3 Resepi Kek Simple Guna Air Fryer

3 Resepi Kek Simple Guna Air Fryer

1. Resepi Kek Pisang


Bahan-bahan ayak:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecik baking powder
  • 1 sudu kecik soda bikarbonat

Blend:
  • Pisang 6 biji (saiz kecik)
  • 1/2 cawan minyak
  • 1/2 cawan gula (kurangkn kalau pisang manis)
  • 2 biji telur

Cara penyediaan:

1. Gaulkan tepung yang diayak dengan bahan blend.

2. Sapu butter pada bekas baking.

3. Tabur pisang yang dah dihiris dan coklat chip bagi menambah selera.

4. Masak pada suhu 160°c 35minit (AF Russell Taylors 4.8L)



2. Resepi Kek Gula Hangus


Bahan A
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 2 sudu besar marjerin
  • Masak gula hingga keperangan. Kemudian, masukkan air panas dan mentega. Tunggu hingga gula betul-betul larut. Ketepikan.

Bahan B
  • 4 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • Sedikit esen vanila
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 cawan tepung gandum

Cara Penyediaan :

1. Pukul telur jangn terlalu kuat, kemudian masukkan susu pekat, esen vanila dan tepung serta soda bikarbonat yang telah diayak. Gaul rata.

2. Satukan bahan A ke dalam bahan B. Letak dalam loyang yang telah digriskan dengan marjerin/boleh alas dengan baking paper.

3. Preheat air fryer selama 8 minit. Bakar kek selama 20-25 minit suhu 160°c.

Untuk resepi ni, guna loyang 6 inch. Lepas bancuh, biarkan adunan selama 30 minit sebelum dibakar. Hasilnya sangat memuaskan.


3. Resepi Kek Butter Tradisional


Bahan-bahan:
  • 1/2 cup castor sugar (boleh tambah jika nak manis)
  • 1/2 bar butter anchor brand
  • 1 1/2 cup tepung kek self raising floor (brand blue key)
  • 1/2 cup susu segar (guna anchor dairy milk)
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 3 biji telur gred A
  • 1 sudu kecil esen vanilla


Cara penyediaan:

1. Pukul gula dgn butter Anchor tu sampai sebati. Masukkan telur sebijik demi sebiji pukul bagi sebati.

2. Kemudian, masukkan tepung sikit demi sikit susu, esen vanila dan baking powder. Pukul sampai sebati dalam kelajuan sederhana.

3. Untuk buat marble choc tu, ambik sesenduk campur coklat serbuk. Kacau sebati dan layerkan dengan adunan asas tadi, kalau tidak. Takpa bakar terus je. Bakar 160°c selama 40 minit.






0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama