Assalamualaikum. Bissmillahirahmanirahim.
Korang mesti pernah lalui macam mana temuduga ni kan? Kalau tak pun, ada sekarang yang sedang gelabah sebab nak pergi temuduga nanti. Aku tau setiap orang mesti akan rasa nervous dan risau tiap kali ada temuduga yang perlu dihadiri.
Sebab nervous tulah, ada sesetengah orang yang lupa dengan apa yang harus dipersiapkan. Dah payah-payah apply, tapi masa nak temuduga gelabah pula. Hah, mari kita baca persediaan untuk temuduga yang disenaraikan kat bawah ni.
Sebelum menghadiri temuduga, ada 3 perkara penting yang korang mesti ingat.
1. Penyediaan fail dokumen temuduga
2. Proses temuduga
3. Etika semasa temuduga
Penyediaan fail dokumen temuduga
Selalunya, SPP akan berikan senarai dokumen yang diperlukan untuk temuduga. Antaranya termasuklah:
- Resume (Beli Panduan Pakej Panduan Lengkap Persediaan Resume Kerja)
- Gambar passport
- Kad pengenalan/ IC
- Sijil kelahiran
- SPM, Ijazah, Diploma
- 3 sijil pencapaian tertinggi
- MQA (Diploma & Degree)
- Laporan Penilaian Prestasi
- Surat Sokongan Permohonan (dari majikan)
Untuk dua senarai dokumen terakhir tu, korang boleh dapat kalau pernah berkhidmat dengan kerajaan sebelum ni. Boleh kata sebagai penambahan atau bonus untuk bagi lihat dengan penemuduga nanti.
Semasa datang temuduga ni, ada 2 dokumen yang korang perlu sediakan.
1. Satu fail korang rasa yang terbaik korang boleh buat. Fail ni disediakan untuk para penemuduga senang nak semak semasa proses temuduga.
2. Satu lagi adalah salinan yang yang sama macam apa yang korang buat kat atas ni. Tujuannya untuk diserahkan kepada pihak SPP sebagai rekod. Jangan tinggal satu salinan pun, kepilkan semua dan letak dalam 1 sampul lain. Dan siap! Fail ni yang biasa-biasa pun boleh.
Berikut adalah contoh fail untuk temuduga dan susunannya :
Untuk fail dokumen temuduga, korang boleh buat olahan supaya cantik dipandang. Memandangkan semua ada kreativiti tersendiri, korang boleh olah fail dokumen korang supaya nampak menarik di mata penemuduga.
Kat sini, korang boleh try add on sikit colour dari segi pemilihan fail, partition fail dan label. Untuk mudahkan orang cari maklumat dalam fail tu, korang boleh letak label, tag, atau partitioning. Kita mudahkan kerja orang, in sya allah kerja kita pun dimudahkan Tuhan.
Untuk resume pula, cuba ambil idea kat internet. Banyak template menarik yang korang boleh isi. Cuba elakkan ambil template yang terlalu fancy. Ambik yang sederhana tapi menarik dan senang dibaca. Kalau nak senang, boleh try guna Canva. Kat sana ada banyak template yang lawa-lawa.
Proses Temuduga
Selepas buat permohonan, korang mesti semak dekat portal SPP, masukkan nombor IC dan tengok kalau ada tak maklumat korang dalam sistem. Kalau tak ada, cuba perbetulkan permohonan tu atau call pihak SPP untuk sebarang pertanyaan. Lepas maklumat korang masuk kat sistem, kat sinilah, penantian korang bermula.
Sebaik saja panggilan temuduga keluar, SPP akan bagi info dalam bentuk email juga. Lepas dah dapat panggilan, korang boleh mula buat penyediaan dokumen macam senarai pertama kat atas.
Masa temuduga kat pejabat SPP nanti, korang mesti datang awal. Sebab perlu daftar diri dulu dekat pondok polis dan kalau dah dapat pass masuk, boleh terus pergi ke bilik yang dah ditetapkan dalam surat.
Masa ni, pihak SPP akan buat panggilan nama dan buat semakan dokumen peribadi dan salinan. Lepas settle, korang perlu duduk tunggu giliran kat depan bilik temuduga tu.
Masa tu, 10 orang akan dipanggil masuk dalam bilik temuduga. Proses ni akan dibuat lepas dapat nombor batch dalam bilik yang ditetapkan. Pihak SPP akan panggil 10 orang pertama, dan teruskan dengan 10 orang kedua.
Sebab tu kena datang awal sebab nak dapatkan batch nombor. 1 batch ni makan masa 2-3 jam.. Start jam 8, kalau batch yang korang dapat tu dah sampai 3, 4, korang boleh standby masuk lepas waktu Zohor dan akan habis waktu petang.
Style temuduga ni, markah akan diambil dari segi fail, dan keaktifan menjawab soalan yang diberikan. Angkat tangan kalau nak jawab, dan korang akan dapat markah. Sebelum jawab soalan, korang kena perkenalkan diri dulu.
Kat sini, korang mesti betul-betul bersedia. Korang boleh tengok banyak contoh dari YouTube cara untuk kenalkan diri dan buat penemuduga impress dengan diri korang. Mula dengan nama, umur, dan asal dari mana. Lepas tu boleh teruskan dengan graduate bidang apa, berapa tahun, 3 pencapaian tertinggi, pengalaman berkerja, skop kerja, kelebihan diri, harapan dalam perkerjaan.
Antara soalan yang dikemukakan:
- Apa beza DG dan DH
- Apa itu ketua jabatan
- Situasi jika ada pelajar menunjukkan kurang minat semasa semester 1, apa tindakan kita
- Apa yang kita tahu tentang IR4.0
- Contoh IR4.0
- Cara untuk mendidik pelajar kea rah IR4.0
- Chef insipirasi
Korang boleh dapatkan panduan RAHSIA TEKNIK MENJAWAB SOALAN TEMUDUGA Sangat berguna semasa temuduga nanti.
Soalan akan diberikan dalam lebih kurang 10. Soalan-soalan mungkin akan diberikan berdasarkan bidang yang korang ambil. Jadi, kalau korang apply bidang elektrik, korang bersedialah dengan soalan-soalan berkaitan elektronik.
Etika semasa temuduga
Dah masuk bab etika, korang perlu ambik kira dengan keterampilan, tutur bicara, postur badan korang, eye contact dan reaksi masa calon lain jawab soalan. Semua benda ni penting masa temuduga nanti.
Pemakaian pula mesti ikut piawaian. Kalau lelaki, mesti pakai kemeja, slack, tie dan name tag, wajar dengan standard untuk temuduga. Perempuan pula, baju kurung yang tidak keterlaluan, not into bright colour, dan taka da yang terlalu shining.
Jangan lupa name tag juga! Kalau korang dah pakai baju kurung, JANGAN PAKAI or bawa blazer langsung. Kecuali kalau korang pakai 2 piece sut, kemeja dan seluar atau skirt, baru boleh pakai blazer.
Baca Sini : 5 Tips Temuduga Yang Kerap Diabaikan
Lontaran suara juga penting masa temuduga. Pastikan korang jawab soalan dengan jelas. Ambik masa dan rangka jawpan betul-betul. Lepas dah siap, angkat tangan dan jawab dengan tenang dan yakin.
Sampai sini saja perkongsian ini. Korang kalau dah apply SPP tu, jangan lupa selalu cek portal and email korang. Risau terlepas pula. Sekian!
Kredit : Hanani Harun
good luck kepada yg nak pegi temuduga :)
ردحذفBila kita boleh tahu keputusan untuk layak temuduga atau tidak setelah buat permohonan?
ردحذفMQA tu contoh macam mna ya?
ردحذفإرسال تعليق