Gagal Temuduga di Shell? Ini Pengajaran Berharga yang Anda Pelajari

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca setia! Hari ini, aku ingin berkongsi satu pengalaman yang mungkin boleh memberikan sedikit inspirasi dan pengajaran kepada korang semua, terutamanya yang sedang mencari peluang kerjaya baru. 

Seperti yang kita semua tahu, Shell merupakan salah satu syarikat multinasional yang terkemuka. Memang ramai yang mengidamkan peluang untuk bekerja di sana.

Oleh itu, hari ini aku akan cerita pengalaman temuduga Wendy Ayue dengan Shell. Walaupun hasilnya tak seperti yang diharapkan, tapi ia adalah satu pengalaman yang sangat berharga. Wendy Ayue kongsikan proses dan cabaran yang dihadapi sepanjang temuduga ini!

Gagal Temuduga di Shell

Memohon Jawatan di Shell

Kisahnya bermula pada bulan Februari, di mana Wendy tergerak hati untuk memohon satu jawatan kosong di laman web rasmi Shell. Dia jenis yang suka mencuba pelbagai perkara, jadi bila nampak jawatan dalam bidang Keselamatan dan Kesihatan, terus dia apply. Siapa tahu, rezeki kan?

Tapi jangan terkejut ya, enam bulan kemudian barulah dia terima emel dari Shell yang mengatakan permohonannya berjaya melepasi tapisan awal dan dia dijemput untuk temuduga. Lama kan? Jadi korang yang menunggu tu, sabar sikit ya.

Proses Temuduga Shell 

Temuduga Shell ni agak berbeza dengan temuduga biasa yang kita selalu hadiri. Mereka menggunakan tiga peringkat temuduga, dan setiap peringkat ada cabarannya yang tersendiri.


Peringkat 1: Penilaian Atas Talian (Online assessment)

Pada peringkat ini, korang perlu menjawab beberapa soalan penilaian atas talian. Soalan-soalan ni lebih kepada personaliti dan cara kita mengendalikan situasi di tempat kerja. Walaupun nampak mudah, sebenarnya soalan-soalan ni agak tricky. Yang penting, kena jujur dan beri jawapan yang konsisten kerana mereka nak menilai keperibadian kita.

Satu tips penting, pastikan korang jawab dengan tenang dan jangan tergesa-gesa. Masa yang diberi untuk menyelesaikan semua peringkat ini hanyalah 7 hari, jadi jangan bertangguh!

Peringkat 2: Temuduga Video Atas Permintaan (On-Demand Video Interview)

Di sinilah cabaran sebenar bermula. Korang perlu merakam jawapan untuk lima soalan yang diberi oleh pihak Shell. Masa untuk berfikir sangat singkat, hanya 3 minit! Jadi, korang kena bersedia dengan lampu yang terang, kamera, dan penampilan yang kemas.

Salah satu soalan bonus yang diberi adalah, "Kenapa anda berminat bekerja dengan Shell?" Ini soalan yang nampak mudah tapi memerlukan jawapan yang bijak dan meyakinkan.

Peringkat 3: Penilaian Akhir – Temuduga Secara Langsung

Jika berjaya di peringkat kedua, peringkat terakhir adalah temuduga secara langsung bersama dua orang kakitangan senior Shell. Korang perlu membuat pembentangan berdasarkan kajian kes yang diberikan 48 jam sebelum temuduga. Selepas pembentangan, mereka akan memberikan satu lagi situasi berkaitan yang perlu diselesaikan dalam masa yang sangat singkat.

Di sinilah penentu korang GAGAL atau LULUS. Walaupun Wendy dah buat yang terbaik, mungkin belum rezeki lagi.


Buat korang yang mungkin akan menghadiri temuduga dengan syarikat besar seperti Shell, ada beberapa tips korang boleh ikuti:
  • Jangan tangguh-tangguh – Bila dapat tugasan atau penilaian, buat secepat mungkin. Masa sangat terhad.
  • Sediakan diri dengan baik – Pastikan korang ada lampu yang baik, kamera yang jelas, dan penampilan yang kemas untuk temuduga video.
  • Buat penyelidikan – Fahami budaya dan keperluan syarikat yang korang nak sertai. Ini akan membantu menjawab soalan-soalan mereka dengan lebih yakin.
  • Jangan takut gagal – Kegagalan adalah sebahagian daripada proses pembelajaran. Teruskan mencuba dan jangan mudah putus asa.
Rejection is not a failure, it’s just a redirection! Jadi, kepada korang yang mungkin pernah gagal dalam temuduga, jangan sedih ya. Pasti ada peluang yang lebih baik menanti.

Semoga pengalaman ini dapat memberikan sedikit inspirasi kepada korang yang sedang berjuang untuk mencapai impian masing-masing. 

Untuk baca artikel asal boleh ke laman facebook Wendy ya.

0 تعليقات

إرسال تعليق

Post a Comment (0)

أحدث أقدم