Tips Mudah Untuk Mengurangkan Kos Pindah ke Rumah Baru

Adakah korang bercadang untuk berpindah ke rumah baru tidak lama lagi? Berpindah rumah boleh menjadi kos yang mahal jika tiada perancangan awal dibuat.

Oleh itu dengan perancangan yang baik dan tindakan yang betul, kos boleh dikurangkan secara signifikan. Artikel ini memberikan 10 tips mudah untuk membantu individu menguruskan perpindahan mereka dengan cara yang lebih menjimatkan wang.

tips-pindah-rumah-baru

Tips Mudah Untuk Mengurangkan Kos Berpindah Ke Rumah Baru:

1. Buang Barangan Yang Tidak Diperlukan

Membuang barangan lama yang tidak lagi digunakan adalah satu langkah penting dalam mengurangkan kos berpindah ke rumah baru.

Sekiranya korang membuang barangan lama yang tidak lagi digunakan, kuantiti barangan untuk dikemas lebih sedikit dan mudah untuk dikemas. 

Dengan ini ia akan  mengurangkan kos pembungkusan bahan seperti kotak, bungkusan, dan pembalut. Selain itu, proses pindahan akan menjadi lebih mudah dan cepat apabila korang hanya mempunyai barang yang sedikit untuk dipindahkan. 

Korang juga boleh menjual beberapa item untuk mendapatkan wang tambahan. Wang ini boleh digunakan untuk menutup sebahagian daripada kos pindah atau untuk membeli barang-barang baru untuk rumah baru korang.

2. Mengemas Barang Sendiri

Banyak syarikat pemindahan menawarkan perkhidmatan ini tetapi korang mengurangkan kos pindah rumah lebih banyak dengan melakukan pengemasan barang rumah korang sendiri. Ianya lebih menjimatkan. 

3. Gunakan Bahan Sedia Ada 

Daripada korang susah payah untuk mencari kotak pembungkusan tambahan, lebih baik korang lihat disekeliling rumah sekiranya ada bahan yang boleh digunakan untuk membungkus barang. 

Sebagai contoh, menggunakan surat khabar untuk membalut pinggan atau barang yang mudah pecah. Selain itu, korang juga boleh menggunakan beg pakaian untuk menyimpan pakaian dan barang-barang kecil. 


4. Pindah Seberapa Banyak Yang Boleh

Untuk lebih menjimatkan wang, korang juga boleh memindah sebahagian besar barang yang lebih kecil dengan memasukkan ke dalam kereta dan hanya tinggalkan barangan yang besar untuk syarikat pemindahan.

servis-lori-pindah-rumah

5. Dapatkan Servis Pindah Rumah

Korang mungkin perlu mendapatkan bantuan rakan dan keluarga untuk membantu mengemas dan memindahkan kotak dan perabot ke dalam lori tetapi mendapatkan perkhidmatan sewa lori 1 tan sahaja boleh menjadi lebih murah daripada mengupah syarikat yang menawarkan perkhidmatan pemindahan secara menyeluruh.


6. Berpindah Pada Masa Yang Kurang Sibuk

Jadualkan pemindahan ke rumah baru pada masa yang tidak sibuk adalah satu strategi bijak untuk mengurangkan kos.

Cuba jadualkan pemindahan korang pada masa yang tidak sibuk di mana syarikat pemindahan akan mengenakan caj yang lebih rendah. Ini kerana mereka mungkin mempunyai lebih banyak masa terluang dan lebih banyak pekerja pada waktu-waktu tersebut. Oleh itu, korang boleh mendapatkan harga yang lebih baik untuk perkhidmatan pemindahan.

Masa ini selalunya adalah pada pertengahan tahun (elakkan masa cuti sekolah), pertengahan bulan dan pertengahan minggu. Waktu yang tidak sibuk lebih memudahkan kerana pada waktu ini jalan raya kurang sesak dan proses pemindahan menjadi lebih mudah dan lancar.

7. Dapatkan sebut harga

Jangan terima sebut harga pertama yang korang dapat walaupun syarikat pemindahan itu sangat disyorkan. 

Dengan mendapatkan beberapa sebut harga, korang dapat membandingkan harga dan mendapatkan harga yang paling berpatutan. Ini boleh membantu korang untuk lebih berjimat cermat. 

Setiap syarikat pemindahan mungkin menawarkan perkhidmatan yang berbeza, termasuk tahap kualiti, caj tambahan, dan perlindungan harta benda. Dengan membandingkan sebut harga, korang boleh menilai kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh setiap syarikat dan memilih harga sewa lori pindah rumah yang paling sesuai dengan keperluan anda.


8. Pemindahan Haiwan Peliharaan dan Kanak-Kanak

Buat perancangan dengan teliti pemindahan haiwan peliharaan, ini termasuk memilih bekas pengangkutan yang sesuai, menilai keperluan keselesaan haiwan, dan merancang jadual perjalanan. 

Siapkan "paket kecemasan" untuk haiwan peliharaan yang mengandungi makanan, air, ubat-ubatan, dan barang-barang lain yang mungkin diperlukan sepanjang perjalanan.

Sekiranya boleh, angkut haiwan peliharaan sendiri menggunakan kenderaan korang. Ini akan membantu mengurangkan stres haiwan kerana mereka berada dalam persekitaran yang dikenali.

Sekiranya korang mempunyai anak, terangkan kepada mereka tentang proses pemindahan. Berikan sokongan emosi kepada anak-anak sepanjang proses pemindahan. Mereka mungkin memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru.

9. Jangan Kedekut Bahan Apabila Membungkus Barang

Pemindahan barang jenis ‘fragile’ tanpa pembalut ‘bubble wrap’ yang mencukupi boleh menyebabkan barang tersebut pecah, jadi pastikan korang membalut barang rumah dan perabot dengan baik.


Korang boleh mendapatkan servis daripada pasukan Mover2U, mereka adalah pasukan pemindahan yang berpengalaman di KL dengan harga lori 1 tan yang murah. 

Sila minta sebut harga PERCUMA daripada pasukan mereka untuk lori di Putrajaya dan Lembah Klang hari ini.


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama