Siapa di sini yang dah berkali-kali memohon jawatan kerajaan tetapi tidak pernah lepas peperiksaan dan temuduga? Baru-baru ini admin ada terbaca pengalaman seorang calon yang telah berjaya lulus interview kerajaan (SPA) dan berkongsi pengalaman beliau bagaimana untuk lulus temuduga kerajaan (SPA)
Jom kita ikuti tips-tips di bawah :
1. SPA9
Sebelum ditemuduga, korang kenalah isi SPA9 kan. Jadi sekiranya korang tidak melengkapkan maklumat dengan betul sudah tentu sistem akan reject permohonan korang. Oleh itu dalam sistem pendaftaran SPA9 korang kena lengkapkan segala maklumat dengan betul terutama sekali pada bahagian email dan No Kad Pengenalan. Data yang dikemukakan hendaklah sahih dan benar.
Baca Sini : Panduan Mengisi Permohonan SPA9 (Kemaskini Jawatan SPA8i)
Sekiranya sistem memerlukan korang untuk memuatnaik sebarang dokumen atau sijil ia perlu salinan asal sekiranya terdapat syarat [sijil perlu disahkan] pastikan korang berbuat sedemikian terlebih dahulu. Gunakan aplikasi pintar (scan document) untuk pastikan kualiti bahan yang dimuat naik adalah baik dan jelas.
2. Tips Pemilihan Jawatan
Sebenarnya adalah lebih baik sekiranya korang seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda untuk memohon jawatan Gred41. Jika pemohon di bawah gred sijil akademik yang korang ada biasanya susah untuk lepas tapisan awal SPA. Selain itu pilih jawatan yang berkaitan dengan kelayakkan akedemik kerana ini boleh membantu untuk mendapatkan tangga gaji yang lebih baik.
3. Semasa Peperiksaan SPA
Buat persediaan awal dengan sedikit latihan matematik terutama yang dah lama meninggalkan zaman persekolahan pasti ada yang dah lupa formula atau basic matematik. Pengalaman admin sendiri yang pernah mengikuti peperiksaan SPA sebenarnya bukan soalan matematik tu yang susah tetapi masa yang tidak mencukupi.
So kena prakis lah jawab soalan mengikut masa yang telah ditetapkan. Sekiranya mempunyai kelemahan dalam subjek matematik, disarankan untuk meminta bantuan kawan-kawan yang mahir untuk jawab bersama.
4. Senarai Semak Temuduga SPA
Pihak SPA akan memuat naik satu link 'senarai semak temuduga'. Mereka akan minta untuk muat naik dokumen dalam pautan tersebut. Jangan lupa juga buat satu salinan 'hard copy' sebagai senarai semak dan buat sedikit nota sekiranya bahan yang di muat naik belum mencukupi.
Senarai semak temuduga ini adalah PENTING, beliau berkata pernah di hubungi oleh pihak SPA kerana salah meletakkan dokumen yang dimuat naik dan pihak mereka boleh batalkan tapisan kita sekiranya terdapat maklumat yang tidak tepat / mengelirukan.
5. RESUME
Sediakan satu resume yang lengkap dalam format yang cantik dan kemas. Ini adalah senjata kita yang terakhir yang boleh di bawa bersama sewaktu tempoh hari temuduga. Sijil yang tinggi membukit buat tapisan dan 'hightlight' sijil yang berkaitan dengan penjawatan.
Baca Sini : 3 Kesilapan Dalam Menulis Resume
6. Adab & Adat Bercakap
Ambil sedikit keberanian untuk bertanya pada pegawai yang bertugas untuk memberitahu Pangkat & Panggilan nama panel pemilihan. Biasanya penemuduga ada 2 orang satu daripada SPA & Seorang lagi Pengarah/Bekas Pengarah Kementerian yang anda pohon.
7. Seni Pengucapan
Apabila anda temuduga Gred 41 anda harus mempunyai sedikit pengetahuan akan Kementerian yang anda mohon. Ambil sedikit masa untuk kaji program dan sumbangan Kementerian dalam mendepani isu semasa. Bersedia untuk di berikan tugasan pengucapan awam mengenai isu semasa. Anda mesti yakin dan ada kebolehan untuk menyelesaikan masalah.
Contoh soalan yang mungkin ditanya,
1. 'berikan saya perancangan kamu sebelom semasa & selepas program. Sebagai seorang ketua untuk program 'Fahami & Ketahui Pakej Rangsangan Ekonomi yang di umumkan oleh PM Malaysia'
2. 'Sebagai seorang ketua apa yang anda perlu lakukan sekiranya anak buah anda tidak mahu menuruti arahan daripada anda'
3. 'Bagaimana anda hendak memberi arahan kepada seseorang yang lebih tua daripada umur anda'
Contohnya panel ada tanya " Tuan ada follow FB Jabatan Penerangan, beliau jawab (Ya) "Tuan ada follow youtube Jabatan, beliau jawab (Ya) kemudian dia terus tanya. Baiklah apa praduan terakhir yang Jabatan buat dalam bulan ini.
Terciduk kalau korang sembang kencang tadi, jadi bersikap jujurlah. Tapi nasib beliau sangat baik sebab memang dah buat kajian sedikit laman-laman rasmi mereka sebab bersedia dengan soalan cepumas seperti ini. Siap Call orang yang dah lulus temuduga untuk dapatkan tips temuduga.
9. Keberkatan
Bunyi macam biasa, tapi kesannya luar biasa, percayalah. Ambil semangat dan restu daripada ibu ayah dan sahabat kita yang boleh dipercayai. Ia membantu anda berlapang dada dan hati. Motivasi & kata-kata positif perlu senantiasa anda fikirkan sebab itu yang buat saya yakin dengan apa yang saya lalu sewaktu temuduga.
Semoga memberi manfaat & membantu anda semua, mohon maaf sekiranya ada kekurangan dimana-mana.
Kredit : Amirul Aliif
thank you for tips
ردحذفإرسال تعليق