Resepi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos ‘Confirm’ Jadi!

Resepi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos

Resepi biskut ala Famous Amos ni memang sesuai sangat untuk cuba masa duduk rumah! Resepi mudah, tak guna mixer pun, tapi hasilnya confirm buat anak-anak suka. Bila bau biskut tengah dibakar, rasa macam kedai Famous Amos datang ke dapur sendiri!

Resepi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos

Bahan-Bahan

Bahan A (Kacau Rata):
  • 250 gram mentega (butter)
  • 1 1/4 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji telur

Bahan B (Tambahkan ke dalam adunan Bahan A):
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 6 sudu besar minyak masak
  • 2 cawan cip coklat (masukkan akhir sekali)

Cara-Cara Membuatnya

1. Kacau Bahan A:

Satukan semua bahan dalam Bahan A dan kacau hingga sebati.

2. Masukkan Bahan B:

Tambahkan bahan-bahan dari Bahan B satu persatu ke dalam adunan Bahan A, kecuali cip coklat. Gaul rata hingga menjadi adunan. Akhir sekali, masukkan cip coklat dan gaul sebati.

3. Sejukkan Adunan:

Simpan adunan dalam peti sejuk selama 30 minit supaya ia mudah dibentuk.

4. Bentuk dan Susun:

Bentukkan adunan mengikut saiz yang diinginkan dan susun di atas loyang yang telah dialas baking paper. Pastikan ada jarak antara biskut kerana ia akan mengembang semasa dibakar.

5. Bakar:

Panaskan oven pada suhu 150°C (api atas bawah). Bakar biskut selama 20 minit atau sehingga harum dan keperangan.

6. Sejukkan dan Simpan:

Biarkan biskut sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kerangupan.

Tips Tambahan

  • Anda boleh tambahkan topping seperti badam, kacang, atau coklat bar cincang jika suka.
  • Sesuaikan suhu dan masa mengikut oven masing-masing.

SIAP!

Hasilnya, biskut yang rangup di luar dan lembut di dalam. Rasanya memang seperti biskut Famous Amos. Kini, tak perlu beli lagi. Resepi ini bukan sahaja menjimatkan tetapi juga lebih istimewa kerana dibuat dengan air tangan sendiri.

Selamat mencuba!

Jangan lupa kongsikan hasil anda ya. 😊🍪

(Kredit: Nazurah Hasan)

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama