Cara Mudah Buat Bisnes Bundle – Bisnes Paling Laku Semasa PKP

Assalamualaikum korang. Hari ni aku nak share tentang Bisnes Bundle. Dengar-dengar bisnes ni paling laku. Lebih-lebih lagi masa PKP ni.

Baiklah, kat sini ada beberapa tips yang nak dikongsikan. Tapi sebelum tu mari kita tengok perbezaan antara pembelian kilo a.k.a Biz/ bisnes Purpose (membeli untuk menjual balik, bukan untuk penggunaan sendiri) dan belian bale tokol bundle.

Cara Mudah Buat Bisnes Bundle – Bisnes Paling Laku Semasa PKP

Untuk biz purpose, seller akan beli toko, kemudian akan dibungkuskan semula dalam bentuk yang lebih kecil. Biasanya bale akan diisi sekitar 45-50kg atau sehingga 80-120kg. Seller akan repack dalam 1kg, 2kg, 5kg atau 10kg. Repack ini mungkin tidak akan repack betul-betul. Hanya sekadar diletak dalam plastik lut sinar atau hanya ditimbang sahaja dan dibungkus biasa sebelum dipos.

Tips kalau nak ambil kilo:

1. Survey. Korang wajib buat survey dulu. Scammer sekarang makin banyak tau.

2. Tak perlu sort (asingkan) sebab akan ambil masa yang lama

3. Iron elok-elok

3. Sental kain yang ada stain (kotoran). Boleh guna air panas, rendam, cuci pakai sabun, dan sental.

4. Belajar cara ambil foto yang cantik-cantik supaya boleh tarik perhatian warganet. Sebelum gambar tu, pastikan pakaian tu dah iron cantik-cantik.

5. Belajar tentang market (pemasaran).

6. Kalau dah ada pendapatan dan duit lebih, korang boleh upgrade ambil bale.


Kelebihan ambil bundle kilo:

1. Tak perlu sort (asingkan) – akan ambil masa yang lama kalau nak asingkan satu-satu

2. Risiko untuk dapat yang koyak dan buruk kurang

3. Belajar ambil bau bundle. Kilang ada semburkan bahan kimia sebelum bungkuskan bundle tu. Ada yang bau wangi tapi kebanyakkannya sama sahaja. Senang cakap, bau bundle.

Tak kisahlah kalau baju tu dah terpakai, asalkan ori. Kalau nak berniaga bundle ni, lebih baik ambil bale, yang ori dari kilang. Bukan yang dah terbuka. Kenapa? Sebab kalau beli dari yang dah terbuka, mesti dorang dah ambil semua yang cantik-cantik. 

Jadi lebih baik kalau beli bale, untung ada lebih sikit. Kalau jumpa seller yang baik, dorang akan bagi baju cantik, tapi kalau tak baik, kita mungkin ada dapat baju yang buruk.

Kalau korang ni memang tak ada modal yang banyak, disarankan cuba bundle yang mix dewasa. Kosnya agak rendah dan korang juga boleh pakai sendiri. Modal dalam RM100 lebih. Korang pun kena pandai-pandai cari mana yang murah tapi cantik. 


Kalau nak lebih selamat, korang boleh join selam. Ha, kalau kat sini, siapa yang cepat, dia akan dapat. Memang banyak orang, jadi kena pandai-pandai cari dan grab cepat-cepat.

Dah ada bahan tu, jual pun kena guna cara bijak tau. Letak harga yang berpatutan dan pastikan tempat berjual tu memang tempat yang ramai dah tau. Kalau nak post kat social media tu, pastikan pakaian yang nak ditunjukkan tu dah iron dan display cantik-cantik. Ambik gambar dan post. Jangan lupa letak harga terus. Senang customer nak tau. Dorang pun boleh terus chat korang nak beli.

Kalau korang memang nak, kena usaha banyak sikit. Tiada kerja senang kat dunia ni. Ambik masa untuk fikir nak buat macam mana, cari tips, pastikan ada modal, dan senaraikan risiko yang korang mungkin akan hadap. Lepas tu, korang boleh decide kalau nak teruskan ataupun tak.

Ada tak yang berminat nak belajar cara menjalankan bisnes bundle ini? Jika nak tahu bagaimana nak memulakan bisnes yang bermodal rendah ini dan mula menjana keuntungan lumayan dengan bisnes bundle, bolehlah belajar dan dapatkan ilmu Bisnes Baju Bundle dengan klik butang di bawah ini:


Apapun, semoga dimudahkan urusan bisnes bundle korang!

0 تعليقات

إرسال تعليق

Post a Comment (0)

أحدث أقدم