Pada musim COVID-19 ni, semua
jenis kedai menyediakan pembersih tangan iaitu hand sanitizer di depan
kedai. Malah, kerajaan turut menyarankan rakyat membersihkan tangan sekerap
yang boleh apabila berada diluar dan dalam rumah. persoalan yang selalu
dikemukakan di media masa adalah, adakah handsanitizer lebih berkesan
berbanding sabun?
Untuk menjawab soalan ini, adalah
lebih baik kita mengetahui serba sedikit perbandingan mekanisme handsanitizer
dan sabun dalam menghapuskan bakteria dan virus.
Hand sanitizer yang baik
mengandungi 60-80% alkohol (Bukan minuman!!!) dan selebihnya adalah air
(rujukan).
Alkohol menghapuskan backteria dan virus dengan melarutkan sel dinding bacteria
dan lapisan luar virus seterusnya memecahkan sel dan membunuh bakteria atau virus.
Bacteria atau virus mempunyai
sifat melekat pada kulit dan sukar dipisahkan jika hanya menggunakan air. Sabun
bertindak memisahkan bukan hanya bakteria atau virus, malah kotoran pada kulit.
Menggosok tangan adalah penting untuk meningkatkan keberkesanan sabun untuk
mencapai bakteria atau virus pada celah-celah jari atau kuku. Selepas
menggunakan sabun, bakteria atau virus yang melekat pada sabun akan dibawa oleh
air ketika dibilas. Sekarang tangan bersih daripada bakteria dan virus.
Jika dilihat secara umum, hand
sanitizer adalah lebih berkesan berbanding sabun kerana mekanisme alkohol
yang mampu membunuh bakteria atau virus secara langsung. hand sanitizer juga
boleh digunakan di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja kerana ia selalunya
dalam botol kecil yang mudah dibawa dan tidak memerlukan air. Namun,
Keberkesanan hand sanitizer akan menurun sekiranya tangan terlalu kotor
kerana hand sanitizer tidak mampu membersihkan kotoran degil pada tangan
seperti lumpur, minyak dan sebagainya. selain itu, kesan hand sanitizer adalah
pendek kerana sifat alcohol yang mudah menyejat (evaporate) pada suhu
bilik.
Sabun pula hanya dapat digunakan
dengan adanya air dan ianya dipasarkan dalam botol besar dan sukar dibawa
didalam saku. walau bagaimanapun, sabun mampu membersihkan kulit bukan sahaja
dapi bakteria dan virus, tetapi juga dari kotoran degil.
kesimpulannya, Kedua-dua kaedah
adalah sangat penting mengikut kesesuaian masa dan keadaan. pengunaan hand
sanitizer adalah sangat berguna semasa ketiadaan air seperti selepas
mengisi tangki minyak kereta, selepas meggunakan mesin ATM atau selepas atau
selepas membeli barang keperluan.
Manakala sabun, adalah suatu
keperluan yang lebih kerap berbanding Hand sanitizer. smua orang perlu
mencuci tangan sebelum makan, selepas makan, selepas menggunakan tandas atau
ketika tangan terkena kotoran yang kelihatan seperti habuk, lupur atau minyak.
إرسال تعليق