Resepi Air Balang Jus Tembikai Paling Laku Semasa Ramadan

Bulan Ramadan sememangnya sinonim dengan bazar yang penuh dengan pelbagai juadah dan minuman menyegarkan.

Antara yang paling laris dan mendapat permintaan tinggi sudah tentu Jus Tembikai! Rasanya yang manis dan segar menjadikan ia pilihan ramai untuk berbuka puasa. Kalau anda berhasrat nak cuba jual atau sekadar buat sendiri di rumah, jom ikuti resepi mudah ini.

Air Balang  Jus Tembikai

Kelebihan Jus Tembikai untuk Berbuka Puasa

  • Menghidratkan Badan: Buah tembikai mengandungi lebih 90% air, membantu mengembalikan hidrasi badan selepas seharian berpuasa.
  • Kaya dengan Nutrisi: Penuh dengan vitamin A, C, dan antioksidan seperti likopena yang baik untuk kesihatan.
  • Pencernaan Lancar: Kandungan serat dalam tembikai membantu melancarkan sistem penghadaman.


Resepi Jus Tembikai untuk Balang 33 Liter 🍉

Bahan-bahan:
  • 1-2 biji buah tembikai (bergantung pada saiz)
  • 2 liter air masak (yang sudah sejuk)
  • Pewarna merah (optional)
  • 3 sudu perisa tembikai (boleh beli di sini) — link affiliate
  • Ais kiub (1-2 plastik besar)
Peralatan Diperlukan:
  • Blender
  • Pisau kupas buah
  • Balang air besar (33 liter)


Cara Penyediaan Jus Tembikai

Langkah 1: Proses di Rumah

  • Kupas kulit dan potong isi tembikai kecil-kecil.
  • Masukkan isi tembikai hingga separuh blender dan tuang air sejuk hingga paras suku blender.
  • Blend hingga halus dan sebati.
  • Tuang pati tembikai ke dalam balang air atau simpan dalam plastik tebal.
  • Ulang langkah ini sehingga semua isi tembikai habis.

Langkah 2: Penyediaan di Tapak Niaga

  • Tuang jus tembikai dari plastik tebal ke dalam balang air besar.
  • Tambah sedikit air (2 liter) dan kacau rata.
  • Masukkan pewarna merah setitik demi setitik (jika mahu) untuk warna yang lebih menarik.
  • Campurkan 3 sudu perisa tembikai untuk rasa yang lebih ‘kaww’.
  • Masukkan ais kiub sehingga balang penuh dan kacau rata.
  • Jus tembikai sedia untuk diminum dan dijual!

Tips Tambahan:

  • Gunakan tembikai yang masak ranum untuk rasa yang lebih manis dan segar.
  • Jangan tambah gula berlebihan kerana tembikai sudah sedia manis.
  • Untuk lebih aroma, boleh tambah daun pudina sebagai hiasan.

Kalau anda nak tambah lagi variasi minuman untuk jualan boleh dapatkan di sini  — 25 Resepi Air Balang!

Resepi Jus Tembikai ini bukan sahaja mudah tetapi berpotensi laku keras semasa Ramadan! Selamat mencuba dan semoga berjaya meraih keuntungan berganda! 🥰🌙

Catat Ulasan