Panduan Memulakan Bisnes Air Balang

Artikel ini adalah panduan kasar untuk memahami anggaran modal permulaan dan potensi untung dalam perniagaan air balang. 

Bagi tujuan sebenar memulakan perniagaan, adalah penting untuk membuat kajian yang lebih mendalam, merancang dengan teliti, dan menyelidik dengan lebih lanjut mengikut keperluan sebenar di lokasi korang

Semua perniagaan mempunyai risiko, dan hasil bergantung kepada pelbagai faktor seperti lokasi, saingan, dan pelaksanaan yang betul.

Panduan Memulakan Bisnes Air Balang

Berapa Modal Yang Diperlukan Kalau Nak Start Bisnes Air?

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog ini. Di sini aku ingin kongsikan dengan korang  semua mengenai perniagaan air balang khusunya berkenaan modal permulaan yang diperlukan. 

Korang pernah dengar tak kisah seorang brader yang berjaya menjana untung lebih daripada RM7,000 dengan berjualan air jus buah-buahan semasa bazar Ramadan. Ianya sungguh mengagumkan, bukan?

Tentu, ramai yang tertarik untuk mencuba nasib dalam perniagaan serupa. Oleh itu, dalam artikel ini, aku akan berkongsi anggaran kasar kos permulaan dan juga potensi untung yang boleh korang peroleh apabila menjalankan perniagaan air balang.


1. Anggaran Kos Permulaan

Pertama sekali, mari kita lihat anggaran kasar kos permulaan untuk memulakan perniagaan air balang. Ini hanyalah anggaran, dan kos sebenar mungkin berbeza mengikut lokasi dan pilihan peralatan korang. 

Di sini, aku senaraikan beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum memulakan bisnes air balang :
  • Kanopi 10x10 - RM150
  • Set Meja Pasar Malam - RM100
  • Balang Air (3-4 balang) - RM130 per balang
  • Kerusi (2 buah): RM10-RM20
  • Alas Meja: RM30-RM40
  • Senduk Air Gula: RM10 (maksima)
  • Bekas Duit: Guna tin Milo, susu, atau Tupperware yang ada
  • Bekas Air Gula: RM5-10
  • Pek Plastik Bungkus Air (7x10 atau 8x12): RM4 - RM8 (setiap pek)
  • Tali Pengikat Air/Getah Pengikat: RM5
  • Senduk/Penceduk Air Balang (4 unit): RM6-10 (setiap unit, atau percuma jika beli bersama balang)
  • Dozen Straw (1 dos): RM5-6
  • Plastik Bungkus (untuk pelanggan membawa air yang telah dibeli)

Jumlah keseluruhan kos permulaan adalah sekitar RM1,000. Ingat, ini hanyalah anggaran kasar, dan anda boleh menyesuaikannya mengikut anggaran dan keperluan sebenar anda.


2. Berapa Pula Modal Harian?

Modal harian adalah perkara penting yang perlu diambil kira. Kos untuk membeli bahan-bahan seperti buah-buahan dan kiub ais adalah sekitar RM20 bagi setiap balang air. 

Jumlah ini boleh berubah bergantung kepada jenis air yang korang jual. Sebagai contoh, jika korang menjual air soya, modal harian mungkin tidak melebihi RM10.


3. Potensi Jualan & Untung

Mari kita lihat potensi jualan dan untung yang boleh diperoleh apabila menjalankan perniagaan air balang. Anggap saja korang menjual 5 balang air setiap hari, dengan modal harian sekitar RM100.

Setiap balang air biasanya berisi 33 liter, dan boleh mengisi sekitar 27 bungkusan air dari setiap balang. Harga jualan bagi setiap bungkusan adalah RM3.

Jadi, jualan sehari adalah seperti berikut: RM3 x 27 bungkusan x 5 balang = RM405.

Selepas tolak modal harian: RM405 - RM100 = RM305.

Sekarang, mari darab jumlah untung harian dengan jumlah hari bazar, iaitu 25 hari: RM305 x 25 hari = RM7,625.

Jadi, untung bulanan korang boleh mencecah RM7,000!


Bagaimana Cara Untuk Mulakan Bisnes Air Balang?

Sekarang, jika korang berasa teruja untuk memulakan perniagaan air balang ini, korang boleh mencari lebih banyak maklumat dan panduan melalui pautan di bawah:

Link: Tahu Berapa Modal Nak Start Bisnes Air?



Nota Akhir :

Perniagaan air balang boleh menjadi peluang yang menguntungkan, terutamanya semasa bazar Ramadan atau sepanjang tahun.

Namun, ingatlah bahawa semua perniagaan mempunyai risiko, dan kejayaan tidak dapat dijamin. Adalah penting untuk merancang dan menjalankan perniagaan dengan teliti.

Semoga artikel ini memberi anda gambaran kasar tentang apa yang diperlukan untuk memulakan perniagaan air balang.

Selamat berjaya dalam perniagaan anda!

1 Ulasan

  1. Atas titah Permaisuri Cuya, Kerajaan Kelapa menjemput tuan hamba untuk menyembah duli menyertai giveaway yang sedang berlangsung di blog Kerajaan Kelapa.

    Yang benar,
    Permaisuri Cuya.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama