“You cannot pour from an empty cup. Take care of yourself first”
“Anda tidak boleh menuang dari cangkir yang kosong. Hargailah diri anda terlebih dahulu”
Rasanya kata-kata pujangga tersebut telah berkali-berkali pernah kita dengari, namun, adakah kita pernah cuba untuk betul-betul memahaminya? Hal ini kerana, terdapat kebenaran di sebalik pernyataan tersebut.
Sebenarnya, intipati pernyataan tersebut tidak ada kaitan dengan cangkir. Tiada sama sekali. Namun, ia lebih merujuk kepada ‘act of self-love’.
Apa itu ‘self-love’ sebenarnya? Perkataan yang masih asing bagi sesetengah orang dan mungkin akan kedengaran agak penting diri sendiri, tetapi pada hakikatnya, tidak. ‘Self-love’ atau menyayangi diri sendiri adalah tindakan mengutamakan keperluan dan kemahuan diri kita dari segala aspek. Ia merupakan perkara penting bagi seseorang yang ingin menjalani kehidupan dengan lebih bermakna dan bahagia.
Jikalau difikirkan, adalah mustahil untuk menuang penuh ke dalam cangkir yang lain dari cangkir yang kosong, kerana memang tidak ada apa-apa untuk dituang keluar. Lalu, apakah tindakan yang dituntut di sini? Tentu sekali untuk memastikan cangkir yang utama dipenuhi dengan air terlebih dahulu dengan menyayangi diri sendiri.
Semua orang harus cuba untuk menyayangi diri sendiri mereka sebelum menyayangi orang lain dan ini termasuklah golongan wanita, tidak kiralah sama ada anda masih muda atau sudah berusia, bujang atau sudah berkahwin, berkerja atau pun suri rumah sepenuh masa.
Dengan menghargai diri anda, anda akan mampu untuk melakukan yang terbaik, bukan sahaja untuk diri anda tetapi orang lain. Malah, anda akan dapat memberikan yang lebih baik lagi bagi mereka.
Menyayangi diri sendiri tidak semestinya memerlukan kos yang tinggi. Salah satu cara kita boleh menyayangi diri sendiri adalah dengan menjaga kesihatan dan penampilan diri kita. Apabila kita merasa yakin dengan ketrampilan diri kita, kita akan lebih bersemangat lagi untuk melakukan perkara lain.
Selain daripada bersenam, memastikan tidur yang cukup dan mengamalkan diet pemakanan yang seimbang, kita juga boleh mengambil produk makanan tambahan.
Usah khuatir sekiranya anda tidak tahu di mana dan bagaimana hendak memulakan perjalanan ‘self-love’ anda, kerana kini ia menjadi lebih mudah dan berkesan dengan produk Women Love keluaran Mamadil.
Sekali pandang, produk ini mungkin kelihatan sama seperti kebanyakan produk yang sudah sedia ada di pasaran. Namun, jangan silap! Bertepatan dengan namanya, Women Love diasaskan oleh Puan Dila Mubarak yang amat menitikberatkan penampilan dirinya dan sekaligus, mahu memberi inspirasi kepada wanita lain di luar sana untuk turut serta dalam misi ‘self-love’ ini.
Dirumus khas bagi golongan wanita berumur 18 tahun ke atas, Women Love merupakan produk makanan tambahan kecantikan yang semestinya lain dari yang lain. Ini disebabkan Woman Love hanya mengandungi khasiat bahan terbaik dan penting seperti;
1) Kolagen
- Kaya dengan kolagen laut, Women Love mengandungi lebih 97% kandungan protein dan profil asid amino yang tinggi. Kedua-dua bahan ini amatlah penting bagi mengekalkan keanjalan kulit kita.
Bukan itu sahaja, Women Love juga kaya dengan kandungan aktif seperti;
2) Vitamin C,
- Siapa sahaja tidak tahu akan kebaikan vitamin C yang bersifat antioksidan dan boleh mengurangkan kerosakan sel dan membantu pembentukan sel baru dalam badan dan secara tidak langsung mencegah tanda-tanda awal penuaan seperti pigmentasi dan kedutan awal.
3) Pueraria Mirifica, Kacip Fatima dan Manjakani
- Bagi yang tertanya-tanya, gabungan ketiga-tiga herba di atas yang mampu memulihkan kesihatan dalaman dan luaran ‘Miss V’ kita, termasuklah melancarkan kitaran haid, menguatkan sistem peranakan, meningkatkan sistem reproduktif dan hubungan bersama. Ini sangatlah penting bagi mereka yang mempunyai masalah dalam hal ini dan ingin menyelesaikannya secepat mungkin!
Walaupun begitu, Women Love tidaklah sesuai digunakan bagi ibu yang mengandung sebagai langkah berjaga-jaga. Jadi, kepada bakal ibu, sila bersabar dahulu ya!
Tidak cukup dengan itu, cara pengambilan produk Women Love ini pula tidaklah rumit malah cukup memahami keperluan gaya hidup yang sibuk bagi golongan wanita pada masa kini.
Begini caranya; anda hanya perlu memakannya 2 kali sehari sebelum sarapan dan sebelum tidur dengan cara mengoyakkan sachet dan menuangkan terus ke dalam mulut. Hanya semudah itu mendapatkan kebaikan-kebaikan yang dinyatakan di atas! Tidak cukup dengan itu, Women Love rasanya adalah perisa oren, menjadikan ia mudah untuk dimakan oleh hampir semua orang, berbanding produk lain di pasaran.
Hasilnya, dengan hanya mengambil produk Women Love, meminum air sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter air setiap hari dan mengekalkan rutin penjagaan diri anda yang lain secara konsisten, anda pasti mampu melambatkan proses penuaan, melangsingkan badan serta mengekalkan kelembapan kulit supaya anda tampil lebih yakin dan berseri.
Dalam tempoh seawal 2 minggu, anda dan orang di sekeliling anda pasti boleh melihat perubahan yang ketara. Kulit bukan sahaja akan menjadi lebih cantik dan kelihatan muda tanpa tanda-tanda penuaan, malah badan juga akan menjadi ringan dan anda pasti akan rasa lebih bertenaga.
Percayalah, apabila anda melihat perubahan-perubahan yang baik ini, anda akan lebih menghargai dan mensyukuri diri anda seadanya.
Jadi, tunggu apa lagi? Jom, sama-sama kita sayangi diri dengan Women Love, produk keluaran Mamadil. Sesungguhnya, tiada pelaburan yang lebih menguntungkan daripada diri anda. Cubalah hari ini, anda pasti tidak akan mahu menjadi diri orang lain lagi selepas anda menggunakan produk Woman Love.
إرسال تعليق