Majlis Daerah Hulu Terenganu dengan ini mempelawa seluruh rakyat Negeri Terengganu yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan (TETAP) di Majlis Daerah Hulu Terengganu dengan muat Turun Borang dan Syarat-syarat permohonan jawatan sebagaimana di bawah:
IKLAN JAWATAN KOSONG MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU
13 Kekosongan Jawatan di Majlis Daerah Hulu Terenganu
1. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA ( 1 Jawatan)
2. PEMBANTU PENILAIAN (1 Jawatan)
Rujukan khusus peperiksaan PEMBANTU Tadbir N19 Dilengkapi dengan 60 soalan dan jawapan setiap seksyen penilaian. Anda dibekalkan juga dengan nota-nota ringkas untuk persediaan exam online!
3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) (5 Jawatan)
4. PEMBANTU KESIHATAN AWAM (2 Jawatan)
5. PEMANDU KENDERAAN (2 Jawatan)
6. PEMBANTU AWAM (2 Jawatan)
Cara Memohon:
(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang MDHTR.1 yang hendaklah dimuat turun di laman web Majlis Daerah Hulu Terengganu di alamat http://www.mdht.gov.my
(MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN)
(b) Permohonan hendaklah disertakan dengan satu salinan Sijil berikut :
(b) Permohonan hendaklah disertakan dengan satu salinan Sijil berikut :
i) Kad Pengenalan yang disahkan.ii) Sijil Kelulusan Persekolahan yang disahkan.iii) Sijil atau Diploma yang disahkan (Salinan keputusan peperiksaan/transkrip TIDAK DITERIMA).iv) Kad pengenalan ibubapa sekiranya pemohon lahir diluar Negeri Terengganu.(c) Pemohon hanya boleh memohon dua (2) jawatan sahaja.(d) Permohonan yang tidak mematuhi/tidak memenuhi syarat-syarat di atas tidak akan dipertimbangkan (borang yang tidak lengkap tidak akan diproses).
(e) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan hendaklah melalui Ketua Jabatan mengikut Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Tahun 2012.
Pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang lengkap dan dikemaskini serta Laporan Penilaian Prestasi tiga (3) tahun terkini disertakan bersama permohonan tersebut.
(f) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Mereka yang tidak dihubungi dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
(g) Permohonan yang lengkap boleh dihantar melalui kaedah berikut:
i) Penghantaran menggunakan perkhidmatan pos/poslaju hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah (sila nyatakan jawatan yang dipohon di atas penjuru kanan sampul surat) :
Yang Dipertua
Majlis Daerah Hulu Terengganu.
21700 Kuala Berang, Terengganu.
ataupun
ii) Borang permohonan yang lengkap juga boleh dihantar di Drop Box Kerjaya MDHT di hadapan Pintu Masuk Kaunter Bersepadu MDHT dan sila buat pengesahan penghantaran dengan mengimbas QR Code dan mengisi maklumat yang dikehendaki.
(h) Tarikh Tutup Permohonan dan Semua permohonan (termasuk permohonan melalui pos) hendaklah diterima oleh MDHT selewat‐lewatnya sebelum atau pada 15 Julai 2021 (Khamis) Jam 3.30 Petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
Tatacara Penghantaran Borang Permohonan Jawatan Kosong
Sumber : IKLAN JAWATAN KOSONG MDHT
إرسال تعليق