Sumber : ejawatan.net
Jawatan : Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred 19
Kementerian / Jabatan : Pihak Berkuasa Peranti Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Klasifikasi Perkhidmatan : Kewangan
Jadual Gaji :
- Gaji Minimum : RM 1,353.00
- Gaji Maksimum : RM 4,005.00
- Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 100.00
Syarat Lantikan :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19:RM1,353.00)
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred W19:RM1,409.40);
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktirafsetaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40);
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19:RM1,465.80)
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80).
- Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Taraf Jawatan : Contract Of Service (COS)
Penaklukan Di Bawah Syarat-syarat Skim Perkhidmatan
Pegawai- pegawai yang memasuki perkhidmatan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19 adalah tertakluk kepada syaratsyarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
Fungsi Bidang Tugas
Bertanggungjawab melaksanakan tugas kewangan seperti :
- menyediakan invois, merekod dan mengemaskini daftar terimaan hasil dan cek tak laku, mengemaskini fail invois, menyediakan resit terimaan dan lain-lain berkaitan kewangan
Cara Memohon
Pemohon hendaklah menghantar dokumen – dokumen dibawah ke alamat emel jobvacancy@mda.gov.my dan nyatakan tajuk/subjek e-mel ”PERMOHONAN JAWATAN (nama jawatan dan gred)”
- Resume Calon (beserta gambar berukuran passport)
- Kad Pengenalan
- Sijil Kelahiran
- Sijil Tamat Persekolahan
- Salinan STPM/STAM/SPM/PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
- Salinan Diploma/Ijazah berserta transkrip (sekiranya ada)
- Pengiktirafan kelayakan Ijazah/Diploma/Sijil daripada JPA/ MQA (sekiranya pemohon adalah lepasan IPTS)
- Lain-lain dokumen sokongan.
Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/ Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing, dan disertakan dengan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan dan kenyataan Perkhidmatan yang terkini.
Permohonan yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan atau tidak bergambar atau tidak lengkap akan ditolak.
Hanya calon-calon yang berkelayakan setelah ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.
Telegram Rasmi @tipskerjayadantemuduga
إرسال تعليق