Reaksi Netizen Terhadap Isu Mogok Pekerja J&T

Baru-baru ini, tular di media sosial dengan video beberapa pekerja J&T yang membaling bungkusan pelanggan berikutan isu mogok kerana majikan mengurangkan komisen kerja.

Video yang tular itu menyebabkan netizen bengang dan kesal dengan tindakan para pekerja yang tidak professional selain risau dengan kesan tersebut terhadap barangan mereka.

Kebanyakan mereka menyuarakan rasa tidak puas hati dengan sikap para pekerja yang melepaskan kemarahan dengan membaling barangan mereka. Tidak kurang juga terdapat netizen yang simpati dengan pekerja yang menghadap timbunan bungkusan tersebut.










Berikutan isu ini, Syarikat J&T Express telah memohon maaf kepada para pelanggan yang menggunakan khidmat mereka disamping memberikan penjelasan tentang isu tersebut.

“Sebenarnya J&T sudah memberikan pembayaran pekerja akhir tahun selepas membuat pertimbangan komprehensif, bersesuaian dengan peraturan dan undang-undang bonus serta undang-undang perburuhan”

“Kami ingin menjelaskan, J&T tidak akan memotong atau berhutang gaji kepada pekerja dan bersedia menerima pengawasan dan pemeriksaan oleh masyarakat, selain intitusi yang terbabit” berikut antara kenyataan yang telah diberikan.

Berikutan kenyataan yang diberikan, J&T akan meningkatkan pampasan dan faedah para pekerja dari masa ke semasa di samping memberi maklum balas terhadap aduan pelanggan mengenai dakwaan terhadap pekerja yang membuka bungkusan pelanggan.

Tujuh pekerja yang terbabit bagaimanapun telah tampil membuat permohonan maaf berhubungan insiden membaling bungkusan para pelanggan.

Video pendek selama 57 saat telah dimuat naik melalui Facebook rasmi J&T Express Malaysia-Perak, menunjukkan para pekerja J&T yang memohon maaf atas tindakan mereka yang tidak berpatutan.


“Kami ingin jelaskan di sini tiada tindakan mogok. Sekali lagi kami memohon maaf kerana menjejaskan nama syarikat dan barang pelanggan rakyat Malaysia. "Kami sedaya upaya akan memproses dan menghantar barang pelanggan secepat mungkin," katanya.

Salah seorang pekerja turut menafikan tentang kewujudan isu dalaman atau potongan gaji yang melibatkan pekerja dan syarikat J&T. 





1 تعليقات

إرسال تعليق

Post a Comment

أحدث أقدم