Prof Dr. Muhaya Memohon Maaf dan Menjelaskan Isu "Buat Bodoh-bodoh"

 


Baru-baru ini Prof. Dr. Muhaya dikecam warganet kerana mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan salah faham dan pelbagai reaksi. Dalam video yang tular tersebut Prof Muhaya menyatakan:

Orang lelaki suka perempuan lembut-lembut, high estrogen, mengharapkan, perlu ditolong, biarlah macam bodoh-bodoh sikit, itu bolehlah. Sesiapa yang lambat-lambat jodoh tu tengok you punya karakter macam mana. 

Tidak lama selepas video tersebut tular, Prof. Dr. Muhaya memberi penjelasan menerusi laman muka buku beliau. Video berdurasi 56 saat yang tular tersebut adalah petikan daripada video live di laman facebook dan saluran youtube yang bertajuk "Antara Cinta dan Cita-cita". Beliau menyatakan kekesalan beliau kerana video tersebut menimbulkan reaksi kurang senang, persoalan, perbalahan dan tafsiran dari pelbagai pihak terutama sekali kaum hawa. Beliau menjelaskan di laman Facebook beliau bahawa:

Secara teknikalnya, ini adalah video lama. Bagaimanapun Bonda faham klip yang telah disunting kepada 56 saat ini, telah menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang dalam kalangan masyarakat, terutamanya kaum wanita, sehingga menimbulkan persoalan, perbalahan dan sangkaan.
Bonda mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf atas salah faham yang timbul dan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang ambil berat termasuk pihak media, rakan-rakan dan keluarga yang mengambil inisiatif tabayyun, atau bertanya akan perkara sebenarnya kepada Bonda mahupun team Bonda.



Prof. Dr. Muhaya turut menyatakan penjelasan lanjut boleh didapati di laman Youtube beliau (PROF MUHAYA TV) melalui video yang bertajuk "ANTARA CINTA DAN CITA-CITA". 
   


Rata-rata nitizen bukan sahaja menyokong tindakan Prof. Dr Muhaya, malah ramai yang memuji sikap beliau yang dengan rendah hati memohon maaf dan tidak menyalahkan mana-mana pihak yang mengecam statement tersebut. Selain itu, beliau turut menyatakan rasa terima kasih beliau terhadap media yang sabar menunggu penjelasan beliau mengenai isu "Buat Bodoh-bodoh" ini. 




Sesungguhnya petikan-petikan video pendek sangat bahaya kerana boleh menimbulkan tafsiran-tafsiran yang salah dan mungkin keluar dari konteks topik yang sedang dibicarakan semasa video tersebut berlangsung. Semoga penjelasan yang diberi Prof. Dr. Muhaya dapat meleraikan ketegangan yang terjadi di media sosial. Saya sebagai penulis ingin memohon maaf sekiranya berat sebelah dalam memandang hal ini. 

0 تعليقات

إرسال تعليق

Post a Comment (0)

أحدث أقدم