuk dasar kewangan.
Emas diketahui untuk kestabilan nilainya dalam jangka masa panjang dan digunakan sebagai cara untuk menyimpan kekayaan.
Emas diketahui untuk kestabilan nilainya dalam jangka masa panjang dan digunakan sebagai cara untuk menyimpan kekayaan.
Selain itu, emas juga digunakan dalam industri dan pembuatan barang mewah. Emas sering dianggap sebagai bentuk pelaburan yang selamat dan merupakan aset fizikal yang biasanya dicari sebagai perlindungan terhadap inflasi atau ketidakstabilan ekonomi.
Manakala wang (atau mata wang) merujuk kepada setiap bentuk uang kertas atau koin yang digunakan dalam sistem kewangan sebuah negara.
Wang adalah alat tukar yang sah yang digunakan untuk membeli dan menjual barang dan perkhidmatan. Setiap negara biasanya mempunyai mata wangnya sendiri yang dikeluarkan oleh bank pusat atau bank negara.
Wang berfungsi sebagai medium pertukaran dalam aktiviti ekonomi dan membantu mempermudah perdagangan serta transaksi.
Wang tidak mempunyai nilai benar tetapi digunakan sebagai pengukur nilai yang menjadi alternatif mudah kepada sistem barter.
Tanpa wang, sistem ekonomi menjadi tidak cekap kerana sistem barter memerlukan keperluan serentak antara mereka yang mahu menukar barang, dan persetujuan bahawa pertukaran barangan ini mestilah sama nilai sebelum pertukaran barter berlaku.
Dengan wang, seseorang hanya perlu membayar wang kepada penjual untuk mendapatkan barang berkenaan. Penjual pula boleh menggunakan wang tersebut untuk mendapatkan barang yang diperlukannya.
PERBEZAAN EMAS & WANG
Perbezaan utama antara emas dan wang adalah dalam bentuk dan fungsi mereka. Emas adalah logam berharga yang dapat dipegang secara fizikal dan dianggap sebagai aset.Manakala wang adalah medium pertukaran dalam sistem kewangan dan tidak mempunyai nilai intrinsik, melainkan nilai yang ditentukan oleh kerajaan atau pasaran.
Walau bagaimanapun, keduanya boleh berfungsi sebagai bentuk pelaburan, tergantung pada tujuan dan keperluan kewangan seseorang.
KELEBIHAN SIMPANAN EMAS BERBANDING WANG
1. Mempunyai Nilai & Rupa Yang Cantik
Walaupun emas tidak terletak pada kecantikannya atau penampilan fizikalnya tetapi tidak dinafikan emas mempunyai rupa yang cantik dan mempersonakan bagi sesiapa yang memakai dan memilikinya.Kecantikan dan kilauan emas telah menjadikannya benda yang dihargai secara estetika. Bukan itu sahaja, penggunaannya dalam perhiasan serta acara-acara sosial dan keagamaan telah meningkatkan daya tariknya sebagai benda yang berharga.
Dan ia menjadi kebangaan kepada sesiapa sahaja terutama sekali kepada pemilik emas tersebut. Siapa yang tidak suka emas kan? Apapun, bagi individu yang mempunyai simpanan emas jangan lupa untuk membayar zakat emas apabila cukup haul dan nisab.
2. Diiktiraf di seluruh dunia
Emas diiktiraf di seluruh dunia sebagai benda yang berharga, memiliki daya tarik yang khusus dan mengakui emas sebagai “precious metal” atau logam berharga. Ke manapun korang pergi emas sentiasa diterima dan diakui nilainya. Kekhususan dan sifat universalnya membuat emas menjadi benda yang memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia sejak zaman kuno hingga masa kini.
3. Tidak mudah rosak dan binasa
Emas tidak mudah terbakar. Contohnya jika sesebuah rumah terbakar, ia mampu memusnahkan semuanya, tetapi tidak emas.Bayangkan sebuah rumah yang menyimpan wang kertas yang banyak dengan sebuah rumah yang menyimpan emas, apabila berlaku kebakaran, siapakah yang dapat mengurangkan kerugian?
Sudah tentu yang menyimpan emas, kerana ia tidak terbakar dan masih boleh digunakan. Sekalipun emas tenggelam di dasar lautan yang dalam, nilainya tetap tidak berubah apabila dijumpai.
4. Mudah dibahagikan tanpa merosakkan nilainya
Emas satu - satunya aset paling murah boleh didapati. Sebagai contoh, korang boleh memiliki emas walaupun 1 gram, tetapi tidak untuk rumah dan hartanah.Emas secara relatif mudah dimiliki dan dibahagikan dalam bentuk kepingan yang lebih kecil. Oleh sebab itulah kenapa emas sering digunakan sebagai bentuk pelaburan dan simpanan.
Emas juga sering dimiliki dalam bentuk perhiasan. Bentuk ini memungkinkan seseorang untuk memiliki emas dalam jumlah yang lebih kecil, tergantung pada berat perhiasan dan kadar karat emas yang digunakan.
Bahkan dalam era digital, beberapa platform dan perusahaan menyediakan perkhidmatan yang memungkinkan pemegang emas untuk memiliki aset emas dalam bentuk digital.
Emas digital dapat dibeli dalam jumlah yang lebih kecil, dan pemiliknya memiliki bukti kepemilikan atas emas tersebut.
Meskipun tidak dimiliki secara fizikal tetapi emas digital memberikan kemudahan dalam pembelian, penyimpanan, dan penjualan emas.
6. Mudah untuk ditukarkan kepada wang
Emas mudah ditukarkan kepada wang pada bila-bila masa sahaja. Salah satu kelebihan besar emas sebagai bentuk pelaburan adalah kebolehannya untuk ditukarkan kepada wang tunai.Beberapa cawangan bank atau institusi kewangan juga menawarkan perkhidmatan penukaran emas kepada pelanggan mereka. Pelabur dapat membawa emas fizikal ke bank dan menukarkannya dengan wang tunai ataupun menyimpan emas dalam akaun bank khusus.
7. Simpanan dan pelaburan terbaik kerana ia melindungi kekayaan pemiliknya.
Emas ibarat magnet yang menarik kekayaan kepada pemiliknya. Ia juga memberi perlindungan kepada pemiliknya dari segi ekonomi.Salah satu kelebihan besar emas adalah kemampuannya untuk melindungi kekayaan dari inflasi. Ketika harga barang naik, nilai mata wang cenderung untuk menurun. Namun, harga emas cenderung naik seiring dengan inflasi.
Harganya cenderung mengekalkan nilai intrinsiknya, terutama dalam jangka masa panjang.
Emas terbukti kalis inflasi dan ia berlawanan dengan wang kertas yang susut nilai ditelan zaman. Oleh sebab itu, emas sering menjadi pilihan orang ketika berhadapan dengan krisis ekonomi atau politik.
8. Emas Kalis inflasi
Pada zaman dahulu sekeping dinar boleh membeli seekor kambing. Pada zaman sekarang pula kosnya masih sama. Sebenarnya nilai emas tetap sama, apa yang berubah cuma harga. Dan perubahan ini adalah disebabkan penggunaan wang kertas.Emas terbukti kalis inflasi dan ia berlawanan dengan wang kertas yang susut nilai ditelan zaman. Oleh sebab itu, emas sering menjadi pilihan orang ketika berhadapan dengan krisis ekonomi atau politik.
Nilainya yang stabil dan universal membuatnya menjadi pilihan bagi mereka yang mencari bentuk perlindungan terhadap ketidakstabilan dan kemelesetan ekonomi disebabkan oleh inflasi.
9. Mempunyai nilai intrinsik
Emas adalah logam berharga yang memiliki nilai intrinsik yang tinggi. Nilai intrinsik ialah harta benda yang bernilai dengan sendirinya.
Ia tidak bergantung pada janji atau kepercayaan kepada pihak ketiga; nilai emas berasal dari sifat alaminya yang langka dan sulit untuk diproses. Sifat kekekalan dan keindahan emas membuatnya berharga bagi manusia sejak zaman kuno.
10. Portfolio dalam pelaburan
Emas dapat menjadi komponen yang berharga dalam sebuah portofolio pelaburan. Penambahan emas ke dalam portofolio dapat membantu mencapai diversifikasi dan memberikan beberapa manfaat bagi pemegang portofolio.
Walaupun emas memiliki manfaat sebagai komponen portofolio, tidak ada aset tunggal yang sesuai untuk semua pelabur.
Diversifikasi harus dilakukan dengan bijaksana dengan mempertimbangkan aset lain yang sudah ada dalam portofolio. Sebagi-baiknya konsult dahulu dengan penasihat kewangan untuk membantu membuat perancangan portofolio yang sesuai dengan keperluan dan matlamat korang.
Catat Ulasan